B'Daman

Posted by rixals ismail



besao kotaknye
Selesa lepas jalan-jalan bawak aiman. dah janji nak belikan dia bdaman ni. bdaman ni mcm robot tapi perut dia leh tembak guna guli. Tak silap aku dah ada 3 set dah binatang ni tapi dia nak gak lagi. berapa jenis bdaman yang ada aku pun tak tahu layan kan je lah kehendak dia. mula carik di giant shah alam, xde plak, dah tu di ajak aku g tesco pun xde plak, dah tu aku bawak ke plaza masalam, ada, masalahnye ida nak pulak yang warna biru.. aku pun x paham, penat dha kaki ni ari binatang ni sekor, last2 dia ajak aku g tempat yg besaorr kata dia. pandailak tu kat mana yg dia maksudkan aku pun bawaklah pergi shah alam city center baru ada.. nak memilih sikit punye lama sampai 25 minit baru decide.. harga boleh tahan rm55 kau.. siap ada mcm padang ke apa ntah.. belikan aja kunk merengek plak payah nak pujuk..

Hapi Besday Iman

Posted by rixals ismail



Maaf lambat plak update pasal besday baby boy baru setahun.. lagipun baru dpt gambor.. lambat sgt bapaknye sgt sibuk bekerja carik nafkah.. ekeke.. sekarang iman dah berumur setahun lebey.. skrg dah pandai berjalan.. Hapi Bsday Iman.. Mg Panjang Umo dan jadi anak yg baik dan soleh...

babysit Budak

Posted by rixals ismail



hari ni kena jaga ini dua orang budak.. nasib dah beso.. kalo jaga lagi sorang yg 6 bulan tu lagilah penin aku.. kekeke... ligat kemain... last aku bawak g jusco main lah apa korang nak main... hahaha.. abg nama aiman, kakak nama ariana... si kakak smlm sambil tunggu bapak dia amik, tido kat lengan aku... nak gerak punye lah payah... aku amik je tgn aku dia pusing terus peluk aku... lg xleh gerak... aiyaaa... last2 pandai gak aku tukar lengan aku dgn bantal.. kikiki... penat la jaga budak ni tp seronok tgk kelatah dorang.. opsss bila nak ada product sendiri ni?.. ayaa

Mee Bandung Aziz Dolmat

Posted by rixals ismail



Salam pembuka bicara.. cewahhh... geli plak ... smlm g makan ke gerai fadzir.. bertahun dah dia ajak baru smlm la jejek.. itupun sbb leps ni nak tutup dah kedai dia sbb bulan ramadhan so cuti sebulan... kat kedai fadzir ni mee bandung amat special.. mmg tip top.. oh yea smlm gak aku rasa tahu.. nak kata tahu bakar bukan, tapi sedap.. tahu goreng tu di goreng, di letak dgn sayur dan makan dgn kuah kacang tapi warna hitam.. saya suka saya suka.. mmg sedap..kikiki rugi plak tak datang sblm2 ni.. kekekke
opsss dah nak hbs baru aku igt nak amek gambor.. kekeke
nilah tahu sedap tu.. perghhh

MAkan Malam Plak

Posted by rixals ismail



Mlm ni makan best... ikan siakap tiga rasa, soup eko, telo dadar dan yg semestinye kelapa goncang.. hentam sajelah walau batuk tak baik lagi... si jerul datang tetiba... patut turn aku gi sana mggu ni.. tp dia kansel tetiba dia muncul kat sini plak.. lantaklah jnji makan!!! makan di soup gearbox power bazar rakyat..
dah tinggal tulang je aku melantak.. tp tgk nasi x hbs... kekeke

Piza Hut

Posted by rixals ismail



Lunh td makan piza hut.. dah tak reti dah nak makan apa... asik nasi je.. kita jadi omputih plak.. kekeke... order chicken supreme, soup, 7 up , garlic bread dan chicken meatball masala... layan jeee...

Kay Ef Chii

Posted by rixals ismail



Menu makan malam hari ni di taja oleh fifi ye sebab dia dpt kerja baru so dia janji nak belanja aku makan.. itupun setelah 6 bulan di bekerja.. wakekkeke ... makan simpl eje kat KFC petronas taman equine..sebelah jusco...makan2. lepak2 dan boak2 sikit pasal projek.. kekkekee.. layan je lah...

Mr Steak House Seri Kembangan

Posted by rixals ismail



makan malam hari ni bertemakan western.. tak jauh pun dari rumah aku... di namakan Mr Steak House... dekat seri kembangan.. ala belakang Giant.. di buka dr jam 6 sampai la liwat malam.. ini pun sebab kawan aku tu ngajak.. kepingin nak makan .. kalau aku malas nak keluar malam2 nih... hahhaa... sampai ada gak officemate aku dgn hubi dia dah hbs makan.. aku order Blackpapper steak.. sedap!! dulu kalai nak pergi makan western kena gi area serdang tu dekat roundabout loji kumbahan.. apa ntah nama di aluper aku.. haaa layan gambo sekeping dua neh...

Nasi Arab..

Posted by rixals ismail



Harinilucnh makan nasi arab..rasa dah 2 bulan dia bukak so baru hari ni dapat rasa itupun slepas ada officemate yg dah pergi makan dsblm ni... memang sedap... nama restoran tu Ahmad Al'bab... terletak di putra walk, bandar putra permai.. AKu order Hanith Chicken.. member aku ada order kamben apantah aku pun tak igt.. ayam lembut gilerr... rasa dia pake pressure cooker kowt... kamben tip top!! lembut dan tak kering.. masih ada juicy lagii... selain pada tu ada gak nasi2 laen macam ayam roaster, mandhi, dessert dan lain lain... owhhh kalao makan dai jam 12 - 3 ptg ada diskaun 15%.. haga berpatutan... jom sape yg nak tu leh banje aku makan...

tengok aku jaga badan makan nasi sepauh... kena jaga makan dah tua2 nih..kekek


Kenduri Arwah dan Bersempena Kedatangan Bulan Ramadhan

Posted by rixals ismail



Sabtu lepas, famili buat kenduri arwah.. mula jam 11.30 tghari.. selalu waktu zaman aku dolu dolu kendiri waktu malam.. tapi kebanyakan sekarang buat kenduri mesti siang.. senang lepas makan boleh terus kemas-kemas dan malam boleh rehat2 tengok tb.. banyak gak jiran jiran yang buat kenduri yang sama cuma waktu waktu berlainan.. Kat kampung aku sekarang ni pun sume guna ketering je.. malas dah kot orang kampung nak masak.. rumah aku gotong royong jiran datang sama sama masak.. penuh rumah aku.. aku rasa soklan cepu emas yang aku jawab hari tu paling banyak lah.. hahhaha... tahan je lah... selagi belum kawin kan.. nnti dah kawin ada gak pertanyaan yang lain pulak.. hahahaha.. owh menu umah aku ayam pencen masak lemak cili padi, sambal ikan keli, paprik ayam, rendang mak aku dan dalca buah ke haper.. aku tak minat sgt dalca ni kena yg pahit ko.. buah macam biasa tembikai dan air mandarin sunquick.. owhh stau kemestian kalo kenduri mesti ada goody beg.. kali ni bagi tuala yang beso aku... mana ntah kakak aku beli.. giler beso.. hahhaha nnti kalo nmpak tuala tu umah jiran tahulah aku dr mana.. kekekkeke.. haaa layanlah gambo bawah ni.. ni je yg aku snap dr hanpon... tu pun lepas kenduri aku ngan famili plak yg perabihkan makanan.. Sori gambo beso.. aku x reti nak kecikan.. wakakkakaa

Floria Putrajaya

Posted by rixals ismail



Sabtu lepas, pergi tengok pesta floria putrajaya.. aku pergi malam sebab siang panas n jerubu lagih.. macamlah mlm tak jerubu ye dakk??.. sampai-sampai memang dah crowded orang.. aku maen parking je tepi jalan yang cantik di putrajaya tu.. kalao kena clam nasib ah.. sampai-sampai je bukan nak tengok bunga dulu, aku g carik tempat tengok kapal berhias dulu sebabb sebab lepas tu ada firework katy peri.. aku memang suka tgk firewok nih... macam indah je.. firework 1st day memang lama.. maklumlah pembukaan ... dah tu barulah tgk2 keindahan bunga lain... manusianya yg datang punyelah ramai.. hamek ko.. tapi macam kureng sikit tahun ni... macam kecik je x sama dgn dahulu kala besauuu giler... ke aku memang dah penat jalan sampai jam 11 lebey...huhhuhu
Gambar bunga api je yg aku uplod.. gambar laen penuh dengan muka orang.. kah kah kah

Selipar Bowling

Posted by rixals ismail



Aku dulu suka pakai selipar yang harga mahal2 berjenama adidas la, chetah la.. tapi sejak 3 tahun yg lalu aku cuma pakai satu jenama ni yang murah, getah dans etap nak pakai... kalo g mesjid pun xde orang nak kebas... cerita bermula bila kawan aku pakai selipar ni.. dia kata murah dan sedap lembut di pakai... so ada satu hari tu aku balik kg, pagi2 lagi pergi ke pasar di behrang station kalo tak tahu sila google lah.. aku terjumpa kedai yang jual selipar brand ni.. aku pun try la cuba2 pakai... memang sedap... maka aku beli dua... sampailah sekarang aku masih pakai jenama ni..
lebih kurang macam ni lah selipar tu

Aroma Ikan Bakar

Posted by rixals ismail



Dua minggu lepas, member sekolah ajak aku makan ikan bakar di Aroma Ikan Bakar di Jeram. Actually member aku nak belanja coz celebrate dia baru dpt title Ir.. Dia pun konsultan jugak projek yang sama di Puncak Alam.. Kami order ikan stim, pari bakar. ketam cili, sayur, sotong tepung dan soup... Harga oklah.. x mahal sangat.. layan lah gambo...

Tugas SPR

Posted by rixals ismail



Assalamualaikum.Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad diatas komentar sebagai seorang Counting Agent(CA).Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia.Ya,mmg pnjg tulisan sy.Tetapi kalau nak tahu,sila baca.

Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini.Untuk pengetahuan semua,setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan didalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis.Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi.Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi(TM).Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP).Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi.Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.

Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi.Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsia :D

Setiap jam saya merekodkan bilangan pengundi dan diminta melaporkan bilangan supaya ia sama dengan jumlah kertas undi didalam Peti Undi.Sehingga jam 5 petang semasa Pusat Pengundian ditutup, Ejen yang sama telah melihat keadaan dimana mulut Tong Undi tersebut ditutup dan dimeterai.Bayangkan Peti Undi tersebut tidak SATU SAAT pun ditinggalkan oleh mana-mana Ejen Parti hingga saat SOLAT pun mereka sanggup korbankan (Wallahua’lam,jama’ mungkin?) kerana menjulang tinggi kelangit hal duniawi ini. Kemudian Borang 13 (Final) disediakan sebagai bukti bilangan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan bilangan yang sepatutnya berada didalam Peti Undi.Seterusnya diserahkan kepada Ejen. Baki kertas undi/tidak digunakan sekali lagi dimeterai oleh Ejen dan diletakkan didalam Sampul 1.so, dah meterai oleh ejen,kami nak buka balik?

Isu pengiraan undi/blackout? Kemudian, tepat jam 5pm Ejen Mengundi (Polling agent) bertukar tangan kepada Ejen Mengira (Counting Agent).Untuk makluman, pengiraan undi dilakukan di TEMPAT MENGUNDI tanpa dibenarkan Peti Undi dibawa ketempat lain melainkan kes-kes tertentu (luar Bandar/hutan) tetapi masih ejen akan ikut sama dan Borang 13 yg tercatat No Siri kekal ditangan Ejen.

Prosedur pertama ialah setiap kertas undi dituang dan dikira satu-persatu dihadapan ejen supaya bilangan sama dengan Borang 13. Jika ada Kertas undi terlebih, Jadual 3 boleh digunakan oleh Ejen Pengundian untuk bantahan.Undi dikira dan sudah pasti terdapat pertikaian antara Ejen-Ejen sehingga melewatkan pengiraan undi.Korang nak gaduh-gaduh la,bertumbuk caci mencaci biasala tuh.Tetapi disini kuasa KTM diperlukan dan ia muktamad untuk menentukan undi ragu.Ya.Saya kurang bersetuju dengan arahan oleh SPR bahawa calitan dilakukan sebelum pengundi menandakan kertas undi.Di saluran saya sendiri terdapatnya situasi calitan terkena kertas undi. Tetapi saya membuat keputusan,selagi kesan dakwat tidak mencacatkan Kertas Undi dengan kuasa yang diberikan, saya menerima kertas undi tersebut.Ini soal teknikal.

Selesai pengiraan undi BORANG 14 disediakan dengan jumlah bilangan undi/keputusan.Ejen akan mendapat sesalinan dan juga disahkan.Sesalinan dimasukkan kedalam Sampul 7 dan sekali lagi dimeterai oleh Ejen untuk diberikan kepada Pusat Penjumlahan Undi.Tidak mungkin keputusan dapat diubah sedangkan Ejen mempunyai salinan pendua. Kertas Undi dimasukkan kedalam Sampul 6 dan dimeterai Ejen lagi. Sampul 1(baki kertas undi) dan Sampul 6(kertas undi yg dikira) di masukkan kedalam Peti Undi dan dimeterai untuk kali terakhir untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan.Bagaimana kesemua PEMETERAIAN DIBUAT? Tanya Ejen sendiri.kan korg kononnye nak tau sgt kan.bukan mudah,kena ikat itu ini,tampal pelekat security,ikat seal SPR lagi.Ingat senang?

Isu Peti Undi Tambahan? Untuk ke Pusat Penjumlahan undi,kami diescort sekali lagi oleh Polis dan tidak diberi peluang untuk mengisi minyak/dipintas oleh mana-mana kereta sehinggalah sampai ke Pusat Penjumlahan. Sepanjang jalan dikiri kanan para penyokong fanatik tegar menendang2 kereta,mengetuk cermin,melontar botol air,menjerit SPR barua,macai,penipu besar,pembohong dan lain-lain lagi.Ikutkan hati nak dilanggar je.nasib anggota polis menenangkan saya.

Selepas selesai penyerahan Peti Undi dan BORANG 14 jumlah akan dipaparkan di layar projector dan para Ejen boleh melihat jumlah sama atau tidak sepertimana keputusan pengiraan di Tempat Pengundian. So, di mana berlaku Peti undi yg tiba2 datang sedangkan jumlah pada Borang 14 telah dipaparkan?masa bila saya nak kira kertas undi baru sedangkan semua Kerani Pengundian dah balik?

Bayangkan sehari sebelum pengundian kami diminta mengira peralatan,menyusun atur meja,memastikan aliran keluar masuk pengundi sehingga bekerja lewat malam dan kemudiaannya dihari pengundian bangun seawal 4.30 pagi sehingga proses pengundian selesai dan berada di Pusat Penjumlahan sekiranya ada bantahan dari Ejen sehingga jam 2-3 pagi esoknya.Itu belum dikira taklimat/kursus/seminar yang kami terPAKSA hadiri.Sudahlah penat dari awal pagi ke tengah malam, balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih..fahamilah perasaan kami…bayaran kami TIDAK LANGSUNG setimpal dengan apa yang kami lakukan.Saya sendiri kakitangan swasta dengan jawatan Profesional dengan gaji berkali2 ganda. Namun, saya ikhlas melakukan demi memastikan prinsip Demokrasi sentiasa menjadi tunjang Negara.

Ini kali kedua saya menjadi Petugas SPR dan memang banyak penambahbaikan telah dan boleh dilakukan(terutama masa calitan dakwat)Kalau ada isu Blackout, buat laporan polis,selidik betul2 kebenarannya.Jangan percaya bulat2.Jangan hanya berani bercakap dilaman sosial tanpa memahami SOP gerak kerja kami. Lihat dan rasai bagaimana tugasan kami.Kami petugas SPR bukanlah macai/barua/anjing/kuda/lembu mana2 parti. Kalau anda yang menyatakan SPR tidak telus, saya CABAR anda jadi petugas SPR untuk PRU akan datang! Wallahualam

Dari FB - Aizat RahimDari FB - Aizat Rahim

Suara Azan, Pulau Pinang & Anak Cina Sesat

Posted by rixals ismail



Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Tidak berapa lama dahulu, setelah ditakbirkan kemenangan sebuah entiti Harbi, suara azan menjadi semakin sayup di waktu subuh di Pulau Pinang. Bacaan al Qur’an sebelum subuh yang dinikmati sejak zaman berzaman sebelum ini, terus hilang di celah-celah serban manusia yang mendakwa diri pejuang Islam. Membangun bersama Islam kata mereka. Entah siapa yang bangun dan entah siapa yang rebah. Khutbah Jumaat juga berbunyi seolah tuan khatib berbisik kepada qarinnya di dalam kainnya sendiri. Membangun bersama Islam kata mereka.

Islam berkembang di negeri ini menjadi ratiban zikir harian mereka. Jika kita merujuk apa yang dimaksudkan dengan Islam di dalam terjemahan mereka, kita akan segera sedar bahawa Islam itu bermaksud poket yang semakin kembang dan cahaya peluang ke Sodomjaya yang bersinar terang benderang, cemerlang, gemilang, terbilang.

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang pelik. Sebuah negeri dengan majoriti orang Islam, tetapi diperintah oleh seorang bukan Islam. Peliknya Pulau Pinang, ia tidak diperintah oleh orang Pulau Pinang. Yang lebih pelik di Pulau Pinang, orang-orang Pulau Pinang tidak boleh sesuka hati menggunakan nama Pulau Pinang kerana pemerintah yang bukan orang Pulau Pinang, mengatakan itu hak ekslusifnya sebagai pemerintah Pulau Pinang untuk menentukan siapa boleh dan siapa tidak boleh menggunakan nama Pulau Pinang dalam perkara-perkara tertentu. Wahh… Felancis Lait Lo pun boleh tersedak dalam kubur dengan Van Der Lim. Mungkin pepatah Bagai Belanda dapat tanah perlu diubah selepas ini. Ada yang lagi hebat dari Belanda rupanya.

Pulau Pinang sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan. Pelacuran juga banyak di sini. Pelacurnya pelbagai ragam. Ada yang seksi di celah-celah lorong dan ada yang melacur dengan berkopiah dan tembolok melopong.

Jika mahu mengembara dan takut dengan risiko sesat, Pulau Pinang bukanlah tempat yang sesuai. Negeri ini azannya perlahan. Ia sebuah microcosm masa depan Malaysia. Pernah suatu ketika terjadi satu kes benar yang pernah berlaku di Tanah Melayu .(Maaf saya tidak bermaksud untuk menjadi nasionalis, assobiyyah, pejuang kebangsaan dengan menulis perkataan Melayu untuk Tanah Melayu ini. Harap peluang saya untuk ke syurga tetap cerah walaupun saya menulis perkataan Melayu untuk baris tersebut. )

Ia sebuah kes kecil yang beritanya bagi saya memberikan satu impak dan legitimasi besar. Sekumpulan anak Cina yang gemar dengan aktiviti riadah, telah melakukan pengembaraan. Mereka memanjat sebuah bukit berhutan untuk menikmati keindahan alam. Ini merupakan satu aktiviti sihat yang perlu dicontohi. Ia mendekatkan manusia dengan alam. Apabila manusia dekat dengan alam, maka perlahan-lahan mereka dekat dengan yang menciptakan alam. Anak-anak Melayu harus mencontohi sikap-sikap positif yang ada pada orang-orang Cina. Ambil yang positif elakkan yang negatif. Mereka rajin beriadah dan mereka kuat berusaha.

Tetapi malang, apabila mereka mempunyai kurang pengalaman dalam mengatur jejak. Lalu kumpulan anak muda berbangsa Cina ini tersesat. Semalaman mereka bermalam di dalam hutan mencari jalan pulang. Mereka tidak ketemui jalan dan arah. Mereka menjadi panik kehilangan arah. Satu kekurangan orang bukan Islam, mereka tidak dibekalkan dengan ilmu pandu arah dan penentuan bintang-bintang yang menunjukkan arah terutamanya kiblat. Muslim yang mengambil tahu tentang semua ini, tentu tiada masalah untuk mengetahui arah meskipun berada di dalam hutan yang tebal atau padang pasir yang luas. Mereka ini yang tersesat ini tidak mempunyai bekalan pengetahuan tersebut. Mereka terus tersesat jalan. Lalu mereka berusaha dan berikhtiar supaya mereka tidak sesat lebih jauh. Mereka memanjatkan harapan supaya mereka akan temui jalan keluar.

Akhirnya pada ketika benang putih jelas berbeza dari benanghitam, harapan yang dipanjatkan mereka terjawab. Tiba-tiba kedengaran suara memecah keheningan pagi yang gelap. Mereka tersenyum. Mereka teruja apabila mendengar suara tersebut. Walaupun mereka tidak faham apa yang dilaungkan bersama suara itu, tetapi mereka tahu dari mana suara itu datang. Kalimah pertama yang mengundang senyum pada wajah mereka ialah kalimah Allahu Akbar. Ia membawa maksud Allah Maha Besar. Lantas mereka tahu terdapat masjid berdekatan dengan kawasan di mana mereka sesat. Mereka tidak melepaskan peluang. Lantas mereka segera bangun untuk menelusuri jalan yang menuju ke arah suara tersebut. Mereka yakin, pada arah dari mana suara itu datang, mereka akan menemui jalan selamat. Mereka yakin bahawa dengan bergerak ke arah dari mana suara itu datang, doa dan harapan mereka untuk selamat dari jalan yang sesat akan dimakbulkan. Selesainya azan, mereka mendapati jalan yang ditujui mereka membantu mereka keluar dari kawasan bukit berhutan tersebut. Akhirnya mereka sampai ke penempatan manusia dan mereka akhirnya berjaya diselamatkan. Syukur azan di negeri tersebut masih dilaungkan dalam kadar laungan bunyi yang munasabah. Syukur azan dinegeri tersebut lebih kuat dari bunyi cengkerik dan riang-riang di dalam hutan.

Beruntunglah anak-anak muda berbangsa Cina ini kerana mereka tidak tersesat di hutan-hutan Pulau Pinang. Azan di Pulau Pinang sudah semakin perlahan. Beratur menurut jejak Cinapura. Kerana itulah ada yang tersesat masuk ke Pulau Pinang dan belum bertemu jalan pulang. Pulau Pinang microcosm masa depan Malaysia.

Ia sebuah kes kecil yang beritanya bagi saya memberikan satu impak dan legitimasi besar. Sekumpulan anak Cina yang gemar dengan aktiviti riadah, telah melakukan pengembaraan. Mereka memanjat sebuah bukit berhutan untuk menikmati keindahan alam. Ini merupakan satu aktiviti sihat yang perlu dicontohi. Ia mendekatkan manusia dengan alam. Apabila manusia dekat dengan alam, maka perlahan-lahan mereka dekat dengan yang menciptakan alam. Anak-anak Melayu harus mencontohi sikap-sikap positif yang ada pada orang-orang Cina. Ambil yang positif elakkan yang negatif. Mereka rajin beriadah dan mereka kuat berusaha.

Tetapi malang, apabila mereka mempunyai kurang pengalaman dalam mengatur jejak. Lalu kumpulan anak muda berbangsa Cina ini tersesat. Semalaman mereka bermalam di dalam hutan mencari jalan pulang. Mereka tidak ketemui jalan dan arah. Mereka menjadi panik kehilangan arah. Satu kekurangan orang bukan Islam, mereka tidak dibekalkan dengan ilmu pandu arah dan penentuan bintang-bintang yang menunjukkan arah terutamanya kiblat. Muslim yang mengambil tahu tentang semua ini, tentu tiada masalah untuk mengetahui arah meskipun berada di dalam hutan yang tebal atau padang pasir yang luas. Mereka ini yang tersesat ini tidak mempunyai bekalan pengetahuan tersebut. Mereka terus tersesat jalan. Lalu mereka berusaha dan berikhtiar supaya mereka tidak sesat lebih jauh. Mereka memanjatkan harapan supaya mereka akan temui jalan keluar.

Akhirnya pada ketika benang putih jelas berbeza dari benanghitam, harapan yang dipanjatkan mereka terjawab. Tiba-tiba kedengaran suara memecah keheningan pagi yang gelap. Mereka tersenyum. Mereka teruja apabila mendengar suara tersebut. Walaupun mereka tidak faham apa yang dilaungkan bersama suara itu, tetapi mereka tahu dari mana suara itu datang. Kalimah pertama yang mengundang senyum pada wajah mereka ialah kalimah Allahu Akbar. Ia membawa maksud Allah Maha Besar. Lantas mereka tahu terdapat masjid berdekatan dengan kawasan di mana mereka sesat. Mereka tidak melepaskan peluang. Lantas mereka segera bangun untuk menelusuri jalan yang menuju ke arah suara tersebut. Mereka yakin, pada arah dari mana suara itu datang, mereka akan menemui jalan selamat. Mereka yakin bahawa dengan bergerak ke arah dari mana suara itu datang, doa dan harapan mereka untuk selamat dari jalan yang sesat akan dimakbulkan. Selesainya azan, mereka mendapati jalan yang ditujui mereka membantu mereka keluar dari kawasan bukit berhutan tersebut. Akhirnya mereka sampai ke penempatan manusia dan mereka akhirnya berjaya diselamatkan. Syukur azan di negeri tersebut masih dilaungkan dalam kadar laungan bunyi yang munasabah. Syukur azan dinegeri tersebut lebih kuat dari bunyi cengkerik dan riang-riang di dalam hutan.

Beruntunglah anak-anak muda berbangsa Cina ini kerana mereka tidak tersesat di hutan-hutan Pulau Pinang. Azan di Pulau Pinang sudah semakin perlahan. Beratur menurut jejak Cinapura. Kerana itulah ada yang tersesat masuk ke Pulau Pinang dan belum bertemu jalan pulang. Pulau Pinang microcosm masa depan Malaysia.

www.satuhala.blogspot.com

Sedikit Politik 2

Posted by rixals ismail



Kupasan Juga yg aku ambil dai komen sebuah blog.. sila baca artikel "sekikit komen 1" sebelum baca artikel ini..

since cai2 PR rasa pandai sangat.. dan dia org kata matematik kiraan pembahagian kerusi parlimen aku buat tu salah..

ok lah.. just for the sake of argument, ko kata utk menang perlu 112 seats minimum.. utk menang PRU 13.. PR mesti menang selesa sekurang2nya 120 seats (nau'zubillah..).. So.. DAP kena improve to at least menang 40+ seats.. PKR pun kena improve to at least menang 40+ seats.. dan PAS pun kena improve to at least menang 40+ seats..

So.. hasilnya..
DAP 40+ (secara rasmi anti Islam & tuntut kalimah Allah utk gereja/bible).
PKR 40+ (secara rasmi pejuang liberalism & sokong tuntutan kalimah Allah oleh DAP).
PAS 40+ (pejuang hak Islam TAPI 50/50 dlm tuntutan kalimah Allah oleh DAP).

BUKANKAH INI MASIH MENJADIKAN PAS HANYA 1/3 KUASA DALAM PR. So, matematik/chapua aku salah atau matematik/chapua korang yang salah.

So, di dalam senario yg di atas..

Apalah rasanya kesudahan isu tuntutat kalimah Allah utk di gunakan dlm bible dan gereja yg dituntut oleh DAP dan disokong oleh PKR.. PAS mampu lawan DAP & PKR.

MAMPUKAH PAS LAWAN/HALANG KEHENDAK DAP & PKR. MANA MUNGKIN.. 1 vs. 2 (pas vs. dap & pkr) = pas menang.

Adakah ko akan merelakan terdirinya "Gereja Bunda Allah" di tanah Semenanjung Malaysia.

AKU FAHAM.. dalam kira2 otak benak korang tu.. ko rasa KELEMAHAN suara PAS dalam PR akan dibantu oleh Ahli Parlimen Islam dalam PKR..

Huh.. kalau itulah "chapua" korang..

cuba ingat balik apa jadi kpd Ahli Parlimen PKR yg mempertahankan kalimah Allah di dalam parlimen, iaitu YB Zul Nordin.. YB Zul Nordin telah dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PKR dan dipecat dr PKR kerana telah mempertahankan kalimah Allah dalam parlimen.. (ingat. YB Zul Nordin bukan keluar PR TETAPI DIPECAT).

Kalau aku ambil contoh isu Melayu.. korang akan kata aku umno rasis.. So.. aku akan bagi ko contoh isu berkenaan agama..

So.. setelah menang isu kalimah Allah.. apa akan jadi kalau semua Ahli Parlimen yg kafir di dalam DAP & PKR menuntut di dalam parlimen agar dana/budget kerajaan Malaysia yang diperuntukkan untuk pembangunan Masjid2, pembangunan Jakim dan sebagainya DIBAHAGI SAMA-RATA UTK KEGUNAAN PEMBANGUNAN RUMAH2 IBADAT AGAMA2 LAIN IAITU UNTUK MEMBINA GEREJA, TOKONG & KUIL. PERLU DI INGAT/DIKETAHUI BAHAWA TONY PUA (DAP) TELAH PUN MENGEMUKAN TUNTUTAN INI DAN MEMPERSOALKAN DASAR INI DALAM PARLIMEN..

ADAKAH PAS RELA UNTUK MEMBENARKAN DANA KEREJAAN MALAYSIA DIGUNAKAN UTK PEMBINAAN KUIL, TOKONG DAN GEREJA.

Harus di ketahui bahawa tuntutan sedemikian TIDAK bertentangan dengan peruntukkan Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia kerana.. walaupun Artikel 3 Perlembangaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama Persekutuan tetapi Artikel 11 Perlembangaan Malaysia juga memberikan hak penganut agama lain mengamalkan kepercayaan agama masing2..

MAMPUKAH PAS, hadi awang, nik aziz, haron din, mat sabu MENGHALANG DAN MENIDAKKAN TUNTUTAN SEBEGITU.

INGAT & FAHAMKANLAH.. BAHAWASANYA.. SEMUA Ahli Parlimen Melayu/Islam dari PKR TIDAK dibenarkan untuk mempertahan hak istimewa agama Islam atau Melayu di dalam parlimen kerana ianya bertentangan dengan dasar PKR iaitu memperjuangan hak sama rata di antara semua kaum dan agama.. sama seperti DAP..

So, yang boleh menjerit dan mempertahankan HAK Islam dan Melayu di dalam parlimen HANYALAH PAS.. TAPI PAS HANYA MEMEGANG 1/3 KUASA DALAM PR..

WAHAI PENYOKONG PR YG BERAGAMA ISLAM.. MOHON BUDIBICARA SERTA KEBIJAKSANAAN KALIAN UNTUK MEMAHAMI APA YG DIKEMUKAN INI..

MAMPUKAH PAS LAWAN/HALANG KEHENDAK DAP & PKR. MANA MUNGKIN.. 1 vs. 2 (pas vs. dap & pkr) = pas menang.

Demokrasi mana yang korang belajar ni.

MAT SABU AJAR KORANG MACAM TU EK.

Jawab lah PERSOALAN SERIUS INI DENGAN FAKTA YG TEPAT & GITU.. BUKAN DENGAN ARGUMENT2 BODOH YANG DIAJAR OLEH Mat Sabu..

Oleh : Kelate Jati


Sedikit Politik 1

Posted by rixals ismail



Kupasan terbaik yang aku takkan berbelah bahagi memilih UMNO.. aku petik dari komen blog..


MENGEKALKAN KUASA ISLAM/MELAYU MELALUI SISTEM “PARTY BASED DEMOCRACY” DALAM MASYARAKAT BERBILANG AGAMA/BANGSA DI MALAYSIA.


Kalau sayangkan Islam, Melayu & Malaysia sila baca sampai habis & fahamkan.. dan kalau ada mana-mana umat Islam/Melayu masih reject total apa yg dibentang.. huh.. tahu lah kita setakat mana keikhlasan puak2 Islam/Melayu dalam Pakatan mempertahankan kedaulatan Islam & kedudukan org Melayu..


Amalan Demokrasi Berparti (Party Based Democratic Practices) adalah satu perkara yg amat delicate (halus) & memerlukan pengamatan yg mendalam pada segala yg tersurat & yg tersirat.. terutama dalam merancang penguasaan Kuasa Politik umat Islam/Melayu di dalam masyakat majmuk berbilang agama & berbilang bangsa seperti Malaysia.


Pakatan spinners amat gemar mengemukan statistik yg TIDAK TEPAT bagi memberikan gambaran KESELURUHAN YANG SEBENAR.. Mereka amat mahir dalam bidang “Factual Spinning” iaitu memaparkan sebahagian statistic secara Mikro dan akan dimanipulasikan untuk memberikan gambaran yang menyeleweng daripada gambaran keseluruhan yang sebenar..


UNTUK MAKLUMAN PARA SAHABAT & SAUDARA SEISLAM SEKELIAN, YANG LEBIH RELEVANT & PENTING ADALAH STATISTIK MAKRO. FAKTA SAHIH/STATISTIK MAKRO YANG MEMBERIKAN GAMBARAN KESELURUHAN SEBENARNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT..
DALAM BN :
UMNO BERTANDING 117 KERUSI PARLIMEN = LEBIH 52.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN..
DAN KEKUATAN INI DITAMBAH DGN 11 KERUSI PARLIMEN YG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DLM PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB, SARAWAK) YG MENJADIKAN JUMLAH KERUSI YG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DALAM BN BERJUMLAH 57.2% DARIPADA 222 KERUSI PARLIMEN..
INILAH FORMULA RAHSIA YG MENJAMIN MASA DEPAN UMAT ISLAM DAN KAUM BUMIPUTERA KESELURUHANNYA DI BERTUAH MALAYSIA..


DENGAN FORMULA INI, WALAUPUN UMAT ISLAM DEWASA INI MENGHADAPI ANCAMAN YANG SERIUS BILA MANA ADA PIMPINAN BERAGAMA ISLAM YANG BERTINDAK SEBAGAI “KITOL” (seperti anwar, azmin, khalid samad, mat sabu) BERJAYA MENDAPAT SOKONGAN DARI KUASA ASING UTK MELEMAHKAN PENGUASAAN PARTI UMAT ISLAM DI DALAM BN..


BN MASIH MUSLIM 2/3 MAJORITY GOVERNMENT… HAKIKATNYA, SEDIA ADA DI PARLIMEN HARI INI KERAJAAN (BN) MASIH LAGI DIKUASAI OLEH UMAT ISLAM DGN MAJORITI 2/3 DRP SEMUA KERUSI YG DIMILIKI OLEH BN.. ALHAMDULILLAH..


DENGAN MENGHADAPI BERBAGAI ANCAMAN TERSEBUT, BN MASIH LAGI MAMPU BERTAHAN SEBAGAI “MUSLIM MAJORITY GOVERNMENT” SEPERTI YG BERIKUT;.
UMNO: 80
PBB (Sarawak): 14.
MCA: 15
MIC : 4.
LAIN2: 20+
Siapa yg berkuasa? PASTINYA ISLAM/MELAYU..
(MP Muslim/Bumiputera BN +/- 94 / MP Non-Muslim +/- 40).
MAKA BN KEKAL.
MUSLIM/BUMIPUTERA 70% DAN NON-MUSLIM 30%..


SEADANYA, BN MASIH DIKUASAI 2/3 MP ISLAM. KERAJAAN BN INILAH YG HENDAK DIHANCURKAN OLEH Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Singh, Teressa Kok, Elizabeth Wong, Xavier, Ronnie Liu DLL DENGAN BANTUAN anwar, wan azizah, nurul ezzah, azmin, Khalid samad, Khalid Ibrahim DLL.
Kesimpulannya: BN adalah sebuah “Muslim 2/3 Majority Government” dan berbekalkan penguasaan kerusi parlimen umat Islam dalam BN telah berjaya mempertahankan berbagai perkara asas dan memberikan interpretasi khusus pentadbiran kpd peruntukkan artikel 3, 11 & 153 Perlembangaan yg sgt umum itu, sebagai contoh:-


1. dana kerajaan hanya utk Masjid dan BUKAN utk rumah ibadat agama lain;.
2. laungan AZAN TIADA LIMIT di mana2 masjid/surau;.
3. majoriti hampir 90% penjawat awam/GLC adalah umat Islam;.
4. kuota Islam/melayu di IPTA, UiTM, MRSM, IKM, IKBN;.
5. memperkasa kuasa PERKIM, JAKIM dll;.
6. memperkasa kuasa mahkamah syariah;.
7. menidakkan tuntutan2 melampau masyarakat bukan Islam;.
8. bayaran zakat dikecualikan drp income tax;.
9. dan mcm2 lagi korang tambahlah sendiri.. (aku pasti kita semua sedia maklum)..


Inilah baru dinamakan strategi & ilmu politik..


Sebagai contoh mudah & terbaru, berbagai tentangan yg diberikan oleh Parti2 Bukan Islam (iaitu DAP, PKR, MCA, GERAKAN) bila UMNO mengusulkan & membentangkan Akta Perihal Dagangan 2011: Peruntukkan yang berhubung dgn Pensijilan Halal Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 di bawah Seksyen 28; Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 di bawah Seksyen 29 yang membawa hukuman yg SANGAT berat terhadap pesalah2 berkenaan penyalahgunaan logo HALAL iaitu bagi kesalahan oleh mana2 pertubuhan perbadanan: 1. didenda tidak melebihi RM5Juta & bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10Juta;.


Masyarakat peniaga cina menentang keras pembentangan Akta tersebut kerana rata2 kilang2 industri pengeluar makanan adalah milik cina dan akta tersebut sgt menyusahkan mereka tetapi sgt baik utk umat islam..


Apa UMNO buat. Demi kepentingan umat Islam, UMNO buat tak paham shj pada tentangan parti2 non-muslim dan teruskan juga pembentangan dan meluluskan Akta baru tersebut… INILAH HASILNYA BILA KERAJAAN BN DIKUASAI OLEH 2/3 KERUSI UMAT ISLAM.. ALHAMDULILLAH..


MAMPUKAH PAS MELAKUKAN YG SAMA SEPERTI CONTOH DI ATAS TU DENGAN HANYA MENGUASAI KURANG DRP 1/3 KERUSI PARLIMEN DALAM PAKATAN. JAWAPANNYA: SUDAH TENTU TIDAK.. DALAM PAKATAN


PAS HANYA BERTANDING 66 KERUSI PARLIMEN = 29.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN YG ADA..


DGN JUMLAH KERUSI YG DITANDINGI HANYA KURANG DRP 30% PUN ADA HATI NAK GANTI UMNO UTK MEMPERTAHANKAN UMAT ISLAM / MELAYU..


Mampukah PAS mempertahankan seninambungan penguasaan umat Islam dalam kerajaan Malaysia yg buat masa ini adalah merupakan sebuah “Muslim Majority Government”.


HASILNYA DALAM PAKATAN RAKYAT PENGUASAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
DAP :29
PKR : 23 (Muslim & Non-Muslim 50/50).
PAS : 22.
PSM : 1.
Siapa yg berkuasa? DAP ATAU PAS?
(MP BUKAN ISLAM = 38 / MP ISLAM =38).
(SEADANYA: PENGUASAAN ANTARA ISLAM & BUKAN ISLAM DALAM PAKATAN ADALAH 50/50).
Pakatan Rakyat (Muslim 50% / Non-Muslim 50%).
berbanding
Barisan Nasional (Muslim 70% / Non-Muslim 30%).
(*RUJUK LAPORAN RASMI PARLIMEN BUKAN UTUSAN..)


FAKTA SAHIH INILAH YANG MEMBULATKAN SOKONGAN PADU HAMPIR KESELURUHAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PAKATAN RAKYAT.


PERSOALANNYA:- BAGAIMANA MASIH ADA SEGELINTIR UMAT ISLAM YANG MASIH TERIKUT-IKUT DENGAN SOKONGAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PR. ADAKAH MEREKA BUTA HATI ATAU BUTA ILMU POLITIK.


MANA MUNGKIN HJ HADI TIDAK MENYEDARI HAKIKAT INI.. ATAU PURA2 BUAT TAK TAHU DEMI MENGEKALKAN JAWATAN PRESIDEN PAS DAN BERGELAR YB.


PAS hanya bertanding di 66 kerusi Parlimen drp 222 kerusi yg ada. So, hasilnya PAS hanya menang PAS 22 vs. 29DAP + 23PKR + 1PSM.


jujurlah pada diri sendiri dan jujur pada anak-cucu kita, 22 kerusi PAS boleh pertahankan semua hak keistemawaan yg sedia ada? Mimpi di siang hari namanya tu..


Kalau kamu seorang Islam/Melayu, jujurlah pada diri dalam menjawab persoalan ini. Ini bukan soalan politik, ini soalan Agama Islam & Bangsa Melayu.. Wajarkah perkara yg amat mendasar ini DIPERJUDIKAN…?


PERHATIKAN, yang disentuh adalah perkara asas percaturan politik dalan pembentukkan Negara Bangsa. Bukannya aku kata Hj Hadi/Nik Aziz tak bagus.. Cuma, message yg ingin disampaikan adalah; sehebat mana pun Hj Hadi + semua pemimpin PAS, kalau tak cukup penguasaan kerusi parlimen dalam Pakatan, maka segala hak keistimewaan Islam/Melayu yg sedia ada pun bakal terhakis maka tak perlulah aku sentuh mengenai usaha PAS yg kononnya hendak melaksanakan hudud dan sebagainya kerana ianya menjadi TAK RELEVAN LANSUNG dgn jumlah penguasaan parlimen yang begitu “ciput”.


RENUNG2KANLAH SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.. DEWASA INI, MUSUH2 UMAT ISLAM/MELAYU MENGGUNAKAN KHIDMAT UMAT ISLAM/MELAYU DIKALANGAN PIMPINAN ISLAM/MELAYU UNTUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM/MELAYU SUPAYA SENANG MEREKA MELAKSANAKAN AGENDA “PECAH DAN PERINTAH” ATAU “DEVIDE AND RULE” KE ATAS UMAT ISLAM MELAYU.


PEPATAH MELAYU BERKATA, “HANYA KAYU MAMPU BELAH KAYU” IAITU HANYA MELAYU MAMPU BELAH MELAYU.. renung2kanlah..


Oleh : kelate Jati

Sentap Mengkarung : Cara Mudah Menangani

Posted by rixals ismail




Aku panggil tarik mengkarung...

Jika anda pernah rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada bahagian betis ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan. Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan bahagian otot yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut-urut seketika.


Orang Melayu menamakan ini "Sentap Mengkarung", dan ianya selalu di anggap tidak merbahaya. Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit. Tetapi jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal.


Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Penyebab utama adalah kerana keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.
1- Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.
2- Membengkokkan kaki atau betis ke arah badan. Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan, namun ia akan memberi kelegaan yang paling segera.
3- Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
4- Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.
5- Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
6-Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.


Bagaimanapun, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.


Kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.


Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Selalulah menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

ATM

Posted by rixals ismail




PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA..
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..
2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..
3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?
4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?
5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..
6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..
7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?
9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?
10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?
11. ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar..Sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur dalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam misi TLDM! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden.!!
12. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..
13. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..
14. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu..
15. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..
16. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut..
17. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya mbalas dendam kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

sAMY vEllU

Posted by rixals ismail



AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU:-
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"
2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"
3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”
4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"
6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"
7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"
8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)
9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"
10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"
Yang paling kelakar di dunia sepanjang abad ialah:
"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Kena Perli

Posted by rixals ismail



tadi berbual dgn kawan baek aku... siap kena perli lagi. nak tahu sebab apa??? sebab dia kata "ada unifi, ada blog, tapi tak update" ekkk... sebenarnya bukan takmo update.. cuma kadang2 sebuk dengan hal2 dunia neh.. lgpun xde idea nak tuleh apa kat sini.. semenjak 2 menjak 3 menjak ni sebuk sikit.. awal2 tahu ni banyak yang kena setle.. hal personal lagi banyak nak buat.. oklah lepas ni aku cuba lah nak update sedaya upaya kederat aku nih..

New Baby

Posted by rixals ismail



10hb Februari 2013 aku dapat seorang lagi anak.. aku blm kawin daa.. ni anak ajerul.. so kiranya aku ni ayah techinta anak2 ajerul.. hahahaha... sangat chumel mcm aku.. cuma famili ajerul ni puteh.. orang banjar... berat waktu lahir 3kg kau..hahhaha... t la aku post gambar... aku doakan baby jadi anak yg solehah mcm abnag dan kakaknye.. sgt cumey tapi noti.. tu je nak cakap.. ni pun sbb ada org tgglkan msg kat coment box aku suh update.. bizi ler.. maapkan daku yer..

Masa Depan..

Posted by rixals ismail



Seminggu kebelakangan ni,aku terfikir masa depan aku... aku masih mencari cari apa yang akan aku lakukan jika berumur 40 nnti... samada masih terus makan gaji dengan orang atau cuba sesuatu yang baru... lagi2 jika sudah berfalili nnti.. Aku terfikir ada 2 3 orang kenalan aku yang aku kenal.. umur dah pencen.. tepaksa juga bekerja untuk menyelesaikan masalah hidup.. walaupun pada umur 55 tahun boleh keluar duit KWSP tapi sampai mana duit itu boleh bertahan kan..lagi2 jika salah guna... so aku tefikir untuk berniaga.. sebelum ini pun aku ada buat services untuk dapatkan sikit sebanyak duit poket... boleh juga tampung perbelanjaan hidup... yelah duit pada zaman sekarang ni macam air... bak kata PM kalau gaji bawah RM3K tu adalah miskin... Aku akan memulakan sesuatu yang baru selain servis2 yang pernah aku buat sebelum ini... Insyallah..