Aku panggil tarik mengkarung...
Jika anda pernah rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada bahagian betis ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan. Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan bahagian otot yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut-urut seketika.
Orang Melayu menamakan ini "Sentap Mengkarung", dan ianya selalu di anggap tidak merbahaya. Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit. Tetapi jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal.
Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Penyebab utama adalah kerana keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.
1- Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.
2- Membengkokkan kaki atau betis ke arah badan. Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan, namun ia akan memberi kelegaan yang paling segera.
3- Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
4- Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.
5- Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
6-Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
Bagaimanapun, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.
Kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.
Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Selalulah menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
1 Nak Nyampuk:
ok, tenkiu for the info ;)
Post a Comment