Genting??

Posted by rixals ismail



Macamana bangun pagi leh ada kat genting ek.. pelek x???





The Twilight Saga - Eclipse

Posted by rixals ismail



Minat citer ni x??? aku peminat dowh... 8 julai ni tayangan.. jom tengok.. x sabar nak tgk coz bahasa yg digunakan amatlah terawang-awangan... hahahha..... jiwang sudahhhh...


Release Date: 8 July 2010
Language: English
Subtitle: Malay, Chinese
Genre: Fantasy, Horror
Running Time: N/A
Director: David Slade
Cast: Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner, Anna Kendrick, Ashley Greene, Billy Burke, Bryce Dallas Howard, Dakota Fanning, Elizabeth Reaser, Jackson Rathbone, Kellan Lutz, Peter Facinelli.

Synopsis: Kristen Stewart, Robert Pattinson and Taylor Lautner returns for the third installment of the successful "Twilight" series, "The Twilight Saga: Eclipse" set for a summer release in 2010.

xde cerita

Posted by rixals ismail



Tadi petang, aku keluar dgn housmate aku, g Giant Kinrara, aku nak g kiosk KWSP, nak amik slip KWSP, nak wat pe??? adalah, kalau dah lulus nampaklah benda tu, heheh, lepas tu housemate aku kata ehh, lama x makn pizza, jom la makan, so pelah, pucuk d cita ulama mendatang, g makan piza, aku yg order, hak hak hak, mcm biasalah aku kalo order x hingat, siap wat tapau lagi balik umah, makan supreme pizza, spaghetti ball dan kebab pita, byk tul order tuk 2 orang, melantak sakan, lagipun dah lama x hangout ngan mamat ni, salu dia balik malam, cikgu sekolah petang, lepas tu g jalan2 jap cari barang2 yg best tuk d beli, ala bukan barang apa pun, barang keperluan je, dah penat lelah cari plak kedai minum air kelapa, muncit dah perut asyik mkn n minum, then terus balik umah, tiba2 bosann plak duk umah, kuar lagi sekali, g jalan2 shah alam jap, bkn wat pe pun, pusing2 je, bual2, cari port baek n minum lagi, adoyaiiiii mlm ni rasa perut len macam.. nak muntah pon ada, penen kepala dah,

ps: aku pon x tahu nape nak story mende ni, sbb aku nak muntah kot.. hahahha, mengong dah ni... layannnnnnnnnnnnnnnn j elahhhhhhhh

Dugaan Bertunang.. betulke???

Posted by rixals ismail



Orang tua cakap bertunang lama-lama ni bahaya.. Banyak dugaan. Aku pun tak tahu betul ke idok. Tapi betullah kot, aku tanya kawan baik aku sendiri, dorang kata kalau sebelum bertunang boleh je bercinta dengan aman damai tak banyak gaduh-gaduh, selepas bertunang mesti la lagi seronok.. Rupa-rupanya, ada benar juga kata orang.. Macam-macam perkara terjadi waktu bertunang.

* Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk.. benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal.. Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak.. Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..)

* Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je.. selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa..

* Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata(pompuanlah kan), tak pun dengan hati yang kecewa.. Tapi bila depan mata, happy je..tak ada pun gaduh-gaduh.. Pelik lah..

* Terasa susah nak kumpul duit...Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit..tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit..Terpaksa bawa plan ke bulan depan..dan begitulah seterusnya…

* Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”, “selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…

* Mula ada godaan orang ketiga.. Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat ada yg gedik mata...

* Kekasih lama. X girlfren muncul menagih cinta. walaupun tahu diri kita dah bertunang, dia seboleh -bolehnya nak rampas balik..Menggoda.. senjata utama perempuan adalah air mata dan bermain dengan jiwa.. jgn terpedaya.. time ni lah nak tengok kesetian diri pasangan masing2.

* Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…

* Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat.. walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke…

Sesungguhnya, syaitan amat marah bilamana anak Adam akan berkahwin kerana peluang syaitan menggoda untuk manusia berzina akan terlepas. dan waktu pertunangan tulah saat paling gentir kerana syaitan sentiasa menghasut manusia untuk melakukan zina dan memutuskan pertunangan.

aku pon tak tahu... tapi kadang bila dengar n fikir ada betullnye kot... jadi baik kawen terus betull x.. tunang ni just adat je kan??? any opinion???

Sekuntum Ross Berair..

Posted by rixals ismail




Lawa x??? mekaseyyy.... der

aku masak???

Posted by rixals ismail



ohhh harini d sebabkan aku malas keluar rumah... aku mengabdikan diri memasak sekor ikan yg besaaa... hahhaha.. mlm td si housemate aku g mancing... byk dpt ikan.. ikan kolam plak tu.. ooo ikat darat org pggl.... dlm byk2 tu sekor je dia tgglkan dalam peti ais.. adeihh... nak suh aku masak lah tu.. aku pon dgn paksa rela masak ... dah la nak siang payah... hanyir plak tu... adoyai.. ku gagahkan jua menyiang, membuang hanyir n masak ikan bersos... x silap aku nama ikan ni ikan pacu... aku pon x tau nape dia pggl menatang ni nama tu...pagi aku menyaing.. petang aku masak... nasik ngan sayor je blom masak lagi.. jap lagi lah... pandai gak aku masak (puji diri sendiri).. tapi maaflah ye housmate.. terlebey pedas plak.. hek hek hek.. berasap lah ko... jom buka pose same aku arini...

Faezah Kawen

Posted by rixals ismail




Semalam aku g kawen faezah, Kawan lama aku, dulu dia ni keje kat syarikat aku skrang, tp dah dsunting keje kat KarangKraf, (di sunting ek?), Waktu sekolah aku pernah jumpa dia. Dulu dia pake spek tebal n beso. maklumlah raboonnn... hahahah... dulu salu kalo aku kering , minah ni la yg bg duit kat aku (dl je ke?)...hahhaa.. dia kawen ngan orang dari sarawak. Mie namanye. Majlis berlangsung kat Restoran Antan Bantura Taman Tasik Shah Alam. sorilah ada sekeping je gambo. yg len blurr. nnti aku amek gambo kek dio ek. Ahad ni kat umah laki2 plak.. Sarawak Kita!!!



tp aku pelek la org melayu nih.. apsal nk ngawan je time cuti sekolah ek????

TuJuH BuLaN!!!!

Posted by rixals ismail



wahhh, sekejap je masa berlalu kan. Dah 7 bulan dah. sungguh x sangka2, masa amat pantas. Banyak yang berlaku. Banyak yang d harungi.



Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


19/11/2009 - 18/6/2010 - 7 bulan

Terima kasih sebab selalu ada untuk aku.
Terima kasih sebab selalu temankan aku.
Terima kasih sebab selalu bebel aku.
Terima kasih sebab selalu faham perangai aku.
Terima kasih sebab selalu melayan aku.
Terima kasih sebab selalu belikan aku McD yg ada cawan..


Sahabatku Tommy,
"Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu… Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu… Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya… Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu… Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu… Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu… Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu… Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu… "

Malam Sebelum...

Posted by rixals ismail



Ya Rabbi Salli 'ala n-Nabi Muhammadin...

Dengarkan rakaman dari malam sebelum majlis pertunangan seseorang yang amat ku sayang....
maaf kualiti kurang memuaskan sebab menggunakan handphone...
sangat meriah....


video

cuba teka majlis sape...???

Ajerul

Posted by rixals ismail



Minggu ni ahad, 6 jun, hari kelahiran sahabat aku lagi seorang, ajerul. Dari kecik sampai lah sekarang kitarang bersama. Pelbagai ragam, musibah, susah n senang di lalui bersama. Aku kenal dia waktu di sekolah tadika lagi. Masih kecik. Kampung azrul bersebelahan kampung aku di Gedangsa. Bermain-main ketika di sekolah kebangsaan, Tapi waktu tu masih kawan biasa. Maklumlah masih budak2. Apa tahu kan. Yang tahu bermain je lah kan. start sekolah menengah form 2, baru aku akrab dgn azrul. tu pun sebab apa ntah. lupa lor. ehhehe dah tuo kot. Waktu sekolah menengah kitarang mcm belangkas (boleh ke sebut mcm tu ahahah) kemana-mana berdua. G tuisyen sama, makan rehat sama, ronda-ronda kampung sama. event apa jg yg kitarang buat suma berdua. buat jahat pon berdua do.. hahahha. Dulu setiap kali pergi solat jumaat aku akan ambil azrul n pusing dulu. ada laluan yang sama kitarng lalu sebelum g masjid n after solat jumaat. Dulu selalu bohong kat mak kata kuar g umah azrul lepak2 padahal naek motor g Sg Besar. Buat apa? ahah semata-mata nak makan kay ef ci. jauh lorr dr gedangsa ke sg besar. dlm 80 km pergi. hahahaha. malam lak tu. dah la jalan hutan. tapi semberono je lah kan. waktu darah remaja apa igt. tahu nak seronok je merempit.

Gaduh tu selalu gak ngan mamat ni. ala, gadoh2 biasa. bertengkar je. tp ada gak dulu sepak terajang.. hahaha tapi kejap je mesti baik balik. gadoh2 sampai bila pun bukan boleh kenyang. hahaha. after form 5, azrul terus dapat belaja kat kolej Asasi n teru smasuk Uni Melaya. Aku waktu tu keje tolong abg aku niaga kat Flat San Peng Pudu. 1st time duk kay el.hahahaha.Then aku belaja kat PTPL Shah Alam menyewa, azrul duduk sekali ngan aku. Malas duk kolej katanya. So dia berulang alik dr shah alam sek 10 ke UM. waktu tu aku slau gak ikut dia g kelass. tapi aku duk tunggu je lah kan kat luar. saje do duk umah pon x wat pe. setia menanti. hahahaha. then after tu apa lagi, kasi pusing2 la kay el la. Aku masih igt satu perkara, time aku demam, teringin nak makan nasi lemak kat kolej pertama UM, sedap do nasi lemak dia, pagi2 lagi si azrul ni bangun n shoot g UM semata-mata nak beli nasi lemak tu. adeihhh baik betul. hahahaha. thanks ye wak jerul.


gambar waktu dia jadi rapper.. hahha
time ni ramai aweksss tahuk


Pnh satu ketika aku bergadoh giler babi. aku pon x igt sbb apa. sebab aku x ikut cakap dia kot n melawan apa cakap dia. dia bengang kot tersepak aku. sakit do, menangis aku. then dia blah g mana ntah x balik2 semalaman. risau giler aku. pagi tu aku g UM tempat lepak dia, aku jumpa kat kolej 9, rasa bersalah kot mamat ni. dia nampak aku terus je sayu. uwaaa. aku as usual dah nangis dah. hahaha. sedey lor. bermaafan kat situ n taru sbalik kampung. hehehe. balik kampung kan best.

Ada satu tu waktu dia habis kuliah, dia keje sembilan kat Pasar Borong Selangor nih, waktu nak g intiviu, aku insist suh dia bawak keta, dia xmo, aku ush gak dia ikut je, then x lama kemudian aku dapat pggilan dia exciden. erk!!! terkedu aku. aku terus g tgk, bersyukur sgt dia xde pepe, keta je teruk. keta merah aku tu. berputar bayak kali. xpela insuran ada asal orang xdepepe.

x lama kemudian, mamat ni dapat keje kat sabak bernam. as ketua teknologi maklumat kat situ. terpaksa berpindah dah. sedey do. dah lama duk sama, tiba2 dia terpaksa duk jauh. heheheh. salu gak aku g tiap sabtu ahad duk umah dia kat sana. lepak2. g mancing kat sana. and dia pon selamat berkahwin. as usual time nikah aku duk belakang dia. hahaha. kelako. tiap kali ada function pepe tuk bestie aku, aku masti ada. x kiralah nak ikot gak. skunk dah ada 2 anak dah.ak?? hahaha...tp mamat ni x pnh bising suh aku kawen. hehhehe. dia kata kalo de jodoh kawen.


waktu ngundi, sebok suh amik gambo dia


then dah dekat 3 tahun bekerja, dia terpaksa cari keje lain or di tukarkan sebab ada politik di selangor. entah aku pon x tahu sbb pe. waktu tu borang kpli baru kuar, so aku belikan dia pin kat bsn. rezki kot, dia dapat intiviu, ke tgn aku yg bertuah. well~, dapat masuk kpli kursus kat Ipoh.skunk nih dah hbs kursus semua. mamat ni keje cikgu. cikgu ajerul kat tmn nirwana. duduk pon ngan aku. hahaha. kelako... ohh lupe nak bgtahu.. mamat ni giler keta. dulu pake putra, dia beli senyap2 je. x bgtahu aku pon, tiba2 call aku ajak makan dia tunggu kat luar, hahaha nak nunjuk keta, aku punyelah marah cket pon x bgtahu.. hahaha.. skunk dah tuka pake subaru..



Mohamad Ajerul Mohd Sidik


selamat hari lahir sahabatku. Terima kasih atas kebaikanmu selama kita bersama. Banyak memori yang aku x akan lupa. Terima kasih salu bagi nasihat yang amat pedas n terima kasih sebab selalu ikut kehendak aku. Terima kasih salu jaga kesihatan aku.
heheheh tunggu badan ko kena budu + belacan yer.. hahahaha...

Dari seorang Teman

Posted by rixals ismail



Buat sahabat ..
Yang berhati pink.. ^_^
Semoga panjang umur lagi dirahmati
Semoha dimurahkan rezki lagi diberkati
Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu..insyaAllah...
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan...
Semoga detik-detik waktu yang berlalu
Adalah kebahagian yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usiamu
Akan bertambah iman di dadamu

Selamat Hari Lahir..
Jadilah dirimu permata hati jauhari
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Kekalkan senja dengann keindahan JAngan ada hujan membawa malam
Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi
Bersyukur berzikir basah di bibir
Redha dengan setiap ketentuann takdir
Dan jadilah dirimu sendiri
Berakhlak dengan sunnah nabi

Selamat Hari Lahir..
Ikhlas dari hati seorang teman
Terima kasih atas setiap kebaikan
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan
Moga Allah memberi ganjaran
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan
Moga ukhwah akan berkekalan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

Selamat HAri Lahir sahabat
berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi
di dunia dan di akhirat yang abadi..
Allahumma Ameen..


terima kasih atas kata2 yang amat mendalam..
terima kasih atas pemberian ini
maafkan akan kenaifan aku juga
bersyukur aku juga ketemu kamu
sahabatku...
terima kasih sahabatku tommy
terima kasih puteri jelmaan nadia

Tepi Kain Orang

Posted by rixals ismail



Ni entry ni aku nak ingatkan sume2 orang readers yg dok baca isi kandungan dlm blog aku ni. Segala isi kandung dlm ni, atau apa jua yang aku nak cerita xde kena mengena ngan korang. Xde aku nak kutuk-menutuk korang. Just event aku yang aku sertai atau ilham aku yang aku nak keluarkan atau pengalaman aku. Tolonglah jaga privacy aku. Korang tahu tak, kadang-kadang dalam komen korang tu menyakiti hati orang. Buat orang marah, sakit hati, benci semua. Dan komen2 sebegitu boleh menyebabkan pergaduhan. tahu x. hadu, please lah kalao korang ada masalah dalaman atau apa pun, x perlulah nak ungkit2 kat sini. nak ngutuk2 kat sini. Jaga tepi kain korang je lah ok. Aku ni dah malas dah dengan manusia yang sibuk2 hal orang. Jaga lah tepi kain sendiri, Korang tahu x, korang pun bukannya bagus sangat, apa korang ingat kehidupan korang tu dah betul2 bahagia ke nak sibuk jaga tepi kain orang, apa mulut korang ni memang jenis kepoh ke. bercerita sana sini. Korang buat duk sibuk hal orang, nnti sampai waktu korang sendiri yang terkena. apa jawab korang. time tu barulah tahu langit bumi tinggi rendah mana kan. baru tahu nama tercemar kan, jgn busuk hati hal orang okey. Hidup ni sementara. Yang hidup pasti akan mati. tima nak mati tu, baru igt dosa2 yang telah korang lakukan, tima tu baru teringat ehhh aku ada dosa lah kat orang ni.. kat orang tu... kalo jumpa boleh lah mintaa maaf n adakah orang tu akan maafkan korang??? n adakah korang akan jumpa orang yang korang nak minta maaf tu. please lah cubalah fikir okey. dah la. aku harap korang minta maaflah pada orang yg korang sibuk2 jaga tepi kain dia.. x pun harap dosa korang tu di ampunkan oleh Allah. Allah tu Maha Besar. dia yang mencipta kita. jgnlah tgk keburukan orang lain. tgk keburukan diri sendiri... renung2kan dan selamat beramal. Semoga kalian semua Di Rahmati Allah.... sekian