Orang tua cakap bertunang lama-lama ni bahaya.. Banyak dugaan. Aku pun tak tahu betul ke idok. Tapi betullah kot, aku tanya kawan baik aku sendiri, dorang kata kalau sebelum bertunang boleh je bercinta dengan aman damai tak banyak gaduh-gaduh, selepas bertunang mesti la lagi seronok.. Rupa-rupanya, ada benar juga kata orang.. Macam-macam perkara terjadi waktu bertunang.
* Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk.. benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal.. Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak.. Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..)
* Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je.. selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa..
* Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata(pompuanlah kan), tak pun dengan hati yang kecewa.. Tapi bila depan mata, happy je..tak ada pun gaduh-gaduh.. Pelik lah..
* Terasa susah nak kumpul duit...Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit..tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit..Terpaksa bawa plan ke bulan depan..dan begitulah seterusnya…
* Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”, “selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…
* Mula ada godaan orang ketiga.. Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat ada yg gedik mata...
* Kekasih lama. X girlfren muncul menagih cinta. walaupun tahu diri kita dah bertunang, dia seboleh -bolehnya nak rampas balik..Menggoda.. senjata utama perempuan adalah air mata dan bermain dengan jiwa.. jgn terpedaya.. time ni lah nak tengok kesetian diri pasangan masing2.
* Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…
* Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat.. walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke…
Sesungguhnya, syaitan amat marah bilamana anak Adam akan berkahwin kerana peluang syaitan menggoda untuk manusia berzina akan terlepas. dan waktu pertunangan tulah saat paling gentir kerana syaitan sentiasa menghasut manusia untuk melakukan zina dan memutuskan pertunangan.
aku pon tak tahu... tapi kadang bila dengar n fikir ada betullnye kot... jadi baik kawen terus betull x.. tunang ni just adat je kan??? any opinion???
Tukar Keyboard Laptop Lenovo Ideapad 100 IBD
2 years ago
2 Nak Nyampuk:
setuju!
kesimpulannye ..cepat2 le kawen ye..aku doakan moga sume nye selamat n dipermudahkan..
Post a Comment