Suara Azan, Pulau Pinang & Anak Cina Sesat

Posted by rixals ismail

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Tidak berapa lama dahulu, setelah ditakbirkan kemenangan sebuah entiti Harbi, suara azan menjadi semakin sayup di waktu subuh di Pulau Pinang. Bacaan al Qur’an sebelum subuh yang dinikmati sejak zaman berzaman sebelum ini, terus hilang di celah-celah serban manusia yang mendakwa diri pejuang Islam. Membangun bersama Islam kata mereka. Entah siapa yang bangun dan entah siapa yang rebah. Khutbah Jumaat juga berbunyi seolah tuan khatib berbisik kepada qarinnya di dalam kainnya sendiri. Membangun bersama Islam kata mereka.

Islam berkembang di negeri ini menjadi ratiban zikir harian mereka. Jika kita merujuk apa yang dimaksudkan dengan Islam di dalam terjemahan mereka, kita akan segera sedar bahawa Islam itu bermaksud poket yang semakin kembang dan cahaya peluang ke Sodomjaya yang bersinar terang benderang, cemerlang, gemilang, terbilang.

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang pelik. Sebuah negeri dengan majoriti orang Islam, tetapi diperintah oleh seorang bukan Islam. Peliknya Pulau Pinang, ia tidak diperintah oleh orang Pulau Pinang. Yang lebih pelik di Pulau Pinang, orang-orang Pulau Pinang tidak boleh sesuka hati menggunakan nama Pulau Pinang kerana pemerintah yang bukan orang Pulau Pinang, mengatakan itu hak ekslusifnya sebagai pemerintah Pulau Pinang untuk menentukan siapa boleh dan siapa tidak boleh menggunakan nama Pulau Pinang dalam perkara-perkara tertentu. Wahh… Felancis Lait Lo pun boleh tersedak dalam kubur dengan Van Der Lim. Mungkin pepatah Bagai Belanda dapat tanah perlu diubah selepas ini. Ada yang lagi hebat dari Belanda rupanya.

Pulau Pinang sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan. Pelacuran juga banyak di sini. Pelacurnya pelbagai ragam. Ada yang seksi di celah-celah lorong dan ada yang melacur dengan berkopiah dan tembolok melopong.

Jika mahu mengembara dan takut dengan risiko sesat, Pulau Pinang bukanlah tempat yang sesuai. Negeri ini azannya perlahan. Ia sebuah microcosm masa depan Malaysia. Pernah suatu ketika terjadi satu kes benar yang pernah berlaku di Tanah Melayu .(Maaf saya tidak bermaksud untuk menjadi nasionalis, assobiyyah, pejuang kebangsaan dengan menulis perkataan Melayu untuk Tanah Melayu ini. Harap peluang saya untuk ke syurga tetap cerah walaupun saya menulis perkataan Melayu untuk baris tersebut. )

Ia sebuah kes kecil yang beritanya bagi saya memberikan satu impak dan legitimasi besar. Sekumpulan anak Cina yang gemar dengan aktiviti riadah, telah melakukan pengembaraan. Mereka memanjat sebuah bukit berhutan untuk menikmati keindahan alam. Ini merupakan satu aktiviti sihat yang perlu dicontohi. Ia mendekatkan manusia dengan alam. Apabila manusia dekat dengan alam, maka perlahan-lahan mereka dekat dengan yang menciptakan alam. Anak-anak Melayu harus mencontohi sikap-sikap positif yang ada pada orang-orang Cina. Ambil yang positif elakkan yang negatif. Mereka rajin beriadah dan mereka kuat berusaha.

Tetapi malang, apabila mereka mempunyai kurang pengalaman dalam mengatur jejak. Lalu kumpulan anak muda berbangsa Cina ini tersesat. Semalaman mereka bermalam di dalam hutan mencari jalan pulang. Mereka tidak ketemui jalan dan arah. Mereka menjadi panik kehilangan arah. Satu kekurangan orang bukan Islam, mereka tidak dibekalkan dengan ilmu pandu arah dan penentuan bintang-bintang yang menunjukkan arah terutamanya kiblat. Muslim yang mengambil tahu tentang semua ini, tentu tiada masalah untuk mengetahui arah meskipun berada di dalam hutan yang tebal atau padang pasir yang luas. Mereka ini yang tersesat ini tidak mempunyai bekalan pengetahuan tersebut. Mereka terus tersesat jalan. Lalu mereka berusaha dan berikhtiar supaya mereka tidak sesat lebih jauh. Mereka memanjatkan harapan supaya mereka akan temui jalan keluar.

Akhirnya pada ketika benang putih jelas berbeza dari benanghitam, harapan yang dipanjatkan mereka terjawab. Tiba-tiba kedengaran suara memecah keheningan pagi yang gelap. Mereka tersenyum. Mereka teruja apabila mendengar suara tersebut. Walaupun mereka tidak faham apa yang dilaungkan bersama suara itu, tetapi mereka tahu dari mana suara itu datang. Kalimah pertama yang mengundang senyum pada wajah mereka ialah kalimah Allahu Akbar. Ia membawa maksud Allah Maha Besar. Lantas mereka tahu terdapat masjid berdekatan dengan kawasan di mana mereka sesat. Mereka tidak melepaskan peluang. Lantas mereka segera bangun untuk menelusuri jalan yang menuju ke arah suara tersebut. Mereka yakin, pada arah dari mana suara itu datang, mereka akan menemui jalan selamat. Mereka yakin bahawa dengan bergerak ke arah dari mana suara itu datang, doa dan harapan mereka untuk selamat dari jalan yang sesat akan dimakbulkan. Selesainya azan, mereka mendapati jalan yang ditujui mereka membantu mereka keluar dari kawasan bukit berhutan tersebut. Akhirnya mereka sampai ke penempatan manusia dan mereka akhirnya berjaya diselamatkan. Syukur azan di negeri tersebut masih dilaungkan dalam kadar laungan bunyi yang munasabah. Syukur azan dinegeri tersebut lebih kuat dari bunyi cengkerik dan riang-riang di dalam hutan.

Beruntunglah anak-anak muda berbangsa Cina ini kerana mereka tidak tersesat di hutan-hutan Pulau Pinang. Azan di Pulau Pinang sudah semakin perlahan. Beratur menurut jejak Cinapura. Kerana itulah ada yang tersesat masuk ke Pulau Pinang dan belum bertemu jalan pulang. Pulau Pinang microcosm masa depan Malaysia.

www.satuhala.blogspot.com

0 Nak Nyampuk: