Uhhhh~

Posted by rixals ismail




FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .
FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !
MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !
TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .
GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .
MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .
IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !
MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !
IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !
INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?
FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!
YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !
GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !
MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?
TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power !

Alasan Lelaki Menamatkan Zaman Bujang

Posted by rixals ismail



Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.

Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.

Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan. Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.

Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi. Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni.

Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.

Ingin punyai keturunan
Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.

Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.

Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati.

Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.

Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia. Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan.

Lama x Update

Posted by rixals ismail



Lama gak x update iini blog.. dah penuh dengan taik tikus kot.. bersawang.. maklumlah orang sibuk.. ke buat-buat sibuk.. lagipun tahap kondensi yang mengecewakan.. so nak update pun malas.. dah la aku memang pemalas.. hahaha.. sabor2.. sikit je masa lagi... eh bersyukur sangat segala yang aku usahakan selama ni membuahkan sedikit sebanyak hasil.. bila dah betul-betul berhasil akan aku kutip hasil2 itu.. hahahha... dah la tak tahu apa nak merepek..

Penat..

Posted by rixals ismail



Adakah anda mengalami keletihan yang amat? atau kepenatan tahap kritikal? Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, bermakna anda sudah berada di tahap kepenatan yang teruk.
Ianya adalah BAHAYA untuk mengawal apa yang sedang kita lakukan, ketika waktu kerja, dan lain2.

8 Tanda Nak Tahu Anda Sudah LETIH bekerja

1. Selalu sangat asyik LUPA! Lupa letak barang, lupa hari jadi sendiri dan lupa berpanjangan.

2. Selalu datang kerja LEWAT!

3. Kesilapan ketika menaip

4. Sentiasa mengadu dan komplen!

5. Susah nak berjaga

6. Waktu bekerja yang tidak menentu

7. Selalu ambik MC

8. Sedih berpanjangan

kamu...

Posted by rixals ismail



Apabila kita ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kita mungkin akan menjauhinya,

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya,

Andai kita ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya,

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan di harapkan terlalu sempurna
Kerana kita sendiri pun tak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendah Allah SWT
Yang sebenar-benarnya...

Bersedeharnalah dalam persahabatan
InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu
sebagai satu kelematan~


from Tommy...sharp assassin

Hapi Besday Tommy~

Posted by rixals ismail



Esok 30hb Sept 2012.. hari ahad... hari ni besday si Tommy... di lahirkan pada 30 Septeber 1985... dah mkn tua kot.. tapi masih x cecah 30an kan so mudelah kot.. dari aku kerja kat MTSB aku kenal dia... aku start rapat dengan Tommy sejak satu team dalam projek Uitm Puncak Alam... tahun 2008... tapi 2009 dia di lamar oleh sebuah gigantic company kat TPM.. makin jauh tapi makin rapat... selalu aku suka kaco2 mamat neh.. selalu bual2 dlm tepon hari2... salu kuar jalan2 tiap2 minggu.. Alhamdulillah, setahun lalu Tommy dah beristeri... skrg pulak dah ada baby comey... dah ada orang yg jaga tiap2 hari... badan dia pun dah naek.. x kurus mcm dl.. halkum pun dah byk lemak.. hahahahha... Tommy bg aku seorang yg amat baik.. sangat di senangi.. dan yg paling penting suka membebel.. hahahha... Sejak dah kahwin ni suka bebel ngan aku pasal kawen... suka perli2 aku.. tp aku tahu niat dia baik suh aku kawen cpt2 sket.. Ingat aku pernah gaduh dengan dia... lama gak dia x tegur aku... ssh nak dapat kemaafan dari dia... tp Alhamdulillah, kalau kita jujur dlm persahabatan, tentu boleh berbaik.. skrg pun x pnh nak gadoh2 dah... mcm bdk2 tak aku .. hahaha.. nak gadoh je keje kan... skrg dah beso masing2 x gado dah kot.. hahahhaa, X sbr aku nak kenakan dia besday ni... Selamat Hari Lahir Abdul Rahman Azhar.. smg pnjang umo n murah rezeki.. smg hapi dengan isteri dan iman terchinta... smg apa yg di hajati akan terlaksana... Smg persahabatan di jalin akan sentiasa mengeratkan kita...Insyallah.. aminnn...
curik gambo FB.. gambo dlm cam aku sume blur

Saham Felda

Posted by rixals ismail



Aku ni kurang ebrsetuju kalau ada orang yg cakap2 pasal isu saham ni.. kata saham felda jatuh la.. tanah sume akan di ambil alih oleh bank lah.. hadeii ssh kalo orang yg x paham pasal saham ni... ada plak yg kata pinjam RM3000 untuk miliki 800 unit saham tu nnti kalo jatuh meruduk, tanah kena lelong.. hahahah... rm3000 je kot.. orang2 felda blh bayar.. dah tu siap kata waktu tandatangan form loan tu ada term yang kata kalau jatuh teruk, tanam akan tergadai... apalah korang neh.. kalao ada term mcm tu, orang2 Felda takkan tandatanagn punye.. ingat sume orang2 Felda ni bodoh ke.. haiiyooo...tanah Felda terikat dengan Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960)... tak boleh di jual beli tanpa kebenaran Kerajaan Negeri.. Jika penama asal meningal dunia, hakmilik tanah jatuh kepada pewaris.. ingat senang2 ke peneroka nak cagar tanah tu.. hahahha...kebanyakan yg cakap adalah BUKAN orang FELDA.. heiii kalo nak tahu.. orang2 luar tu berduyun duyun nak beli saham neh.. cuma x blh je... rupernya mmg ada org yg tak paham antara agihan lot saham dgn lot saham percuma.. hmm.. baik diam dari bercakap dgn orang tak paham .. hahahahah... meh sini nak cerita pasal saham.. Apa Tujuan IPO? Andaikan aku ada ladang kelapa sawit. Untung ada tetapi tak cukup banyak untuk kembangkan bisnes perladangan sawit. Maka IPO membolehkan aku mencari pelabur yang berminat untuk melabur dalam bisnes ladang sawit aku.aku terbitkan 1,000,000 saham. Aku jual 800,000 unit dengan harga RM 2.00 seunit maka aku dapat RM 1.6 juta dari pelabur luar dan modal baru yang aku dapat tu dapatlah aku kembangkan bisnes ladang sawit. Lepas aku dapat duit tu, saham tu nak naik ke nak turun ke aku tak perlu bimbang. Sebab saham-saham yang ada itu diibaratkan macam kereta second hand. Ada Proton, Toyota dan Honda tak kisah kalau kereta second hand yang terjual itu dijual dengan harga lebih tinggi atau harga lebih rendah dari harga asal yang dijual. Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat kita dapat tahu melalui penyata kewangan yang dikeluarkan setiap 3 bulan sekali. Namun tempoh 3 bulan itu terlalu singkat. Kita baca penyata kewangan setiap setahun sekali. Dari penyata kewangan baru lah kita tahu syarikat tu sihat atau sakit. Macam kitalah jugak. Lepas buat penyata kewangan peribadi baru tahu poket kita ni sebenarnya sihat atau berpenyakit....ekekekeee.. Jadi Harga Saham Itu Buat Apa? Untuk jangka masa pendek, harga saham tidak menggambarkan nilai sebenar sesuatu syarikat. Untuk jangka masa panjang, harga saham selalunya dapat menggambarkan nilai sebenar sesuatu syarikat. Seorang pelabur bijak hanya kisah nilai sebenar syarikat. Seorang spekulator bijak, pandai ambil peluang turun naik harga dalam tempoh yang singkat. Manakala, mereka yang tidak tergolong dalam salah satu golongan yang disebutkan di atas adalah mereka yang sentiasa rugi dalam pasaran.. So orang FELDA yg masuk melalui RM3000 tu sebenarnya dah dapat balik dah pun keuntungannya.. Kat kg aku siap dah ada yg jua waktu naik rm5.50 dulu... so kalu jual, masuk dlm bank, bank amek balik duit pinjaman Rm3000 tu dan bakinye duit kitalah... yg dah jual tu kalo x beli balik.. xdelah berhutang pituang bagai... haiyo...Maen saham ni kena pandailah.. kalo naek juallah... dapat keuntungan.. kalau jatuh.. adalah waktu yg baik utk kita beli.. aiyooo... samalah dangan main Forex exchange tu.. Siap kata Isa Samad dapat saham Free.. dia dapat agihan saham tuan2 puan2... silalah faham agihan saham tu mcm mana...

Keje

Posted by rixals ismail



Monday: x larat kerja. Mood cuti masih ada..... Tuesday: masih recover dari kesan2 kemurungan monday..... Wednesday: bekerja dengan jayanya..... Thursday: dah start mood cuti..... Friday: tgif. Mood cuti activated. Langsung x semangat bekerja..... Moral of the story. Hari yang effective bekerja hanyalah sehari dalam seminggu. Why bosses like to waste our time by setting up 5 working days rule?

Royal Park Club

Posted by rixals ismail



Hari ni aku buka kat luar lagi.. kat nama tajuk tu... nak tahu akt mana??? jln masuk lake garden tu belah kanan... aku ni bkn suka sgt buka tgh2 kay el ni... nak drive lagi.. minyak lagi.. hahah berkira ko!!!!... lagipun mmg aku dah ada plan.. tp komitmen punye psl.. aku pergilah jugak kan.. t jgn kata aku xde komitmen plak.. hohohooo... nice tempat ni.. x sume yg blh msk sbb kena jadi member dl baru leh guna sume facility kat sini.. nak beli rokok puwn kena jadi member.. oh ye.. buka pose hari ni d taja oleh Aruba yer... makanan mcm biasalh.. tp pelik sikit sb aku x jumpa satey.. tiap2 hotel yg aku pegi mesti ada satey.. yg ni xdop.. hahaha..... belasah je lah..

SACC Ramadhan Buffet

Posted by rixals ismail



Minggu lepas sempat pergi satu bebruka puasa anjuran member aku kat SACC. Jam 6.30 dah terpacuk aku kat situ.. sementara tunggu ahli rombongan yang laen sampai, aku jalan2 ler kat Kompleks PKNS. dekat je pun, sebelah menyebelah je.. tgh tiba aku cakap dlm phone tu aku terpandnag seseornag yg mcm aku kenali.. member aku waktu belaja dl.. aku mula2 cuak gak ank tegur.. tp sbb naluri aku kata mmg dia aku terus sebut nama penuh dia.. hahahhaha.. mmg dia pun.. lama sey x jumpa dah soploh tahun.. alhamdulillah skrg msh sama mcm dl cuma perut je boyot sket.. hhhaha dia tetap salahkan aku perut tu sbb berkawan dgn aku.. hahahah .. sebabnye aku asyik makan ajak dia, tiap tu lah dia akan makan.. hahhahah... ok back to sturi.. menu utama kat kat SACC Convec ni ialah Kambeng Tuboli.. kambin tu di panggang dlm dia ada nasi.. ntah btl ntah idak.. hahaha ok gak la makan kat sini.. nyaman.. cuma kan, aku x suka pengacara dia asik bercakap je... celoteh mulot dia.. bising.. makanan dia oklah.. not badd.. bkn blh makan byk sgt pun.. perut aku kechik je... hahahah.. thanks ek pd yg blanje..

Ramadhan..

Posted by rixals ismail



Lama sudah tak post apa2 kat blog aku.. tersangat sibuk time2 ramadhan nih.. dah penuh dengan sawang dan tahik lipas kot.. walauapapun Selamat Berpuasa bagi yang puasa.. aku setakat ni masih puasa penuh.. hahahaa.. ayat tu mcm x penuh je tiap2 tahun.. jgn salah anggap, aku masih cukup sebulan berpuasa. laenlah waktu kecik2 dulu.. salu mask bilik air minum air paip.. erk.. rahsia terbongkar.. hahhaha.. eleh, korang pun kadang2 ada gak buat kan.. ke aku je.. hahaha.. time2 puasa ni cukuplah malas nak keluarkan tenaga yang lebih.. nak naik turun tangga pun aku malas.. aku rela duduk je depan komputer buat je kerje.. hahaha.. yelah sangat aku buat kerja.. boleh percaya ke?? tak percaya bukan masalah aku pun.. harini masih cuti.. 3 hari cuti.. Nuzul Quran.. esok selasa dah kena kerja.. owh team aku skrg hanya ada 2 orang je.. haha power tak?? 2 orang lagi kat site.. so 4 je ek?? bolehlah kot dlm waktu terdekat.. kalau tekanan teramat sangat, aku rela keluar dr darah tinggi aku naek.. hahaha... mau sakit jiwa kan.. jom berbuka bersama famili.. sgt best jika kakak atau mak aku masak.. nyum2..

Sambal Kicap Maji

Posted by rixals ismail



Semua tertanya tanya kan, apa yang aku masukan dalam blog ni. Inilah sambal Kicap Maji, ala sambal kicap tu lah, aku dapat ni percuma Makcik ni bagi kat aku suruh rasa. Baik makcik ni dan bersemangat waja. Sambal kicap ni sedap. Makan dengan goreng pisang pun sedap. Ala macam kat kampung tu kalau mak kita masak sup, mesti buat samabl kicap untuk di makan sama. Kira nak jadikan ia pedas lah kak. Aku ni suka makan pedas2. Lagipun orang malas mcm aku ni, mana lah nak tumbuk2 cili, potong2 bawang ke, malas laaa.. Makan dengan ikan goreng pun sedap gak.. cicah dengan ikan bakar pun sedap.. xyah dah nak buang masa tumbuk cili hari2.. hahaha.. bukak penutup tuag je.. terus makan.. takpun nak pose ni elok tuk sahur..sbb salu bgn dah la lambat kan, masak nasi, goreng tolo, ha makan dengan sambal neh.... Harga pasaran RM5.40.. boleh tahan setahun, ada expired date tulis. So pada kawan-kawan yang nak beli Sambal Kicap ni, boleh msg aku yer.. Aku pun part time jual sambal kicap neh..

Erti Kehidupan

Posted by rixals ismail



2 bulan ni ramai dah kawan kawan seperjuangan se opis aku pergi meninggalkan kompeni yang aku kerja. Dari dulu yang mencapai 60 org, kini tinggal 25 orang je. Sorang-sorang keluar mencari erti hidup yang baru. Beralih arah demi mencari rexeki. Dari 25 ni aku pun ada lagi yang akan pergi. Huuuu terkesima pulak. Yelah aku dah 10 tahun kerja kompeni ni. Bak kata Dr M, "Lama Dah". Teringat dulu kalau bangun pagi seronok sangat nak masuk opis, balik lambat, ada sahaja kerja yg perlu di buat, paling tidak pun, melepak dgn geng2 sampai makan malam baru balik rumah. Sentiasa sebuk. Sekarang aku tengok macam nak datang opis tu, macam satu rutin je dah. Kena masuk jam 8.30 pagi. Ada gak la yang lewat. Tapi bila jam 5.30 ptg sume kelam kabut nak balik rumah. Aku rasa semua kawan-kawan aku down kowt. Buat kerja pun macam tak ikhlas. Yelah, dah takde orang sangat. Suma dah habis keluar. Tak seronok tu amat ketara. HHmmm...

KL Burger Bakar @ Taman Equine

Posted by rixals ismail



Tadi aku keluar makan dinner.. mula-mula ingat nak makan western.. so teringat dah lama tak makan di Kembangan Paradise.. dulu waktu sebelum Tommy kawen, salu gak melepak kat sini... hehhe.. so menuju ke situ.. tapi hampa sebab tutup pulak.. selalu ahad bukan buka ke??? So berfikir lagi mau makan di mana.. teringat satey depan Restoran Baling.. puwn tutup gak.. hahaha.. last2 teringat Warung Pak Maidin.. teringat pulak ada jual Burger Bakar gak.. so terus ke situ lagipun x jauh dr Baling neh.. Sampai2.. meja penuh.. tungu jap waiter bukak lagi meja.. haaha.. Aku terus g stall burger neh.. Kat sini burger dia ikut pasukan bolasepak sempena UEFA.. aku order germany.. 2 pieces patty with cheese.. cuma kat sini takdok bakon.. hampe.. tapi ada chicken selami.. boleh lah aku cakap.. selami ni bukan sedap.. elok di makan bergitu je dgn roti kalo ada yg nak diet lah kan.. hahahha.. harga aku makan tadi RM15.00... roti dia lembut.. patty dia gemuk n tengah kureng masak.. aku x suka sangat kalau daging tak well done..
KL Burger Bakar Smackdown Casano (Italy) - Beef burger sandwiiched by soft bun and garnished with salad and onion. A brave dribble by using pineapple instead of tomato, this burger bakar would taste differently with the sweet sour juices complimented by combination of sauces. Price: RM 7.00 without cheese and RM 8.00 with cheese.
KL Burger Bakar Sweet Angel Silva (Spain): David Silva would be drooling over this one .... beef burger topped with a sunny side up, giving it another twist of experience of juicy burger. Hungry Spaniards would vow to come back for more. Salads, onion, pineapple and an array of sauces complete the 4-4-3 strategy.

Gila Gila Burger Bakar

Posted by rixals ismail



Semalam aku pergi ke Bazaar Rakyat PKPS Seri Kembangan..sebelah Giant.. Misi ialah nak beli Burger Bakar kat sini.. Asyik dengar je so mau rasa... aku order Burger Bakar Ayam with Cheese.. Tapi kan Burger Bakar ni kena bakar.. hahah so kena tunggu la jugak.. dalam 20 minit nak siap di bakar.. rotinye lembut puwn di bakar jugak.. habis hangus.. haha xdelah hangus wehhh ... daging dia lembut, sos dia ada 4 jenis x silap dia letak... sayur sume freshh.. x kedek lah kowt..so far sedap.. bagi akulah peminat burger.. cuma kalau ramai orang lagi lama lah nak siap.. harga pulak.. reasonable kowt.. tp kalo berger biasa dapat 3 burger sekaligus dgn harga neh.. hahaha... tp nak gak cuba laen dr yg laen kan.. asik sama je.... layan...
Brother berdua ni lah bakar burger tu
tengok burger tu sedang di bakar..
Burger Bakar Siap!!!!!
ps: lepas ni nak cari Burger Lava plak

Prince Iman Hakimi

Posted by rixals ismail



Alhamdulillah, Selepas setahun berkahwin, kawan baik aku si Tommy selamat melahirkan anak.. ehh mcm pelek je ayat tu.. hahahaha... dah tentu isteri Tommy yg melahirkan bukan Tommy... usaha sama bersama.. hahahha... dah d kurniakan cahaya mata pertama.. boy... tunang bulan 5, kawen bulan 5, baby puwn dpt bulan 5...mcm merancng plak...cute sangat baby ni seyyy... putih mcm mama dia ok, bkn mcm Tommy.. hahahahah... ada pulak ngaku putih mcm dia.. wuuu... mata dia seyes mcm wife Tommy... mula2 aku x d bgtahu tahu nama baby neh sbb Tommy xnak bgtahu aku.. asal aku tanya dia akan suh aku tanay sendri baby.. ehhh so kalo nak tanay kenalah tunggu 4 tahun.. hahahhaa... dah 13 hari baru aku tahu nama dia...
tengok mata dia.. cute kan
cumey prince tidoo hahaha... kejap je dah jadi bapak dah kawan aku ni.. sume kawan2 rapat aku dah kawen.. siap masing2 dah ada anak sorang.. aku??? hhahhahaha... tungguuuuuuu.. Insyallah tunggu je yer.. hahaha.. dah tentu kalo bual2 lepas ni masuk bab pampers, susu, hahahhaa...
aku suka gambo neh... x tahu nak huraikan.. gembira bercampur sedih... penuh emosi.. Semoga Tommy jadi seorang ayah yang penyayang... dan semoga prince jadi seorang anak yang soleh, taat kepada ibubapa... Tahniahhh my pren...

Orea Cheese Cake

Posted by rixals ismail



Sabtu lepas besday bini adik aku si fazli. So dia mintak aku order cake bawak umah kakak aku yg sulung kat Pendamar Villa ada kenduri sket. Aku pun order la Oreo Cheese Cake nih sebab aku suka makan cheese cake.. harganya murah je RM60 tapi padat yawwwww... Aku order dengan bos aku, wife dia buat.. wifey dia mmg suka bake dan sape2 nak belaja bake dia ada buat kelass.. nak order pun boleh mcm2 kek aku tengok.. siap ada yang kalo kit apotong tu mcm warna pelangi.. Bagi aku oreocheesecake nih sangat sedapppppppppppp... lagi sedap dr SR tu.. harga pun murah je dr SR tu.. sape2 nak order, boleh PM aku atau terus order dengan en Sufian.. marvelos u'ollsssssss.. siap dia bg aku oreo krim blueberry lagi for free..
p/s; aku nak cake ni jugak tuk 30hb mei.. ahhaha

Baby Fayha

Posted by rixals ismail



Bulan 3 lepas, aku dah dapat anak buah baru yang ke 23 kowt.. kalau x salah. Malas nak kira. hahaha.. ni anak adik aku si Fazli.. comey mcm aku.. wkakak... perempuan yer.. nama penuh Fayha Mohd Fazli.. satu hurup je.. nape aku pown x tahu.. tapi bagus gak sbb kita panggil nama penuh dia.. smlm bapak dia gondolkan kepala Fayha.. sian dia xde rambut..ni tengoklah sendiri!

Amazing timing pictures

Posted by rixals ismail



Perfect Timing uh~

Walking Dead

Posted by rixals ismail



Baru je habis tgk cerita Walking Dead nih. Best siutt!!.. aku syorkan korang sume download dan tgk.. Cite ni laen dari yang laen.. How to survive when everyone infected with some kind or virus/disease. Sekarang baru habis episod last season 2. Cite ni cite bersiri hanya di tayangkan di HBO. Aku bagi 5 star!!
credit to En Shazrain dan Afif sebab suh aku tgk cite neh

Luxury Hotel Mardan Palace

Posted by rixals ismail



Nak beli hotel ni lah!!!

Baju Baby..

Posted by rixals ismail



Tengah2 usha baju2 baby yang best2 tuk di beli.. aku jumpa baju ni kat blog.. lawa kan... cute sangat... cumeyy mcm aku.. hahahahha
Aku suka yang ni.. siap tulis " future doctor' dan 'dont wake me, i will wake u' hahahhah cute sgt... leh order nehh
p/s: yang ni ok tak??? hahahha

Biggest beger!!

Posted by rixals ismail



Beger YB
Ahad lepas pergi kenduri umah kawen sedara aku kat Bandar Tasik Kesuma. Actually aku puwn x kenal sangat famili belah arwah abah. Yang aku kenal hanya beberapa orang je. Umah yang ni puwn aku x kenal sangat. hahaha.. Buat muka and grup2 famili aku je kat sini.. Lepas tu aku ngan 2 orang anak buah aku pergi jalan kat ioi mall dan Aeon Jusoc. Dah penat2 , lapo, terus terinngat nak rasa beger yang besar. Nasib satu jalan je nak hantar anak buah aku balik Shah Alam, boleh seinggah sekali makan beger neh.. Namanye beger YB (yazid Beger). Terletak di Sek 7, belakang Unisel Shah Alam. Punyelah beso.. aku makan suku je dah x lalu nak makan. kenyang sangat.. aku order beger yg 1 kilo punye daging.. dia ada byk pilihan.. 1kg, 500gm, 200gm, 2kg and yang paling best 3kg.. ada berani??? apa2 pun owner beger ni rock yalls... sangat sporting. .
Kalo korang nak rasa, aku syorkan.. tp make sure perut kosonglah kan.. kalo x, bungkus bawak balik lahh.. ehh ada challange kalau nak masuk..

Apa Yg Akan Korang PK bila...???

Posted by rixals ismail