Saham Felda

Posted by rixals ismail



Aku ni kurang ebrsetuju kalau ada orang yg cakap2 pasal isu saham ni.. kata saham felda jatuh la.. tanah sume akan di ambil alih oleh bank lah.. hadeii ssh kalo orang yg x paham pasal saham ni... ada plak yg kata pinjam RM3000 untuk miliki 800 unit saham tu nnti kalo jatuh meruduk, tanah kena lelong.. hahahah... rm3000 je kot.. orang2 felda blh bayar.. dah tu siap kata waktu tandatangan form loan tu ada term yang kata kalau jatuh teruk, tanam akan tergadai... apalah korang neh.. kalao ada term mcm tu, orang2 Felda takkan tandatanagn punye.. ingat sume orang2 Felda ni bodoh ke.. haiiyooo...tanah Felda terikat dengan Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960)... tak boleh di jual beli tanpa kebenaran Kerajaan Negeri.. Jika penama asal meningal dunia, hakmilik tanah jatuh kepada pewaris.. ingat senang2 ke peneroka nak cagar tanah tu.. hahahha...kebanyakan yg cakap adalah BUKAN orang FELDA.. heiii kalo nak tahu.. orang2 luar tu berduyun duyun nak beli saham neh.. cuma x blh je... rupernya mmg ada org yg tak paham antara agihan lot saham dgn lot saham percuma.. hmm.. baik diam dari bercakap dgn orang tak paham .. hahahahah... meh sini nak cerita pasal saham.. Apa Tujuan IPO? Andaikan aku ada ladang kelapa sawit. Untung ada tetapi tak cukup banyak untuk kembangkan bisnes perladangan sawit. Maka IPO membolehkan aku mencari pelabur yang berminat untuk melabur dalam bisnes ladang sawit aku.aku terbitkan 1,000,000 saham. Aku jual 800,000 unit dengan harga RM 2.00 seunit maka aku dapat RM 1.6 juta dari pelabur luar dan modal baru yang aku dapat tu dapatlah aku kembangkan bisnes ladang sawit. Lepas aku dapat duit tu, saham tu nak naik ke nak turun ke aku tak perlu bimbang. Sebab saham-saham yang ada itu diibaratkan macam kereta second hand. Ada Proton, Toyota dan Honda tak kisah kalau kereta second hand yang terjual itu dijual dengan harga lebih tinggi atau harga lebih rendah dari harga asal yang dijual. Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat kita dapat tahu melalui penyata kewangan yang dikeluarkan setiap 3 bulan sekali. Namun tempoh 3 bulan itu terlalu singkat. Kita baca penyata kewangan setiap setahun sekali. Dari penyata kewangan baru lah kita tahu syarikat tu sihat atau sakit. Macam kitalah jugak. Lepas buat penyata kewangan peribadi baru tahu poket kita ni sebenarnya sihat atau berpenyakit....ekekekeee.. Jadi Harga Saham Itu Buat Apa? Untuk jangka masa pendek, harga saham tidak menggambarkan nilai sebenar sesuatu syarikat. Untuk jangka masa panjang, harga saham selalunya dapat menggambarkan nilai sebenar sesuatu syarikat. Seorang pelabur bijak hanya kisah nilai sebenar syarikat. Seorang spekulator bijak, pandai ambil peluang turun naik harga dalam tempoh yang singkat. Manakala, mereka yang tidak tergolong dalam salah satu golongan yang disebutkan di atas adalah mereka yang sentiasa rugi dalam pasaran.. So orang FELDA yg masuk melalui RM3000 tu sebenarnya dah dapat balik dah pun keuntungannya.. Kat kg aku siap dah ada yg jua waktu naik rm5.50 dulu... so kalu jual, masuk dlm bank, bank amek balik duit pinjaman Rm3000 tu dan bakinye duit kitalah... yg dah jual tu kalo x beli balik.. xdelah berhutang pituang bagai... haiyo...Maen saham ni kena pandailah.. kalo naek juallah... dapat keuntungan.. kalau jatuh.. adalah waktu yg baik utk kita beli.. aiyooo... samalah dangan main Forex exchange tu.. Siap kata Isa Samad dapat saham Free.. dia dapat agihan saham tuan2 puan2... silalah faham agihan saham tu mcm mana...

0 Nak Nyampuk: