2 bulan ni ramai dah kawan kawan seperjuangan se opis aku pergi meninggalkan kompeni yang aku kerja. Dari dulu yang mencapai 60 org, kini tinggal 25 orang je. Sorang-sorang keluar mencari erti hidup yang baru. Beralih arah demi mencari rexeki. Dari 25 ni aku pun ada lagi yang akan pergi. Huuuu terkesima pulak. Yelah aku dah 10 tahun kerja kompeni ni. Bak kata Dr M, "Lama Dah". Teringat dulu kalau bangun pagi seronok sangat nak masuk opis, balik lambat, ada sahaja kerja yg perlu di buat, paling tidak pun, melepak dgn geng2 sampai makan malam baru balik rumah. Sentiasa sebuk. Sekarang aku tengok macam nak datang opis tu, macam satu rutin je dah. Kena masuk jam 8.30 pagi. Ada gak la yang lewat. Tapi bila jam 5.30 ptg sume kelam kabut nak balik rumah. Aku rasa semua kawan-kawan aku down kowt. Buat kerja pun macam tak ikhlas. Yelah, dah takde orang sangat. Suma dah habis keluar. Tak seronok tu amat ketara. HHmmm...
0 Nak Nyampuk:
Post a Comment