Tahniah Tommy...

Posted by rixals ismail



Alhamdulillah.. selesai sudah majlis tommy..... selamat tommy.. smg bahagia hingga ke akhir hayat... Sungguh meriah majlis tadi... lebih kurang 50 orang dengan 16 buah kereta yang mengiringi... siap dengan eskot oleh sebuah motosikal polis... setiap traffic light dan roundabout.. polis tersebut memberhentikan kenderaan lain dan memberi hanya kami yang lalu.. wahhhh.. bagai kenderaan di raja dowh... hahaha...


anggota polis yang mengiringi kami


yang aku respek.. pihak lelaki semua pakai baju melayu.. siap bersamping.... wahhhhhhhhhhh..... very the best gitu....tommy as usual nek keta aku... mencemar duli betul... mana leh x nek ngan bestfren dia kan.. kang aku majuk...payah nk pujukkkk...wkakakak ....dia segak berbaju melayu pink... huhuhu.... and as usual aku kena tampar byk kali... n apa lagi kena kutuk lah ngan mamat ni... x bely blah btl.. bila nak kawen.. kawenlah jal... yea aku faham tommy.. ko risau... xpe.. pandailah aku jg diri ok.... jgn ssh hati yer psl aku....


gambo saje nak nyibuk gakk hik hik hik


gerak masuk ke rumah perempuan


khemah pink



Sampai kat sana... wahhhhhhhhh.. khemah pun pink.... hahaha.... majlis berlangsung dgn lancar dan meriah sekali... syukur alhamdulillah... makan pun best gilerr.... sedap dowh... masakan kampung...hbs je majlis ada seisi bergambor... si tommy malu2 tenuk plak.. muka tersipu-sipu... hahahhaha.... wehhhh aku dpt nek pelamin ... x runtuh ponnn... wkakakaka.... bergambar bersama.... so kepada gurl kat luar sana... selamat tinggal deyy lorrr... wkakakaka...


bergambar brsama ahli keluarga


barang hantaran....


Aman ♥♥ Nida (29 Mei 2010)

aku nyanyi ek...
Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi
Bahgia ke anak cucu
Semoga murah rezeki

Alhamdulillah
bertemu jodohnya
Berkat kesabaran
akhir terlaksana

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling
Menjadi raja sehari
Tersenyum, tampak berseri
..........................

Pemakanan

Posted by rixals ismail



Amalan & Pemakanan Rasullullah SAW



Ada sedikit ilmu yg ingin di kongsi bersama dengan kawan2 semua



Rupa2nya tanpa kita sedo, dlm makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kpd yg lain2nya.



Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apakata Kita ikut diet ini kawan2, tak payahlah susah2 makan pil utk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL



o JGN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

o TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

o JGN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DLM BADAN AKAN BERGANDA.



Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya..! .. kawan2 cubalaa........Ia takdelah dlm jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.



Dlm kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dgn makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yg menjumpai dimana dlm badan ayam mengandungi ion+ manakala dlm ikan mengandungi ion-, jika dlm suapan ayam bercampur dgn ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yg terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

Lawak Petang

Posted by rixals ismail



Kisahnya 3 Ekor Kura2

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: "Taklah. Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan ? kan ?!!!"







Suami Baik? Bleh Pengsan...

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan
seperti berikut..."

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm..."

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price...lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan...pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu...cantik kan bang..."

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000...O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu..."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye...I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone...sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

kekeke







SEPOSEN…..



Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : ??????







Lagak si Tikus

Tiga ekor tikus sedang duduk bersembang menceritakan kehebatan masing-masing.

Tikus 1: Apa nak takut dengan racun tikus? Aku siap telan ape!

Tikus 2: Eleh.. Itu je ko boleh buat? Aku lagi hebat. Perangkap tikus tu aku main lambung-lambung aje

Tikus ketiga yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara

Tikus 3: Eh korang berdua. Nampak tak kucing bunting tu? Ala yang sedang
baring-baring tu! Kalau nak tau, akulah yang 'buntingkannya'. Hehehe (dengan nada riak)







Tidak boleh kentut

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan Bapak di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa Pak?”

“Mereka tidak mengizinkan saya kentut di sini”

Safuan Tension...

Posted by rixals ismail



Lokasi : Puncak Alam
Tempat Kejadian : Dewan Besar
Target : setlekan video conference isu




errmm.. someone missing... where r u????

Cinta & Kawan

Posted by rixals ismail



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerena... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang....
Kenapa??
Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap.....
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??

so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga..

from TOMMY

Enam Bulan

Posted by rixals ismail



Kejap betul masa berlalu. 6 bulan dah. Rasa mcm baru semalam je kmu pergi.
Macam-macam yang berlaku. Banyak perkara yg terjadi. Tp kau tetap tenang dan tabah melayan karenah aku. Setiap saat, setiap detik, setiap waktu.. Aku amat berterima kasih padamu, walaupun adakalanya aku mendusta, bermaen-maen akan katamu, tidak serius pada waktu kamu perlukannya. Ampunkan akan segala kenaifan aku, ketidaksempurnaan aku, dosa-dosaku. Halalkan makan dan minum ku. Maafkan apa yg terkata, terkeluar dari mulutku, tersentuh, terpukul akan dirimu, kesakitan itu biar hanya aku yg tanggung. Aku doakan kamu sentiasa sihat walafiat, sentiasa tabah menghadapi liku-liku hidup yang bakal kamu tempuhi. Aku tahu jiwa kamu, diri kmu amat utuh untuk menerima apa jua rintangan yang melanda. Sekalung tahniah aku ucapkan padamu. Tak perlu ku nyatakan disini untuk apa. Aku pasti kmu tahu apakah dia. Tinggal aku je yg masih belum ada hala tuju.. Aku harap kamu akan capai apa yang kamu ingin capai... Smoga kmu sentiasa di rahmati oleh Allah. Insyallah.


19/11/2009 - 18/05/2010 - 6 bulan


Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan
kembalilah


kalo nak muntah hijo.. muntahlah.. ni ikhlas nih..

TATA

Posted by rixals ismail



If I should die before I wake
It's cause you took my breath away
Losing you is like livin in a world with no air
I'm here alone didn't wanna leave
My heart won't move it's incomplete
Wish there was a way that I could make you understand
But how do you expect me
To live alone with just me
Cause my world revolves around you it's so hard for me to breathe

If you dont love me, somebody else will.. huh!

Tiada jodoh antara kita

Posted by rixals ismail



Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doaku pohonkan
Moga diperkenankan
dipertemukan
Suatu masa nanti

ahhhhh

Posted by rixals ismail



Susah nak faham?? apa yg perlu faham. tak perlu itu semua. ahhh perempuan sama saja. cakap laen, kadang laen, payah betul. Bila kita cakap, nasihat kata kita marah. Bila kita tegur, kata x suka, bila kita x bawak keluar kata penting diri sendiri. payah betul orang perempaun. leceh giler. sume nak kena jaga hati dia. suma nak kena tanya dia, ehh dah mkan ke, makan pe, kat man, sedap x makanann tu, pakai apa arini, byk keje ke. pening kepala ke. demam ke, sakit ke, cehhhh buang masa. bila dia ada masalah tahu plak nak cerita kat kita, berjam jam kita layan .. kita demam ke, ada masalah ke, kita sakit alih cuma tanya abg sakit, dah pegi klinik, abg rehat umah ye, bla bla bla... cehhh... peneng ngan orang perempuan ni... gi mampos lahhhhh... payah nak cari orang yg betul2 faham.. betul2 leh kongsi masalah.. hal dia plak kena utamakan.. hal kita ni mcm mana.... ahhhh tension gilerrr... gi mampos la sume...

Saat Terakhir

Posted by rixals ismail



tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

di nantiku

repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

cerita

Posted by rixals ismail



aku ada satu cerita.... tepuk tangan semua.. dahh itu je.... hehehhe

giler

Posted by rixals ismail



kenapa semua manusia ni giler.... giler sagt.... aku masih x faham n aku malas nak faham... Subhanallah igtlah Allah... dia yg mnentukan siapa kita ni... Ya Allah ampukanlah dosa-dosa aku, dosa kepada orang tuaku.. dosa kepada adik beradikku..dosa kepada saudara-saudaraku... dosa kepada sahabat dan kawan-kawanku... dosa kepada orang-orang yg aku sakiti.... Tenangkanlah diri aku.... hapuskanlah air mataku, kesedihan aku, sakit aku, pening aku, Aku dah sedar Ya Allah, aku dah faham Ya Allah... beratnya seksaanmu... takutnya hukumanmu... Ya Allah bukankan pintu hatiku ini.... Aku harap semua yang baik-baik sahaja yang akan berlaku.. tapi jika sebaliknya aku mengaku akan kesalahanku dan aku terima apa jua hukumanmu padaku Ya Allah... Sesungguhnya Engkau yang menciptakan langit dan bumi, Engkau yang menciptakan tumbuhan-tumbuhan dan Engkau jugalah yang menciptakan aku, kami, manusia... Ya Allah... aku takut hadapi semua perkara yang akan datang.. aku pasrah atas semua yang akan berlaku... ampunkan dosa-dosa ku...

Jangan ada benci

Posted by rixals ismail



errmmm...
kekadang apa yang dirancang,
tak semua kesampaian,
Allah yang tentukan semua
hadapi dengan senyuman
hadapi dengan tabah
hari-hari yang mendatang
maafkan aku
kerana ia terjadi
adalah suratan takdir illahi
mungkin tiada jodoh antara kita
tapi kenangan bersamamu
aku ku semat dlm hatiku~

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

ps: Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu...

Kawen

Posted by rixals ismail



wahhh.. apa aknye tajuk tu. kawen ke. dari minggu lepas until ari ni byk btl orang tanya ak pasal kawen. bila nak kawen? ko bila lagi nk tunang? nnti lambat dpt anak? nnti dah tu anak sekolah lg? Safuan dah kawin nak ada anak. kawan ak pun si arul dah kawin anak 2. tommy dah ada. adoiiii penen2. dl dah wat entry pasal ni. ada gak duk tanay lg. ginilah bile tiba masa, tima waktu Insyallah ak akan bgtahu yer. Bkn ak nak cakap besar ke, apa ke, cuma masih blm pasti n ak masih bl bersedia. ak tahu sampai bila2 pon x bersedia, tp bg ak masa, Ireland pon blm pergi lagi nih.., uwaaaa.. susah kan byk sgt org concern ngan kita. tp ak tahu semua tu amik berat. takot kalo ak sakit, xde org jaga, nak g mana-mana ada teman, xdelah nak kaco arul or tommy jek. ala dorang pon x kisah kan kan kan..hahaha. tp byk sshkan tommy. baik budaknye ni.
hmm tp xpe.. bila ak dah smapai waktu ak bgtahu yer.. so please dont as lagi.. tlglah leh masuk spital oooo nek darah tinggi..hahahaha

Caramel- Jauh Kau Pergi

Posted by rixals ismail



Dengarkan lagu ini.



Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun bayangmu selalu ada dalam setiap langkahku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu,oh kekasih


Mencintai tidak semestinya memiliki
tapi melihat orang yang dicintai bahagia dan menemui cintanya adalah sesuatu yang amat indah. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu...


Lagu ini dicari oleh kawan baik aku,
En Abdul Rahman Azhar,

One whole perfect day

Posted by rixals ismail



ermm semalam ak keluar ngan tommy. dah tahap bosan tenuk dah, hahahaha, then tommy kata jom lepak2, ak pun polow je la, kitarang lepak kat Old Town White coffee. Rasa lama dah x lepak, salu sebulan sekali musti lepak cni. asyik mamak je. hahahah. tp last month tarak coz ak masuk spital. X sempat lg nak hupdate waktu ak masuk spital. X tahu nak tulih pe.hahaha boleh?. Ak sampai awal, Jalan gile r punye jem ntah apa sebab, Sampai ak trus carik seat baek punya.. haha salu mmg seat ni je tmpt lepak. ahuks. Lepak kat Old Town White coffe, Ak order white tea blended n tommy order mocka belended. kitarangnye favarot. Sambil beronline, berym n facebooking, dah boring masing2 tup pc, opps notebook lah, haha sebenarnya aknye beteri habeh dulu, sbb tu tutup, then kitarang bual2, sekali parppppppppp.. terkejut dpt tahu bende tergempar. pasal pe x yah lah korang tahu. seyes ak tanya member ak byk kali, mula2 igt dia men2, tp bila dha tanya byk kali, adoiii betul rupenye. senak perut dgr. ermmm.


jom minum2

malam plak kitarang lepak2 kat putrajaya. sambil makan2 piza n bergurau n gelak2 n gosip2 n kutuk2. siap men kejar2 lagi.. haha kelako. mcm budak2. sampai putus selipar mahal ak. hahaha. nak kena g jusco plak nak beli selipar baru, hahahaa, berpoloh-poloh badan.


penat berkejaran..

time perjalanan balik tu, tommy dah la bawak punye slow, pusing2 roundabot byk kali, marah betul sbb ak xleh nak sandar baju kotor lorr. cis sakit belakang ak.lama tu duk keras menegak mcm tu. dr putrajaya ke bandar pinggiran makan masa 45 minit cait. dah tu siap menyanyi lagu Laskar pelangi siap dgn tangan2 gerak igt opera agaknye. geram punye pasal ak simbah baju tommy dagn air kosong. wkaka habis basah. sekali dia revenge amik air kat tgn ak simbah muka den.. adoiiii hbs basah sume2. hahah. g minum2 jap air watermelon n kitarang balik. punye lah giler..hahahah

ps: x kena mengena cuma nak tulih gak Caramel- Jauh kau pergi sila la downlod n dengar ye.

03-05-2010

Posted by rixals ismail



ermmm hari ni besday abah aku... arwah abah aku... sangat rindu pada abah aku.. semoga rohnya di cucuri rahmat amin.. al-Fatihah...