Lawak Petang

Posted by rixals ismail



Kisahnya 3 Ekor Kura2

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: "Taklah. Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan ? kan ?!!!"







Suami Baik? Bleh Pengsan...

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan
seperti berikut..."

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm..."

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price...lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan...pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu...cantik kan bang..."

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000...O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu..."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye...I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone...sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

kekeke







SEPOSEN…..



Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : ??????







Lagak si Tikus

Tiga ekor tikus sedang duduk bersembang menceritakan kehebatan masing-masing.

Tikus 1: Apa nak takut dengan racun tikus? Aku siap telan ape!

Tikus 2: Eleh.. Itu je ko boleh buat? Aku lagi hebat. Perangkap tikus tu aku main lambung-lambung aje

Tikus ketiga yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara

Tikus 3: Eh korang berdua. Nampak tak kucing bunting tu? Ala yang sedang
baring-baring tu! Kalau nak tau, akulah yang 'buntingkannya'. Hehehe (dengan nada riak)







Tidak boleh kentut

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan Bapak di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa Pak?”

“Mereka tidak mengizinkan saya kentut di sini”

1 Nak Nyampuk:

nARd eLainY said...

hahaaa..lawakksss..!!!