Hari ni sangat penat. Penat yang teramat sangat. Kerja di site banyak lagi. Deployment IP Phone sudah pun bermula. Aku dan teman seperjuangan berlari mengejar masa untuk menyiapkannya. Mana nak buat pemasangan dan konfigurasi, nak liase dengan customer lagi, memang susah dan memakan masa. Hanya 2 team untuk pemasangan ini. Tapi sepenat-penat aku, aku amat sedih melihat temanku yang lain yang mengangkat pc ke makmal2. Kesian dorang. Berpeluh sana sini, mengejar waktu yang kian suntuk. Bayangkan semua makmal ada 8. setiap makmal ada 42 termasuk server. Jadi ada beratus unit komputer yang perlu deploy. Dan bayangkan orang yang buat semua itu x sampai 10 orang. Masa hanya tinggal beberapa hari sebelum 30 jun ini. Yup, 30 jun nak kena siapkan semua sebelum pelajar mendaftar. Aku bukan tidak menolong, tapi aku pun ada kerja yang perlu di lakukan. Dan tadi aku dapat berita yang jika makmal tidak siap dalam tempoh tersebut, tiada in*** akan kami semua dapat. Aduh, kenapalah jadi begitu. Kami bertungkus lumus nak menyiapkan padahal orang tidak mencukupi. Semua yang terlibat dah teramat penat. Moral dah down. 300 lebih pc kena angkat, kena pasang kena konfigur. hmmmm sampai ada beberapa temanku dah sakit belakang. Terseksa kawan sekerjaku. Mereka bukan robot. Mereka pun manusia. Ada rasa hati. Ada kala kena berehat. Ada kala penat. Hari ni seorang dah mc. Dah sakit sebab mengangkat semalam.Kalau aku ada duit, aku upah orang2 indonesia untuk mengangkat. Tak sanggup aku tengok kawan2 aku macam tu. Pernah satu ketika dulu, aku terlibat dalam pemasangan pc di sebuah kompeni. Beratus unit pc dalam masa seminggu lebih. Dan akhirnya aku di masudkan dalam wad selama beberapa hari. So aku tahu kepayahan untuk deploy semua pc tersebut. Dan selepas siap ini, ada lagi makmal yang perlu di siapkan. Bersabarlah semua...
7 Nak Nyampuk:
Adoi.. Sakit betoi belakang aku. Takpe la kawan2, kita kerja la mana yg kita mmpu. Kalau dah tak mmpu at least kita mencuba dah sedaya upaya. Yang penting kita cuba dulu.
Mmg betoi cakap en bujal, moral mmg down sesangat dah. Kalau ada kerja lain, aku sanggup tender 24jam. Dah tak tertanggung dah badanku nie, badan bukan nak pakai sekarang jer. Lama lagi nak pakai badan nie.
speachless.. smpi ht dia cakap cmtu kat korg.. dh la bnyk bnda kena potong..
siannyer kat bubu , sapuang n patner...sabor je la ek...
Bosses who have gone up the corporate leadership skill training. They have big egos and fews and non-existent leadership skills.They bullies their staf,blame others and find convenient scapegoats for their mistake and feel threatened by staff who appear clever or more skill than them.Such bosses are commonly found in the corporate world,most of them stay where they are, torturing their staf bacause they have their " godfather" in senior management position.In turn,senior management finds it increasingly difficult to acknowledge the fact that is choice of "manager" is suspect.
To Safuan,
Badan mahu jaga lama oiii, nanti awek lari susah lo.........sendiri mahu ingat..
kesiannye.. xde job scope ker? job description ker.. patut ade boundries keje mana yg sebenarnye uols buat, mane yg x patut uols buat dgn post title tu. x bole lar fully utilize tenaga pekerja. cedih aku tgk kwn2 aku nih.
biase la,keje sume nak settle kan tapi vitamin B tak nak kasi..moral down beb..tak de motivation lansung keje macam tu..
Post a Comment