Untukmu Sayang..

Posted by rixals ismail



SAYANG... .

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya,

Dibawah kaki langit khirmizi, tiba2 aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul2 hidrogen menerejang segala kekusutan yg. membelit tali perutku...

Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub,penguin,kambing salji,mee rebus,cendol,koridor,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan Aku umpama Shah Rukh Khan dan Anak Mami Jarum yang tidak dapat dipisahkan .

Malangnya percintaan yg mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 .


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca drpd. penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.

Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan . Aku seperti tidak percaya dgn ape yg.terjadi . Aku bagaikan bumi yang tergelincir dari orbitnya dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahku tersungkur dlm percintaan yg berlarutan hingga ke rubber-set.

Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yg gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yg bagaikan sembilu...

Kondominium cinta yg kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan Satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.

Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dgn abg iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriku ini sememangnya tidak diperlukan lagi....

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik utk mengisi masa lapangku. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumahku agar nampak lebih cantik.

Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yg entah kemana menghilang. Lalu aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak terdaya...

Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah..

Mengapa?? Mengapa sayang?? Mengapa ini bisa terjadi ?? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehinggakan kau terbunuh dlm kemalangan cinta yang ngeri...

Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yg kau timpakan ke atas belakangku.. Derita yg kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat utk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk...

Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur, lalu tersangkut dicelah landasan LRT , kemudiannya digilis pula oleh keretapi Komuter dan dihempap oleh Bangunan berkembar Petronas ( KLCC ) hingga aku hancur berkecai. Oh!! terlalu berat dugaan yg. kutempuhi kini...

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku, aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera. Aku bukannya McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam . Aku juga bukanlah Ulraman seperti yg kau idam-idamkan.

Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan
awam ditempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam telah pun luput tarikhnya.

Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu...

Walaupun segalanya telahpun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini,

Selagi ada Kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai repair kasut selipar di sekitar Bandar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan...

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk
menunggumu sehingga tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Nanti kalau tiang elektrik tu berbuah,aku poskan buahnya kepadamu...

Nak Tak??

1 Nak Nyampuk:

azie said...

bujal...kelakar okey..i like