Selamat Pengantin Baru

Posted by rixals ismail




28 Mei 2008, itulah tarikh Sahabat baik aku Rahman selamat di ijabkabul bersama pasangannye Siti Hanida di masjid Kg Rinching Hilir. Dengan sekali nafas, sahlah mereka sebagai suami isteri setelah setahun bertunang. Seminggu terakhir ni, banyak masa aku bersama man. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk menyenangkan hatinya. Menolong apa yang perlu. Membantu apa yang di perlukan. Sedih bercampur gembira tatkala dengan mudah dia melafazkan akad. Aku tak tahu nak cerita apa. Tapi dialah seorang sahabat aku yang bagi aku amat baik dalam terbaik.





Ya Allah telah kau pertemukan aku dengan seorang sahabat yang amat mulia bagiku. Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat



Ya Allah Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang bekeluarga. Kau rahmatilah hidupnye dalam menjalani hidup suami isteri. Engkau kurniakanlah baginya keharmonian rumah tangga, keceriaan cahaya mata, dan kebahagiaan dalam rumahtangga.




Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak. PadaMu aku memohon Ya Rabbi, Ya Salam..

Penat!!!

Posted by rixals ismail



Lately banyak betul keje nak kena buat... penat sangat sangat penat... lepas satu projek, nak kena siapkan projek laen, belum siap projek yang perlu d buat, dah kena buat plak kerja yang laen, tengah buat kerja yang laen, dah d bagi lagi keja yang laen, adoyaiiii, lama lama kerja pon tak habis, makin melambak adalah, bayangkanlah manusianye berapa kerat, projeknya ada 7, dah tu dalam banyak manusia tu ada pulak la yang tak tahan kot nak belah dah, dapat better offer, makin sikit lah manusia manusia ni nak kena buat kerja yang rasanya terlalu crowded banyak, team mate aku, dapat pulak kerja laen yang perlu di buat dan di pegang di samping projek projek yang perlu di siapkan, gi mana sih, mana mau habis dong, sampai kadang kadang semua orang blurrr bila di tanya, kena bagitahu dulu projek mana then baru leh jawab segala persoalan dan adakalanya tertukar tukar, kelakar pon ada, hahhaha, tapi itulah, walaupun banyak kerje, semua cuba buat yang sehabis baik, semua cuba tidak mengeluh walaupun kadang kadang ada jugak la dengar keluhan kecil, "TEAMWORK" tu yang best ngan semua yang terlibat, semua sepakat, kerjasama dalam team amat tinggi dan seronok, walaupun kadang kadang semua tertekan, tapi bila dah bersama sama mendukung cita cita (eceh geli plak ayat tu) cuba gak siapkan apa yang terboleh, tapi serius, aku rasa kalau ada yang masuk team ni, serius dorang cabut, mana tidak yang masih ada pun kalau ada lubang best nak gak cabut, kekekkeke, ada yang tengah tunggu bulan pun nak pergi dah, siap dah transfer kerja pada yang melukut di tepi gantang ni, ayayai betul ke ayat tu, ntah, kekekkeke, tapi bagi aku rexeki tu kan semua, kena ikhlas dalam setiap pekerjaan, barulah rexeki yang kita dapat setiap hujung bulan tu ikhlas gak masuk dalam badan kita, kunk kalau kerja tak ikhlas, laen pulak jadinya, macam tak redha akan ujian Allah, bila buat kerja tu ingat mak ayah kat kampung, sejuk je hati dorang bila anak balik, beli itu, beli ini untuk orang tua yang membela kita dari kecil sampailah besar, sampai dah bekerja, menjaga kita, berhujan, berpanas, menoreh getah, mengangkat kelaapa sawit, tak pernah merungut mencari rexeki untuk anak anak,sungguh cekal kan mak bapak kita, kita ini bekerja dalam opis, ada aircon, hanya duduk, cuma memerah otak jem takkan nak merungut sangat kan, bayangkan gaji yang kita dapat tu, kita kongsi bersama mak ayah, tentu dorang pon suka, bersyukur, apa perasaaan dorang kan, tentu hapi...... jangan merungut sangat, buat sehabis baik... kan... penat tu tolak tepi la kot... janji rexeki tu halal... dari buat keja yang sikit.. merungut konon banyak kerja.. ni semua ujian tuk kita.. senyum selalu... Cintai Kerja Anda... KAN!

Untukmu Sayang..

Posted by rixals ismail



SAYANG... .

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya,

Dibawah kaki langit khirmizi, tiba2 aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul2 hidrogen menerejang segala kekusutan yg. membelit tali perutku...

Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub,penguin,kambing salji,mee rebus,cendol,koridor,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan Aku umpama Shah Rukh Khan dan Anak Mami Jarum yang tidak dapat dipisahkan .

Malangnya percintaan yg mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 .


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca drpd. penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.

Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan . Aku seperti tidak percaya dgn ape yg.terjadi . Aku bagaikan bumi yang tergelincir dari orbitnya dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahku tersungkur dlm percintaan yg berlarutan hingga ke rubber-set.

Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yg gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yg bagaikan sembilu...

Kondominium cinta yg kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan Satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.

Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dgn abg iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriku ini sememangnya tidak diperlukan lagi....

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik utk mengisi masa lapangku. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumahku agar nampak lebih cantik.

Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yg entah kemana menghilang. Lalu aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak terdaya...

Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah..

Mengapa?? Mengapa sayang?? Mengapa ini bisa terjadi ?? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehinggakan kau terbunuh dlm kemalangan cinta yang ngeri...

Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yg kau timpakan ke atas belakangku.. Derita yg kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat utk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk...

Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur, lalu tersangkut dicelah landasan LRT , kemudiannya digilis pula oleh keretapi Komuter dan dihempap oleh Bangunan berkembar Petronas ( KLCC ) hingga aku hancur berkecai. Oh!! terlalu berat dugaan yg. kutempuhi kini...

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku, aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera. Aku bukannya McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam . Aku juga bukanlah Ulraman seperti yg kau idam-idamkan.

Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan
awam ditempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam telah pun luput tarikhnya.

Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu...

Walaupun segalanya telahpun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini,

Selagi ada Kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai repair kasut selipar di sekitar Bandar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan...

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk
menunggumu sehingga tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Nanti kalau tiang elektrik tu berbuah,aku poskan buahnya kepadamu...

Nak Tak??

Posted by rixals ismail



Contoh Surat Berhenti Kerja :D:D:D

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG. 19 DEC 2005

TUAN,


PER : SURAT BERHENTI KERJA


Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Ada orang suka ngutuk2... TAPI keja dia LEPAK je..
2. Makanan kat kawasan sini tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau brother senior yg kira.
3. Lagu Anak Itik Tok Wi tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur kantin pun dah 20 minit!!!
5. KERJA Tensi.......... Penen kepala!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pekerja beribu... tapi tak semua yang bekerja...
12. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja dah la beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
13. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
14. Faedah2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut tapi takdok elaun HAMPEHHH
15. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja kat sini. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

SEKIAN TERIMA KASIH....""