PERNAHKAH anda merasa berkecil hati kepada seseorang? Suatu soalan yang sememangnya tidak harus dilontarkan di sini. Seorang yang dikatakan lahir sebagai manusia normal seharusnya punya rasa ini. Bukan namanya manusia kalau tidak pernah berkecil hati.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula yang bergelar status manusia. Makhluk yang dilimpahi dengan berencam rasa dan emosi. Antara rakan dan taulan, saudara-mara atau pun adik-beradik sudah tentunya lagi. Pokoknya di sini, mengapa mesti berkecil hati?
Pelbagai teori boleh dijelaskan demi merungkai satu-persatu psikologi manusia yang sering dan mudah untuk merasa berkecil hati. Jelasnya, tidak semua manusia mudah untuk berkecil hati. Ada orang begitu selamba sahaja walaupun ditimpa pelbagai cemuhan dan perkara yang menyakitkan hati.
Ada pula yang baru sahaja tidak diberikan perhatian, baru sahaja dipinggirkan oleh rakan sudah memuncungkan mulut sedepa, berkecil hati tidak sudah-sudah. Ya, mengkaji sejauh mana tahap perasaan manusia normal untuk berkecil hati ini memang menarik, walaupun kekadang itu terlalu sukar untuk ditafsirkan.. hmm ntah lahhh
Tukar Keyboard Laptop Lenovo Ideapad 100 IBD
2 years ago
0 Nak Nyampuk:
Post a Comment