Setahun Berlalu~

Posted by rixals ismail



Setahun sudah berlalu. Segalanya sudah berubah. Semuanya hanya tinggal kenangan. Dalam setahun ini juga banyak mengajar erti persahabatan. Banyak mengajar erti kehidupan. Menjalani hari-hari yang mendatang. Dengan seribu ragam. Pelbagai dugaan. Bermacam karenah. Itulah saat-saat yang indah. Itu jualah saat-saat yang pedih. Walaupun aku banyak membuat salah, Kau selalu menegur aku. Walaupun aku kekadang alpa atau terlanjur mencampuri urusanmu. Kau mengingatkan aku. Aku akur. Setahun sudah. Setahun ini jugalah banyak perkara yang terjadi. Tapi aku bangga denganmu. Kau tetap tabah. Menempuh apa juga aral yang datang. Kau tetap tenang. Walaupun hati kau pedih.

Aku minta maaf mungkin dalam setahun ini, banyak menyusahkan kau. Banyak mengorbankan masa kau. Melayani aku yang kadang-kadang daif dalam serba serbi. Aku tahu kebelakangan ni, kau terasa hati dengan kata-kataku. Kau marah atas kesalahanku. Dan ada kalanya ko terluka dalam bait-bait ayatku. Aku juga tahu sekarang ni kau tidak hepi denganku sejak peristiwa itu. Tapi aku harap kau dapat memaafkan aku atas apa yang berlaku. Mungkin perkara yang bagiku hanya mainan semata-mata, tapi bagi kau ia amat serius. Minta maaf sebab aku telah musnahkan trust yang kita bina. Aku akui aku buat salah. Cuma kuharap kalaupun kau membenci aku kawanmu ini, harap suatu masa nanti kau dapat maafkan kesalahanku. Aku dah cuba jadi seorang rakan yang sempurna, Namun, seandainya ada khilafku dalam tingkahku ..aku manusia biasa... cuba mempamerkan buah qudwah dari biji benih tarbiyah ...ianya payah namun kumujahadahakan jua. Tidak lari melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Maafkan aku juga selalu tidak amek endah andai kau memerlukan buah fikiran, pandangan atau sebagainya. Kerana aku tahu, kau tahu yang mana baik dan yang mana buruk dalam hidupmu. Hanya kau yang tahu diri kau. Apa ada dalam jiwa kau.

Aku doa semoga kau sentiasa tenang dan jalani hidup ini dengan gembira. Aku nak lihat kau gembira selalu. Seronok bila bergurau bersama. Menghabiskan masa bersama teman-teman lain. Walaupun sudah berlainan tempat, berlainan status, kita masih tetap diri kita.

Terima kasih untuk setahun masa yang kau korbankan,
Terima kasih untuk segalanya yang kau beri,
Terima kasih kerana melayani kerenah aku setiap masa,
Terima kasih kerana bercakap dengan aku stiap hari,
Andai ada diantara kita berubah hala, berubah tuju,
Aku tetap berasa sangat bertuah,
Sebab kau pernah hadir dalam diriku,
Membawa seribu kenangan, seribu kebaikan yang susah untuk di jumpai,
Aku bersyukur bertemu dengan seorang rakan seperti kau.
Moga ia berkekalan hingga ke akhirnya...

Hepi 1st Aniversary Kawan....


19/11/2009 - 18/11/2010 - setahun~


Sempena dengan Aidiladha yang menjelang tiba, aku ucapkan Selamat Aidiladha, Terima Kasih Kawanku atas Pengorbananmu Selama Ini..

My Last Entry...
Dedicat To My One n Only Truly Fren
Abdul Rahman Azhar

1 Nak Nyampuk:

shika said...

Pe ayat jiwang2 karat plak nih..???