Hadapi Dengan Senyuman~

Posted by rixals ismail



Mungkin aku yang salah. Mungkin aku yang tersilap langkah. Mungkin kerana keterlanjuran aku ini semua terjadi. Aku dari dulu lagi takut ini akan terjadi. Tapi aku buang keresahan itu jauh-jauh. Tapi apakan daya, benda yang aku geruni sudah pun terjadi. Aku tak salahkan dirinya. Mungkin salah diri aku. Mungkin dia betul. Mungkin aku yang salah. Tapi benda dah terjadi, tetap terjadi. Aku x menginginkan ia terjadi. Aku pun manusia biasa. Bukan siapa2. Aku yang jahat. Aku yang tak setia. Maafkan aku. Semua telah terkubur. Semua dah berbeza. Semua dah beralih arah. Mungkin aku yang tak memahami dirinya. Mungkin aku yang tak pernah ambik kisah dirinya. Mungkin aku selalu buat dirinya sakit hati. Tapi percayalah aku dah buat apa yang terbaik untuk dirimu. Aku dah cuba menjadi apa yang dikau mahu. Aku dah tak buat apa yang dikau tegah. Tapi itu tidak cukup, tidak cukup untuk dirimu. Aku pun satu, x pernah nak selam perasaan dirinya. Hanya perkara negatif je yang aku fikir. Tapi bukan sebab aku snegaja berfikir. Bila seseorang beritahuku begitu, begini, buatku berfikir. Dan sebab itu aku terus bertanya, berterus terang padamu. Sebab aku dah janji, tak akan rahsiakan apa-apa saja dari dirimu. Itu janji aku!. Aku seronok, ye aku seronok hv fun, gelak ketawa, bersenda gurau, bergossip liar, tapi aku sedikitpun x pernah nak amek tahu dirimu. Bila dikau beritahuku masalah, aku cuba menjadi pendengar yang setia, yang baik, tapi mungkin jawapan aku bukan jawapan yang kau kehendaki. Apa yang terjadi, telah terjadi, hadapi dengan tabah, hadapi dengan tenang jiwa, semua kan.... baik-baik saja.

Maafkan kedaifan aku
Bujal

0 Nak Nyampuk: