Jgn Minum Berdiri!!!

Posted by rixals ismail



Cilok Dari Blog Anak Buah!!!

Biasa tak mak atau ayah marah sebab minum berdiri?? Masa kecik-kecik dulu, bila mak ayah marah alasan ye sebab Rasulullah melarang kite minum berdiri. Pernah jugak terfikir kenapa tak boleh tapi tak bertanya.



Dah dewasa ni, dah kenal google jadi google saja pun boleh kan?

Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” beliau menjawab: “Itu kebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Turmidzi)
Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan !” (HR. Muslim)




Dari segi perubatan, dalam badan kita ada satu penapis. Prinsip dia sama je macam penapis air dekat rumah tu. Uniknya, penapis ini akan terbuka bila kita duduk. Manakala, tertutup bila kita berdiri. Penapis ni dipanggil penyaring sfringer.


Dalam air minuman kita, ada pelbagai bahan-bahan yang belum tentu sesuai dengan fungsi badan kita. Jadi, air yang kita minum perlu dibersihkan sebelum diolah untuk kegunaan badan.


Jadi, disini lah penapis ini memainkan peranan dia. Kalau dekat rumah, kita guna penapis air untuk pastikan air minum bersih. Penapis di dalam badan kita pun memainkan peranan membersihkan air yang masuk dalam badan. Kalau kita minum duduk, maka penapis akan terbuka dan air yang diminum dapat dibersihkan sebelum digunakan oleh badan. Kalau kita minum berdiri, penapis akan tertutup dan terus pundi kencing kita.




Cuba bayang kan dalam air ada beberapa compound yang badan kita tak guna dan minum pulak dengan cara berdiri. Tak ada penapis yang membantu untuk membersihkannya. Jadi, bahan yang badan kita tak guna ni akan berkumpul dalam ureter. Lama-lama, bahan yang terkumpul ini akan bersatu macam keladak dan membentuk kristal atau batu karang. Tak bagus kan untuk kesihatan kita!

0 Nak Nyampuk: