Sharekan

Posted by rixals ismail



Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.


Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan sesuatu semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.

bagi aku persahabatan atau hubungan adalah sesuatu yang amat rumit semakin kita dekat dengan seseorang maka apabila dikecewakan maka akan semakin rasa benci tertanam dalam dijiwanya..sampai ada pepatah benci dan suka perbezaannya hanya setipis kertas..sehingga banyak orang yang pernah dikecewakan tidak memiliki kepercayan yang sangat kepada orang lain dan bersikap melarikan diri defensif terhadp orang lain..dan tidak mau mengetahui dan berdekatan lebih dekat ke orang
lain.

0 Nak Nyampuk: