Kehidupan Terbaik

Posted by rixals ismail



Aku, Kita sebagai manusia, sebagai hamba Allah, kita selalu berdoa kepada Ilahi. Selepas solat kita berdoa. Mungkin pernah kita berdoa seperti ini.

“Wahai Tuhanku, Wahai Yang Maha Mengetahui, kurniakan aku dan berikan aku yang terbaik”

Kita memohon yang terbaik dari Allah yang menciptakan kita, kerana padaNya la kita berharap, bermunajat serta berdoa. Sesunguhnya Dia Yang Maha Pemurah lagi Penyayang yang tidak mungkin akan menghampakan hambaNya. Dia tidak akan melupakan hambaNya, tetapi kita sebagai manusia yang sering lupa, sama ada terlupa, atau sengaja kita melupakanNya.

Kadang kala, kita mengeluh serta tidak puas hati dengan perjalanan hidup di dunia ini, ada saja yang tidak kena. Menemui jalan buntu, kegagalan demi kegagalan, di dengki, di sabotaj, atau apa sahaja la bentuk-bentuk kekecewaan. Dan di kala itu, kita mengeluh serta mengadu, mengapa begini nasibku, mengapa aku tidak mampu memiliki apa yang daku hajati.

Di sinila kita lupa akan doa kita, kita lupa akan Allah, Yang Maha Mengetahui serta Maha Penyayang yang kita bedoa serta bermunajat itu. Kita memohon yang tebaik, yang terbaik untuk kita, maka….. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utnuk hambanya, Allah swt menyayangi hambaNya, maka di berikan apa yang terbaik untuk hambanya. Mungkin kekayaan akan merosakkan akhlak hambanya, kejayaan, pangkat serta harta akan membuatkan hamba itu bongkak serta takbur. Atau mungkin, Ilahi mejanjikan sesuatu yang lebih baik kepada kita, tapi kita tak Nampak akan kebaikan itu.

Ya Ilahi, Ya Rabbi, Ya Ar-rahman ar-rahim, aku memohon pada mu, berikanla yang terbaik untukku, sesunguhnya Kaula yang Maha Mengetahui dari segala yang mengetahui dan Maha Mengasihani, aku bukanla hambamu yang taat, aku sering meuipakanMu, Ampuankan akan dosa-dosaku. Ampunkan kejahatan apa jua yg telah aku lakukan. Maafkan aku Ya Allah aku tak jujur dalam hidupku... Mungkin ini balasan terhadapku atas kesilapanku...Ya Allah

1 Nak Nyampuk:

Lady D'yot said...

aminnnn...~