Syukuri~

Posted by rixals ismail



Aku merasakan bahawa perkara yang paling mahal aku kena bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah, sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang hiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?...

Bersyukurlah dia pernah hadir dalam diri kita..

0 Nak Nyampuk: