Besday U~

Posted by rixals ismail



Hari ini, 18 Januari 2011, hari lahir seorang opismate ku di office.. cukup aku panggil dengan gelaran dia budak kecik.. tahu x kenapa pggl budak kecik.. sebab ntahlah badan dia x pernah beso2.. tang tu jugakkk ...nak kata x makan.. punyelah pelahap makan banyak.. tapi x nek2 pon badan..ngeee.. 1st aku jumpa dia masa di makan-makan di rumah bujang perempuan. Berbaju biru n trek hitam.. Dia dari mula smapai hbs kitarang kat situ nak balik.. keje dia asyik makan je.. mulot x hbs2 kunyah.. dari situ kitarang dah agak dia ni memang suka makan aka suka makan kott...

Sepanjang aku berkenalan dengan dak kecik ni.. actually dia seorang yg baek.. peramah n senang berurusan dengan dia.. maklumlah dia ni keje dekat ngan big bos aku.. hohooo... selalu gak kitarang ramai2 keluar bersama, makan bersama, bermaen badminton bersama joging n macam2 la.. dak kecik ni juga kadang2 tempat aku meluahkan rasa geram.. rasa sakit hati dan macam2 rasa kari ikan lah... sedp gak ye lama x mkn kari ikan.. banyak gak dia respon pada segala masalah aku... bagi aku nasihat percuma.. pa saja kalo aku mintak tolong.. dia pasti x berat hati nak menolong...xmo la cite lebey2.. pnc plak laa..

Apa yang aku paham dengan dak kecik ni,.. dia sangat tabah walau pun byk masalah yang muncul.. aku respek dia.. hadapi segala dengan teguh.. walaupun kekadang aku pernah nampak merah kat matanya.. berlian yang jatuh dari pancainderanya.. aku tahu dia cekal hadapi segala dengan baek.. aku pun x tahu dari mana dia dapat segala kekuatan tu.. aku pun tak setabah beliau.. dia selalu cakap.. kalau aku tanya di mana hatinya.. dia akan kata hati dia xde.. tak tahu kemana.. ini coretan untuk u.. bingkisan dari hati... jangan menangis lagi...

Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..??

apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita hatimu..? ataupun fikiran keliru..

wahai hati.. bila engkau memandang segalanya dari Allah.. yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang.. pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...
bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..
mungkin itulah yang Dia mahukan..
Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

wahai hati..
berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..
walaupun hidup ini tak selalu bahagia..
sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu tak mampu lagi bertahan..
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan..
dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud d dunia pinjaman..

wahai hati..
ingatlah..bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..
Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..
Kerana dunia tiada di hatinya..
Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata..

syukran kepada salah seorang ustazah saya.. yang mengingatkan saya..
"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.."

aduhai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..
Apabila di beri kesenangan, ahati pasti gelisah..
Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..
kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan..

Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..
aduhai hati..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..
Di sana kekal abadi..
Aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesempitan otu juga dari Allah..?
Aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..
Aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti..
Wahai hati..usahlah bersedih lagi..
carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
Moga kasihNya, menyinari hari-hari yg menanti..

Hepi Besday..
Moga Panjang Umo N murah Rexeki..
Terima Kasih untuk segala kebaikan selama ini..
Semoga U jump ahati u kembali....

bujal..

1 Nak Nyampuk:

Lady D'yot said...

eh, baru terbaca entry nih...maceh bujal..budak kecik tu dah jumpa hati dia balik..^___^