Hidup ini umpama perjalanan yang begitu banyak persimpangannya. Kadangkala kita keliru laluan mana yang harus kita lalui. Kekadang kita terhenti lama di persimpangan sedang jiwa kita penuh keraguan.
Yang memeritkan jiwa kita bukanlah kerana banyaknya persimpangan tetapi akibat yang bakal kita tanggung apabila kita memilih jalan yang salah. Yang lebih memeritkan jiwa kita bukan kerana seringnya kita tersalah memilih jalan tetapi kerana hidup ini bergerak sehala, masa lalu yang kita abaikan telah pergi dan tidak akan kembali hingga hari kita pulang mengadap Allah SWT.
Dan yang paling memeritkan jiwa melebihi segala keperitan ialah semakin hari kita semakin menghampiri kematian sedangkan kita tidak tahu dengan pasti tarikh dan waktunya. Andai kata kita dipanggil pula ketika jiwa sedang khusyuk berdoa dan memohon keampunan Allah swt tentunya kitalah orang yang paling berbahagia. Namun sekiranya nyawa kita dicabut ketika hidup kita bergelumang maksiat sedangkan jiwa menjadi singgasana keangkuhan maka kita akan bakal menanggung penderitaan yang tidak dapat digambarkan lagi.
0 Nak Nyampuk:
Post a Comment