Semalam~

Posted by rixals ismail



Di saat pertemuan kita yang pertama kau telah membuat hatiku tidak keruan. Walaupun pada awalnya kau sering menyakitkan hatiku. Masihkah kau ingat sewaktu kau katakan padaku, walaupun berat hati ini menerimanya namun kini ku pasrah..mungkin nama ku tidak lagi terukir dalam diary lipatan hati mu..

Terlalu kuat kesabaranmu. Masihkah kau ingat lagi dimana kau sengaja mencari gaduh dengan ku. Puncanya pergaduhan itu hanyalah kerana kita bercanggah pendapat. Kau tetap berkeras menyatakan pendapat kau lebih baik, manakala aku sudah pastinya tidak mahu mengalah dengan senang.

Pergaduhan demi pergaduhan sering berlaku antara kita di waktu itu. Hinggalah muncul hari keramat itu.tapi…

Tiba-tiba kau muncul dengan perasaan marah kerana aku telah menelefon dan membukakan cerita yg tak sepatutnye aku mencerita segala-galanya perjalanan cinta kita..namun percayalah..aku sekadar ingin meluahkan perasaan rindu ku terhadapt mu..tetapi aku buntu..bagaimanakah cara yg terbaik untuk ku luahkan segala-galanya . Aku rela kau membenciku. memang itu salahku. Dengan keberanian yang bersisa kau bertanya padaku mengapa kau masih simpan sesuatau yang sudah dianggap sampah olehkm. Dengan ketar ku berterus terang padamu. Kata ku. “.. sebenarnya aku sukakan kau..”

Walaupun kata-kataku terlalu ringkas tapi jiwa seolah bergegar meluahkan kata-kata aziamat itu. Kiranya kau tahu, sudah hampir 1 tahun aku menyimpan perasaanku padamu. Namun aku terpaksa berpura-pura benci padamu di saat itu aku khuatir kau tidak sudi berkawan denganku. Aku takut aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Kata-kata itu telah membuat aku tunduk pada egoku. kata-kata itu juga telah membuat setiap senyumanku mempunyai seribu satu kegembiraan dan kebahagian. Betapa kau menyukaiku sehingga sanggup mengutip kembali apa sahaja yang tidak berguna padaku lagi.

Tangis ini tanda kasih ku, bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna aku mengasihi mu, tanpa sendu lagi di dunia ku ini…


.. di saat itu aku menangis kerana gembira. Aku gembira setelah mengetahui kau rupanya ada menyimpan perasaan terhadapku. Sejak dari itu, kita tidak lagi bergaduh. Aku gembira dengan perhubungan ini. Sesekali aku tertunduk malu untuk bertentang mata denganmu. Tatkala kerinduan melanda potret yang ada pada ku..aku tatapi pi diri mu dari hujung rambutmu hinggakan kehujung kaki.., akulah yang paling bertuah memiliki mu ketika itu. Ku tahu, kau juga begitu. Walaupun dahulu suara kitalah yang sering bertukar pendapat dan cerita namun.....


Andainya kau masih terkenangkan nostalgia itu, pastinya kau ingat sewaktu aku tidak hadir ketika kau perlukan aku disisi semasa kau mengalami masalah kesihatan.. ku resah tidak menentu. Dengan nekad ku tadahkan sepuluh jari menadah meminta kesejahteran buat diri mu. Dari jauh dapat ku lihat betapa gentarnya kau menantiku di waktu itu. maafkan aku tragedi ini tak pernah sekali niat hati ku untuk melukai hati mu..

Betapa risaunya aku ketika itu. Terlalu kerap aku memesan agar kau tidak lupa untuk makan ubat dan banyakkan rehat. Kau juga berjanji akan memenuhi kehendak ku itu

Aku tak dapat bayangkan…
sengsara yang harus ku tanggung
Andai kau pilih perpisahan,


Dengan cermat ku memetik gitar kesayanganku menyanyikan lagu ini khas buatmu. Aku bahagia di saat itu. aku gembira. Tak mungkin perpisahan yang akan ku pilih buat mu. Namun aku hanyalah insan biasa yang tidak sekuat mana menempuh dugaan yang mendatang.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan juga di tengahari. Tanpa ku sedari sewaktu aku melayari kehidupan seperti biasa. Di saat itu kita masih lagi gembira di buai asmara kerinduan dan kebahagian Kasihmu tidak lagi dapat kau sembunyikan.

Andainya kau tahu... setiap kali kau berada di sisiku, aku berasa seolah disayangi malah di cintai olehmu. Walaupun hampir 1 tahun kita berkawan tidak pernah sekalipun kau menyatakan yang kau cinta padaku. Di sebalik renungan dan belaian mu semasa aku disisimu pada hari itu telah membuktikan yang kau cinta padaku. Entahlah .. aku pula tidak faham dengan apa yang aku rasakan itu. Setiap kali jemarimu mengenggam lembut tanganku jantungku bergetar tidak menentu. Adakah perasaan cinta itu telah terpupuk buat mu?

Aku lena di buai asmaramu , mimpi ini terlalu indah sehingga aku tidak ingin lagi berjaga. Entahlah .. mengapa hari puaka itu datang juga. Bagai halilintar memecah kesunyian malam. Langit di kepalaku seolah runtuh


Atas desakan diri ku..aku terpaksa akur dengan hamun yg kau berikan pada ku..aku sedar siapa diriku kini..aku tak layak bersama mu..kau mempunyai dunia mu yg tersendiri indah yg tak perlu ku terokai keindahannya... Namun aku tetap sabar dengan keputusan mu. aku tidak layak memiliki hatimu. …


Entahlah.. aku menyahut segala-gala kata mu itu. Malam itu aku bermimpi seperti yang selalu aku mimpikan setiap kali aku bersolat istikharah. wajahnya yang tenang sering menemani lenaku. Aku takut untuk menerima kenyataan itu...aku takut!! Namun itulah petunjuk yang aku terima dari yang Esa...

Tanpa punca yang meyakinkan.. Aku akan tersasar..
Mencari cintamu… Andai terhentinya masa..
Dan gunung jatuh kelaut.. Kau tetap kucinta..


aku pasrah! Dengan kekecewaan itu kita takkan ketemu lagi.. pertemuan yang pertama kali itu kini sudah menjadi terakhir barangkali.dunia telah menjadi saksi sewaktu aku meluahkan isi hatiku yang aku amat menyintaimu dan betapa aku perlukanmu.

Katamu aku hanya pentingkan diri sendiri. Katalah! katalah! Aku rela kau menghinaku.. aku rela.. tiada apa yang dapat aku katakan lagi untuk membela diriku. Aku tiada alasan yang kukuh untuk menolak cintamu. Mungkin tiada jodoh antara kita.
Sedikit demi sedikit dia telah menawan hatimu. sikapnya yang penyabar dan penyayang telah membuat aku berasa seolah tidak di hargai lagi. Dia telah membuat kau tersenyum kembali. entah apa ilmu yang dia pakai, akupun tak tahu Tapi apa yang pasti kau kini mula menyayanginya.sedangkan pelbagai cerita pernah kau kongsi bersama ku semasa kau pun turut bersamanya...


Kenangan tetap kenangan..sehelai kain sapu peluh warna hijau pemberianmu masih ada dalam simpananku. Walaupun masa aku tersedar kain itu tertinggal dalam kereta ku..namun itulah yg membuatkan diri ini lena dibuai mimpi ketika pertama kali aku berjumpa dgn mu , kain itulah yang menjadi perhiasan di pejabatku kini.

Maafkan aku. maafkanlah segala kesalahanku. Halalkanlah segala pemberianmu. Terima kasih atas segala pengobanan dan perhatianmu untukku. Aku hargai cinta sucimu.. aku rela lepaskan kau pergi....

Kasih sayang mu.. adalah kekuatan
Untuk menempuh segala dugaan
Yang tak terbayangkan oleh insan yang lemah seperti kita..


Kini sudah terlalu lama peristiwa itu berlalu. sejak kita berada didua benua yg berbeza.. kau tidak lagi kutemui.

Bagaimanapun pilihanmu .. aku tetap mendoakan kebahagiaan mu. Semoga kau bahagia seperti mana aku sekarang... insyallah..Tidak ku duga kita bertemu lagi. entah mengapa jantung ku bergetar lagi.. ah! Itu hanyalah mainan perasaan.

Sekalipun..Ku milki esok..Takkan ku menolak ketentuan…

9 Bulan~

Posted by rixals ismail




19/11/2009 - 18/8/2010 - 9 bulan


Andai ku miliki semalam, dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apapun kerna aku tahu engkau tetap ada..
Tanpa sempadan masa aku senang bersamamu.….

Dab 9 Bulan dah... kalau orang perempuan pasti dah due nak bersalin.. tp itulah tempohnya dari pemergian dirimu... pergi... berhijrah untuk membela nasib diri.. untuk mencari sesuap nasi... untuk mencari kehidupan baru... untuk mencari nilai hidup baru... untuk menempuh alam yang baru.. 9 bulan... dah sembilan bulan... tabahkan hati menerima segala ujian... tenangkan hati menerima segala dugaan... bersyukur atas segala perjalanan hidupmu... berjuang untuk membela dirimu, keluargamu ke persada yang penuh pancaroba.. Dalam satu tempoh yang singkat... banyak yang telah engkau korbankan.

Terlalu kuat kesabaranmu. Selalu kita berlawan kata. Kau tetap berkeras menyatakan kau betul, manakala aku sudah pastinya tidak mahu mengalah tetapi akhirnya aku akur..Bertekak.. itulah yang sering berlaku antara kita di dalam setiap perbualan.

Maafkan aku. maafkanlah segala kesalahanku. Halalkanlah segala pemberianmu. Terima kasih atas segala pengobanan dan perhatianmu. Aku sangat hargai semua itu...

Maafkan Ana~

Posted by rixals ismail






We Have Seen Each Other With So Many Ups n Downs, I Hope This Too Is Just a Temporary Setback, Please Believe Me, I Never Mean To Hurt You, I Am Sorry Kamu~

memeritkan

Posted by rixals ismail




Hidup ini umpama perjalanan yang begitu banyak persimpangannya. Kadangkala kita keliru laluan mana yang harus kita lalui. Kekadang kita terhenti lama di persimpangan sedang jiwa kita penuh keraguan.

Yang memeritkan jiwa kita bukanlah kerana banyaknya persimpangan tetapi akibat yang bakal kita tanggung apabila kita memilih jalan yang salah. Yang lebih memeritkan jiwa kita bukan kerana seringnya kita tersalah memilih jalan tetapi kerana hidup ini bergerak sehala, masa lalu yang kita abaikan telah pergi dan tidak akan kembali hingga hari kita pulang mengadap Allah SWT.

Dan yang paling memeritkan jiwa melebihi segala keperitan ialah semakin hari kita semakin menghampiri kematian sedangkan kita tidak tahu dengan pasti tarikh dan waktunya. Andai kata kita dipanggil pula ketika jiwa sedang khusyuk berdoa dan memohon keampunan Allah swt tentunya kitalah orang yang paling berbahagia. Namun sekiranya nyawa kita dicabut ketika hidup kita bergelumang maksiat sedangkan jiwa menjadi singgasana keangkuhan maka kita akan bakal menanggung penderitaan yang tidak dapat digambarkan lagi.