Hakikat Perkahwinan

Posted by rixals ismail



Ada byk alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?
Cuba kita lihat ... dan manakah pilihan kita???

1 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pesangan bakal bubar jika bankrupt.

3 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atan badan jadi gendut.

4 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepasa makhlukNya. Dan ALLAH mencintai hambaNya melebihi seorang Ibu mencintai bayinya. Maka tak ada apapun didunia yang dapat meretakkanrumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

0 Nak Nyampuk: