Fikirkanlah...............

Posted by rixals ismail



Untuk bahan renungan bersama sahaja... tak de niat nak kempen ye....:)




Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita (Renungkanlah. ....)
Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman.
Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada
mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar
di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya
kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?

Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini
terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu
sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang
diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya
ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku
tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan
ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan
pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian
sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum
yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai
seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui
akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si
polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri
sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata
dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini,
tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan
segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, "
Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri
ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang
diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk
melakukannya. " Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula
yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat
akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet
negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan,
" Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian
yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet "
Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah
dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah
hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan
hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli
kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu
sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak
hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak
melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar
tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap
"Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada
pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan
kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana
inginkan projek-projek" . Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana
aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah".
Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan
undang-undang Islam".

Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di
hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan
murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu
semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan
terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan."
Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari
tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah
saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta
semata".
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah
persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar
rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI
KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.

Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI
KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.

Ibnu Walid
p.s : sebarkan pada rakan anda.
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku beberapa
pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara
yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah
apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat
perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, " hendaklah kamu menunaikan
tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu
perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


copyright from my email..

0 Nak Nyampuk: