Hilang Lagi..

Posted by rixals ismail



Aku rasa tiap2 kali awal tahun, memang ramai yang resign kowt. cari tempat baru. Yang pasti tempat aku ni, pun bln 2 ni ada 3 orang berhenti. Dan yang aku dpt rasa ada 2 atau 3 orang lagi akan tender 1 hb Feb ni.. sob2.. semua orang terpaksa beralih arah.. carik rexeki tempat baru.. tp itulah yang sedih kadang2.. aku dah soploh tahun keje, tgk je orang kuar masuk. Semua yang keluar, semua sudah berjaya, dah boleh beli rumah, tukar kereta baru, tambah kereta baru, Syukur alhamdulillah, rexeki mereka kowt. Harap2 rexeki aku pun akan datang tak lama lagi. Owh yer, sape2 yang nak beli pc ke, notebook ke, handphone ke, atau pc bermasalah ke, boleh kal aku yer. akuc aj x mahal lorr.. murah2 ye.. haga kawan2...

Update?

Posted by rixals ismail



Lama tak update.. sejak new year sampai skrg ni sibuk sangat. Setiap hari aku kena berulang alik ke UKM Bangi tolong team cabling siapkan kerja mungkin yang terakhir di kompeni aku nih. Lepas ni aku dengar tak ada lagi Network Team, Cabling Team or apa2 yang melibatkan network kot.. Sebulan ni juga aku setiap hari bekerja. Bayangkan sejak Jan 1 sehingga Chinese New Year ni x pernah berahat buat kerja. Sabtu kena keje, ahad pun kena keje. Masa dah suntuk. kena siapkan sebelum 26hb Januari. Perghhh nak mampos aku rasa. penat hari2 naik turun 7 tingkat. Bila nak rehat aku pun x tahulah. Hari2 keje, poket tetap kosong. hahhaa. Bayangkan constructions site, perghh habuknye, bau hancingnye orang2 buruh site ni main kencing je suka hati mereka. Almaklumlah Main Con ni x sediakan kemudahan untuk pekerja2 mereka. Ada siap kabel2 netwrok kena kencing lagi. Shiitt!!!.. ada satu sport tu dah mcm toilet dorang, dah la btl2 ada netwrok point kat situ.. Seyes bg 1000k pun aku tak nak terminat kat situ.. lantaklah!. Malam pulak kadang2 aku part time keje. Cari keje2 yg bagi aku tunai. Wat keje malam tu, dapat gak duit lepas siap. Hbs umah orang aku melawat waktu malam. haha.. duit bang.. dah sengkek kenalah wat sesuatu kan.. Takkan nak tunggu je hujang turun.. kunk kurus pulak aku. hahaha.. banyak menda nak bayo.. tepon pun dah kena bar.. unifi pun dah kena suspend.. masalah2. ni pon pake wifi sape ntah yang baik sgt.. padahal aku curik!

Sabtu ahad ni aku nak rehat. dah penat sgt. 2 hari aku demam, sakit tekak, selsema, batuk.. huhu.. keje gak tau.. aku x sampai hati nak tgk kawan2 aku bersusah payah. Baik aku tlg sekali. Aku cuma g Klinik Damai je beli ubat sakit tekak. ubat demam dan selsema yang tahun lepas aku tgk blm exprired lagi, aku baham. Yang kelakar tu bila aku register cakap nama kompeni aku, dorang tengok je aku, hahaha aku tahu dah, aku cakaplah saya bayar sendiri.. baru dia register. hahaha... resit jgn lupe.. kena lah claim walaupun 12 hingget. duit gak tu..

Kenapa Aku Penat~

Posted by rixals ismail



Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!