Lama x Update

Posted by rixals ismail



Lama gak x update iini blog.. dah penuh dengan taik tikus kot.. bersawang.. maklumlah orang sibuk.. ke buat-buat sibuk.. lagipun tahap kondensi yang mengecewakan.. so nak update pun malas.. dah la aku memang pemalas.. hahaha.. sabor2.. sikit je masa lagi... eh bersyukur sangat segala yang aku usahakan selama ni membuahkan sedikit sebanyak hasil.. bila dah betul-betul berhasil akan aku kutip hasil2 itu.. hahahha... dah la tak tahu apa nak merepek..

Penat..

Posted by rixals ismail



Adakah anda mengalami keletihan yang amat? atau kepenatan tahap kritikal? Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, bermakna anda sudah berada di tahap kepenatan yang teruk.
Ianya adalah BAHAYA untuk mengawal apa yang sedang kita lakukan, ketika waktu kerja, dan lain2.

8 Tanda Nak Tahu Anda Sudah LETIH bekerja

1. Selalu sangat asyik LUPA! Lupa letak barang, lupa hari jadi sendiri dan lupa berpanjangan.

2. Selalu datang kerja LEWAT!

3. Kesilapan ketika menaip

4. Sentiasa mengadu dan komplen!

5. Susah nak berjaga

6. Waktu bekerja yang tidak menentu

7. Selalu ambik MC

8. Sedih berpanjangan

kamu...

Posted by rixals ismail



Apabila kita ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kita mungkin akan menjauhinya,

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya,

Andai kita ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya,

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan di harapkan terlalu sempurna
Kerana kita sendiri pun tak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendah Allah SWT
Yang sebenar-benarnya...

Bersedeharnalah dalam persahabatan
InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu
sebagai satu kelematan~


from Tommy...sharp assassin