Showing posts with label best fren. Show all posts
Showing posts with label best fren. Show all posts

kamu...

Posted by rixals ismail



Apabila kita ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kita mungkin akan menjauhinya,

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya,

Andai kita ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya,

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan di harapkan terlalu sempurna
Kerana kita sendiri pun tak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendah Allah SWT
Yang sebenar-benarnya...

Bersedeharnalah dalam persahabatan
InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu
sebagai satu kelematan~


from Tommy...sharp assassin

Hapi Besday Tommy~

Posted by rixals ismail



Esok 30hb Sept 2012.. hari ahad... hari ni besday si Tommy... di lahirkan pada 30 Septeber 1985... dah mkn tua kot.. tapi masih x cecah 30an kan so mudelah kot.. dari aku kerja kat MTSB aku kenal dia... aku start rapat dengan Tommy sejak satu team dalam projek Uitm Puncak Alam... tahun 2008... tapi 2009 dia di lamar oleh sebuah gigantic company kat TPM.. makin jauh tapi makin rapat... selalu aku suka kaco2 mamat neh.. selalu bual2 dlm tepon hari2... salu kuar jalan2 tiap2 minggu.. Alhamdulillah, setahun lalu Tommy dah beristeri... skrg pulak dah ada baby comey... dah ada orang yg jaga tiap2 hari... badan dia pun dah naek.. x kurus mcm dl.. halkum pun dah byk lemak.. hahahahha... Tommy bg aku seorang yg amat baik.. sangat di senangi.. dan yg paling penting suka membebel.. hahahha... Sejak dah kahwin ni suka bebel ngan aku pasal kawen... suka perli2 aku.. tp aku tahu niat dia baik suh aku kawen cpt2 sket.. Ingat aku pernah gaduh dengan dia... lama gak dia x tegur aku... ssh nak dapat kemaafan dari dia... tp Alhamdulillah, kalau kita jujur dlm persahabatan, tentu boleh berbaik.. skrg pun x pnh nak gadoh2 dah... mcm bdk2 tak aku .. hahaha.. nak gadoh je keje kan... skrg dah beso masing2 x gado dah kot.. hahahhaa, X sbr aku nak kenakan dia besday ni... Selamat Hari Lahir Abdul Rahman Azhar.. smg pnjang umo n murah rezeki.. smg hapi dengan isteri dan iman terchinta... smg apa yg di hajati akan terlaksana... Smg persahabatan di jalin akan sentiasa mengeratkan kita...Insyallah.. aminnn...
curik gambo FB.. gambo dlm cam aku sume blur

Prince Iman Hakimi

Posted by rixals ismail



Alhamdulillah, Selepas setahun berkahwin, kawan baik aku si Tommy selamat melahirkan anak.. ehh mcm pelek je ayat tu.. hahahaha... dah tentu isteri Tommy yg melahirkan bukan Tommy... usaha sama bersama.. hahahha... dah d kurniakan cahaya mata pertama.. boy... tunang bulan 5, kawen bulan 5, baby puwn dpt bulan 5...mcm merancng plak...cute sangat baby ni seyyy... putih mcm mama dia ok, bkn mcm Tommy.. hahahahah... ada pulak ngaku putih mcm dia.. wuuu... mata dia seyes mcm wife Tommy... mula2 aku x d bgtahu tahu nama baby neh sbb Tommy xnak bgtahu aku.. asal aku tanya dia akan suh aku tanay sendri baby.. ehhh so kalo nak tanay kenalah tunggu 4 tahun.. hahahhaa... dah 13 hari baru aku tahu nama dia...
tengok mata dia.. cute kan
cumey prince tidoo hahaha... kejap je dah jadi bapak dah kawan aku ni.. sume kawan2 rapat aku dah kawen.. siap masing2 dah ada anak sorang.. aku??? hhahhahaha... tungguuuuuuu.. Insyallah tunggu je yer.. hahaha.. dah tentu kalo bual2 lepas ni masuk bab pampers, susu, hahahhaa...
aku suka gambo neh... x tahu nak huraikan.. gembira bercampur sedih... penuh emosi.. Semoga Tommy jadi seorang ayah yang penyayang... dan semoga prince jadi seorang anak yang soleh, taat kepada ibubapa... Tahniahhh my pren...

teringat je

Posted by rixals ismail



Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu...

30 September 2011

Posted by rixals ismail




Buat sahabatku yg selalu ada tatkala aku memerlukan, ikhlas dari naluriku, terima kasih sering mendidikku,berkongsi masalah denganku, berselisih pendapat denganku, meniup semangat kepadaku, ku mohon padaMu ya Allah, Kau kuatkanlah ikatan ukhwah antara jiwa2 kami, kerana jiwa ini sentiasa menjadikan rindu padaMu tumbuh dalam perjuangan Islam..Selamat Hari Lahir Abdul Rahman Azhar.

Tommy..

Posted by rixals ismail



ni request dr my lit Tommy, suh letak picture2 kawen dia kat my blog... bio meriah sket kowt agaknye .. ke memang asyik la nak nyakat aku suh kawen kawen kawen... alahai.. t aku kawen erk tommy.. ko nak sponser baju kawen aku kan kan kan.. xmo la warna torkos tu.. aku nak warna itam puteh ek ek ek.. kekekke... Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu.. haa lagi satu.. meh pinjam device ko tu kau nak men Angry Bird la.. sonok plak aku nak men ek ek ek.. kekeke...


Nikah Kat Mesjid.. Laju je sebut..
















Selamat Pengantin Baru

Posted by rixals ismail




28 Mei 2008, itulah tarikh Sahabat baik aku Rahman selamat di ijabkabul bersama pasangannye Siti Hanida di masjid Kg Rinching Hilir. Dengan sekali nafas, sahlah mereka sebagai suami isteri setelah setahun bertunang. Seminggu terakhir ni, banyak masa aku bersama man. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk menyenangkan hatinya. Menolong apa yang perlu. Membantu apa yang di perlukan. Sedih bercampur gembira tatkala dengan mudah dia melafazkan akad. Aku tak tahu nak cerita apa. Tapi dialah seorang sahabat aku yang bagi aku amat baik dalam terbaik.





Ya Allah telah kau pertemukan aku dengan seorang sahabat yang amat mulia bagiku. Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat



Ya Allah Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang bekeluarga. Kau rahmatilah hidupnye dalam menjalani hidup suami isteri. Engkau kurniakanlah baginya keharmonian rumah tangga, keceriaan cahaya mata, dan kebahagiaan dalam rumahtangga.




Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak. PadaMu aku memohon Ya Rabbi, Ya Salam..

Setahun Berlalu~

Posted by rixals ismail



Setahun sudah berlalu. Segalanya sudah berubah. Semuanya hanya tinggal kenangan. Dalam setahun ini juga banyak mengajar erti persahabatan. Banyak mengajar erti kehidupan. Menjalani hari-hari yang mendatang. Dengan seribu ragam. Pelbagai dugaan. Bermacam karenah. Itulah saat-saat yang indah. Itu jualah saat-saat yang pedih. Walaupun aku banyak membuat salah, Kau selalu menegur aku. Walaupun aku kekadang alpa atau terlanjur mencampuri urusanmu. Kau mengingatkan aku. Aku akur. Setahun sudah. Setahun ini jugalah banyak perkara yang terjadi. Tapi aku bangga denganmu. Kau tetap tabah. Menempuh apa juga aral yang datang. Kau tetap tenang. Walaupun hati kau pedih.

Aku minta maaf mungkin dalam setahun ini, banyak menyusahkan kau. Banyak mengorbankan masa kau. Melayani aku yang kadang-kadang daif dalam serba serbi. Aku tahu kebelakangan ni, kau terasa hati dengan kata-kataku. Kau marah atas kesalahanku. Dan ada kalanya ko terluka dalam bait-bait ayatku. Aku juga tahu sekarang ni kau tidak hepi denganku sejak peristiwa itu. Tapi aku harap kau dapat memaafkan aku atas apa yang berlaku. Mungkin perkara yang bagiku hanya mainan semata-mata, tapi bagi kau ia amat serius. Minta maaf sebab aku telah musnahkan trust yang kita bina. Aku akui aku buat salah. Cuma kuharap kalaupun kau membenci aku kawanmu ini, harap suatu masa nanti kau dapat maafkan kesalahanku. Aku dah cuba jadi seorang rakan yang sempurna, Namun, seandainya ada khilafku dalam tingkahku ..aku manusia biasa... cuba mempamerkan buah qudwah dari biji benih tarbiyah ...ianya payah namun kumujahadahakan jua. Tidak lari melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Maafkan aku juga selalu tidak amek endah andai kau memerlukan buah fikiran, pandangan atau sebagainya. Kerana aku tahu, kau tahu yang mana baik dan yang mana buruk dalam hidupmu. Hanya kau yang tahu diri kau. Apa ada dalam jiwa kau.

Aku doa semoga kau sentiasa tenang dan jalani hidup ini dengan gembira. Aku nak lihat kau gembira selalu. Seronok bila bergurau bersama. Menghabiskan masa bersama teman-teman lain. Walaupun sudah berlainan tempat, berlainan status, kita masih tetap diri kita.

Terima kasih untuk setahun masa yang kau korbankan,
Terima kasih untuk segalanya yang kau beri,
Terima kasih kerana melayani kerenah aku setiap masa,
Terima kasih kerana bercakap dengan aku stiap hari,
Andai ada diantara kita berubah hala, berubah tuju,
Aku tetap berasa sangat bertuah,
Sebab kau pernah hadir dalam diriku,
Membawa seribu kenangan, seribu kebaikan yang susah untuk di jumpai,
Aku bersyukur bertemu dengan seorang rakan seperti kau.
Moga ia berkekalan hingga ke akhirnya...

Hepi 1st Aniversary Kawan....


19/11/2009 - 18/11/2010 - setahun~


Sempena dengan Aidiladha yang menjelang tiba, aku ucapkan Selamat Aidiladha, Terima Kasih Kawanku atas Pengorbananmu Selama Ini..

My Last Entry...
Dedicat To My One n Only Truly Fren
Abdul Rahman Azhar

Moment To Share~

Posted by rixals ismail




Last week g bercuti. Tak jauh. Melaka Je. Pergi A Famosa Resort. Dah book sejak bulan 9 lagi. Aku g ngan Rahman n di iringi dengan Mursalin as our photographer. Our last trip i think for this year. Coz lepas ni amat sebuk sekali. Thanks to rahman he book everythin (and pay everythin..ngeee).


baca peta...

A Famosa Resort nice. Tido kat studio apartmen kat sini. Not bad la biliknya. lengkap. suai la kalo nak bawak anak ke, faily gathering ke, honeymoon ke kan. Sampai sana, after chek-in terus g animal world. Macam budak-budak pon ada tgk binatang. Sambil2 tgk binatang, photographer pun duk sibuk snap gambar. Apa lg beraksi la as a model.


burung unteee


yg ni aku x paham!!!!

Then lepas penat lelah, g mandi-manda. perghhh macam2 mainan air tu kitarang nek. gilerrr ahh. yang x bley blah aku kena naik tangga yg amat tinggi sekali then nek gelongsor tu. perghhh bahaya tol. Ada plak aku nek pelampung tu berdua ngan rahman, macam nak terkeluar je dr landasan. giler btl lah... seyes scared but i feel good. na nan annana... best ooooo men air.


menakutkan...


lagak giler mamat nih!!!


Malam plak g cowboy town. tgk cowboy parade. tgk aksi cowboy, red indian, binatang show, pertujukan menari dan macam-macam la. Siap bergambo lg dgn stunt kat situ. Dan yg paling bestttttttttt pertunjukan bunga api... ngahahha.. best2...


bergambar b4 masuk


red indian..


peace no war..

Balik pun dah lewat. Sume ngantuk. Lpas having dinner, balik n tido. sume tido x igt dunia. penat tp seronok kot muka masing2. esoknye, kitarang g jalan melaka. Mengadakan lawatan sambil belajar. G A Famosa (real one), naik Taming Sari n jalan-jalan sekeliling sambil cari pos menarik nak amek gambo. Layannnnnn.. best..


Taming Sari..


A Famosa

then b4 msk hiway, singgah jap kat Taman Buaya Ayer Keroh... amek gambo gak la kan
thanks kepada semua yg terlibat...


ps: gambo ni dr album rahman. aku mls nk eddit letak watermark...

11 Bulan~

Posted by rixals ismail




Sahabatku....
Nafasmu adalah kehidupanku
Jiwamu adalah nadiku
Keluhuranmu adalah penemanku
Senyummu adalah keceriaanku.


19/11/2009 - 18/10/2010 - 11 bulan

Tommy...

Posted by rixals ismail



30 SEPTEMBER 2010
-----------------------------------
Buat Sahabatku..
Semoga Panjang Umur Lagi Dirahmati,
Semoga Di Murahkan Rezeki Lagi Diberkati,
Semoga Hari-Hari Yang Mendatang Adalah Hari-Hari Terindah Buatmu,
Semoga Detik-Detik Waktu Yang Berlalu
Adalah Kebahagiaan Yang Tak Pernah Hilang,
Semoga Dengan Bertambah Usiamu
Akan Bertambah Iman Di Dadamu,

Selamat Hari Lahir..
Jadilah Dirimu Permata Hati Jauhari,
Bercahaya Gemerlapan Pada Insan Di Sisi,
Kekalkan Senja Dengan Keindahan,
Jangan Ada Hujan Membawa Ke Malam
Jadilah Dirimu Seorang Hamba Mengabdi
Bersyukur Bersikir Basah Di Bibir
Redha Dengan Setiap Ketentuan Takdir
Dan Jadilah DIrimu Sendiri
Berakhlak Dengan Sunnah Nabi

Selamat Hari Lahir..
Ikhlas Dari Hati Seorang Teman,
Terima Kasih Atas Setiap Kebaikan
Jutaan Penghargaan Atas Kebesaran Jiwa Yang Kau Hamparkan
Moga Allah Memberi Ganjaran
Syukurku Pada Tuhan Atas Pertemuan
Moga Ukhwah Akan Berkekalan
Maafkan Diri Ini Yang Serba Kekurangan
Yang Tak Sunyi Melakukan Kesilapan

Selamat Hari Lahir Rahman..
Berbahagialah Selalu Dalam Rahmat Ilahi
Di Dunia Dan Di Akhirat Yang Abadi
Allahumma Ameen..
------------------------------------------

Selamat Hari Lahir...
Maafkan Segala Kesalahan Aku Sepanjang Persahabatan Kita...
Maafkan keterlanjuran kata-kataku
Maafkan kebiadapan perbuatanku
Halalkan Makan Minum Aku...
Halalkan Setiap pemberianmu..
Ampunkan dosa-dosa aku...
Ampunkan setiap butir perkataan yg menyakitimu..
Ampunkan luahan yang terukir di bibirku..
Terima kasih kerana selalu ada untuk aku d saat aku memerlukan...
Terima Kasih atas setia kebaikan yg di berikan..
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku..
Izinkan aku berada di dalam ingatanmu sahabat
Untuk kini dan selamanya..
Sehingga ajal memisahkan kita..
Ku doakan agar dikau sentiasa bahagia..
Agar termakbul segala impian di cita..

Selamat Hari Lahir...
Abdul Rahman Azhar..

10 Bulan~

Posted by rixals ismail




19/11/2009 - 18/9/2010 - 10 bulan

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu


Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

9 Bulan~

Posted by rixals ismail




19/11/2009 - 18/8/2010 - 9 bulan


Andai ku miliki semalam, dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apapun kerna aku tahu engkau tetap ada..
Tanpa sempadan masa aku senang bersamamu.….

Dab 9 Bulan dah... kalau orang perempuan pasti dah due nak bersalin.. tp itulah tempohnya dari pemergian dirimu... pergi... berhijrah untuk membela nasib diri.. untuk mencari sesuap nasi... untuk mencari kehidupan baru... untuk mencari nilai hidup baru... untuk menempuh alam yang baru.. 9 bulan... dah sembilan bulan... tabahkan hati menerima segala ujian... tenangkan hati menerima segala dugaan... bersyukur atas segala perjalanan hidupmu... berjuang untuk membela dirimu, keluargamu ke persada yang penuh pancaroba.. Dalam satu tempoh yang singkat... banyak yang telah engkau korbankan.

Terlalu kuat kesabaranmu. Selalu kita berlawan kata. Kau tetap berkeras menyatakan kau betul, manakala aku sudah pastinya tidak mahu mengalah tetapi akhirnya aku akur..Bertekak.. itulah yang sering berlaku antara kita di dalam setiap perbualan.

Maafkan aku. maafkanlah segala kesalahanku. Halalkanlah segala pemberianmu. Terima kasih atas segala pengobanan dan perhatianmu. Aku sangat hargai semua itu...

Bulan Ke 8~

Posted by rixals ismail




dah dah dah. Setiap 18 hb aku akan wat karangan. Bukan untuk sape2 pon. Tuk kawan bek aku jek. Yelah bulan neh dah 8 bulan dah. 8 bulan??? betul ke??? mcm x caya je. Lagi few bulan dah cukup setahun. Nnti nak celebrate 1st year aniversary. hahahaa. gilos pe. lantak lah. nak jugak. tapi kan, x sabar nak tunggu bulan 9 neh. x sabar nak ronyokan mamat nih. uik. ada pe plak bulan 9 ek. adalah. nak sebok2 tahu wat pe.


19/11/2009 - 18/7/2010 - 8 bulan

dulu,
aku mnjadi teman air mata...

dulu,
aku mnjadi teman suka dan tawa..

dulu,
aku mnjadi teman duka lara....

dulu ... kini ... & selama nya ...

aku tetap setia ...
pd persahabatan yg telah di bina....
You r everythin to me

ps: jaga diri bek2 ek. Lupakan yg len, gunakan daia

EpI BesDaY SaFUaN~

Posted by rixals ismail



ahuks. 7-7-2010 besday teamate aku si safuang. Rabu nih... Ko tunggu.. AKu nak revenge baling tolo kek ko petang tuh.. hahaha.. aku memang jahat dowh.. tungguuuuuuuuu.... saksikan permandian terhebat seumur hidup ko.. hahahaa...

TuJuH BuLaN!!!!

Posted by rixals ismail



wahhh, sekejap je masa berlalu kan. Dah 7 bulan dah. sungguh x sangka2, masa amat pantas. Banyak yang berlaku. Banyak yang d harungi.



Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


19/11/2009 - 18/6/2010 - 7 bulan

Terima kasih sebab selalu ada untuk aku.
Terima kasih sebab selalu temankan aku.
Terima kasih sebab selalu bebel aku.
Terima kasih sebab selalu faham perangai aku.
Terima kasih sebab selalu melayan aku.
Terima kasih sebab selalu belikan aku McD yg ada cawan..


Sahabatku Tommy,
"Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu… Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu… Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya… Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu… Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu… Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu… Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu… Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu… "

Malam Sebelum...

Posted by rixals ismail



Ya Rabbi Salli 'ala n-Nabi Muhammadin...

Dengarkan rakaman dari malam sebelum majlis pertunangan seseorang yang amat ku sayang....
maaf kualiti kurang memuaskan sebab menggunakan handphone...
sangat meriah....




cuba teka majlis sape...???

Ajerul

Posted by rixals ismail



Minggu ni ahad, 6 jun, hari kelahiran sahabat aku lagi seorang, ajerul. Dari kecik sampai lah sekarang kitarang bersama. Pelbagai ragam, musibah, susah n senang di lalui bersama. Aku kenal dia waktu di sekolah tadika lagi. Masih kecik. Kampung azrul bersebelahan kampung aku di Gedangsa. Bermain-main ketika di sekolah kebangsaan, Tapi waktu tu masih kawan biasa. Maklumlah masih budak2. Apa tahu kan. Yang tahu bermain je lah kan. start sekolah menengah form 2, baru aku akrab dgn azrul. tu pun sebab apa ntah. lupa lor. ehhehe dah tuo kot. Waktu sekolah menengah kitarang mcm belangkas (boleh ke sebut mcm tu ahahah) kemana-mana berdua. G tuisyen sama, makan rehat sama, ronda-ronda kampung sama. event apa jg yg kitarang buat suma berdua. buat jahat pon berdua do.. hahahha. Dulu setiap kali pergi solat jumaat aku akan ambil azrul n pusing dulu. ada laluan yang sama kitarng lalu sebelum g masjid n after solat jumaat. Dulu selalu bohong kat mak kata kuar g umah azrul lepak2 padahal naek motor g Sg Besar. Buat apa? ahah semata-mata nak makan kay ef ci. jauh lorr dr gedangsa ke sg besar. dlm 80 km pergi. hahahaha. malam lak tu. dah la jalan hutan. tapi semberono je lah kan. waktu darah remaja apa igt. tahu nak seronok je merempit.

Gaduh tu selalu gak ngan mamat ni. ala, gadoh2 biasa. bertengkar je. tp ada gak dulu sepak terajang.. hahaha tapi kejap je mesti baik balik. gadoh2 sampai bila pun bukan boleh kenyang. hahaha. after form 5, azrul terus dapat belaja kat kolej Asasi n teru smasuk Uni Melaya. Aku waktu tu keje tolong abg aku niaga kat Flat San Peng Pudu. 1st time duk kay el.hahahaha.Then aku belaja kat PTPL Shah Alam menyewa, azrul duduk sekali ngan aku. Malas duk kolej katanya. So dia berulang alik dr shah alam sek 10 ke UM. waktu tu aku slau gak ikut dia g kelass. tapi aku duk tunggu je lah kan kat luar. saje do duk umah pon x wat pe. setia menanti. hahahaha. then after tu apa lagi, kasi pusing2 la kay el la. Aku masih igt satu perkara, time aku demam, teringin nak makan nasi lemak kat kolej pertama UM, sedap do nasi lemak dia, pagi2 lagi si azrul ni bangun n shoot g UM semata-mata nak beli nasi lemak tu. adeihhh baik betul. hahahaha. thanks ye wak jerul.


gambar waktu dia jadi rapper.. hahha
time ni ramai aweksss tahuk


Pnh satu ketika aku bergadoh giler babi. aku pon x igt sbb apa. sebab aku x ikut cakap dia kot n melawan apa cakap dia. dia bengang kot tersepak aku. sakit do, menangis aku. then dia blah g mana ntah x balik2 semalaman. risau giler aku. pagi tu aku g UM tempat lepak dia, aku jumpa kat kolej 9, rasa bersalah kot mamat ni. dia nampak aku terus je sayu. uwaaa. aku as usual dah nangis dah. hahaha. sedey lor. bermaafan kat situ n taru sbalik kampung. hehehe. balik kampung kan best.

Ada satu tu waktu dia habis kuliah, dia keje sembilan kat Pasar Borong Selangor nih, waktu nak g intiviu, aku insist suh dia bawak keta, dia xmo, aku ush gak dia ikut je, then x lama kemudian aku dapat pggilan dia exciden. erk!!! terkedu aku. aku terus g tgk, bersyukur sgt dia xde pepe, keta je teruk. keta merah aku tu. berputar bayak kali. xpela insuran ada asal orang xdepepe.

x lama kemudian, mamat ni dapat keje kat sabak bernam. as ketua teknologi maklumat kat situ. terpaksa berpindah dah. sedey do. dah lama duk sama, tiba2 dia terpaksa duk jauh. heheheh. salu gak aku g tiap sabtu ahad duk umah dia kat sana. lepak2. g mancing kat sana. and dia pon selamat berkahwin. as usual time nikah aku duk belakang dia. hahaha. kelako. tiap kali ada function pepe tuk bestie aku, aku masti ada. x kiralah nak ikot gak. skunk dah ada 2 anak dah.ak?? hahaha...tp mamat ni x pnh bising suh aku kawen. hehhehe. dia kata kalo de jodoh kawen.


waktu ngundi, sebok suh amik gambo dia


then dah dekat 3 tahun bekerja, dia terpaksa cari keje lain or di tukarkan sebab ada politik di selangor. entah aku pon x tahu sbb pe. waktu tu borang kpli baru kuar, so aku belikan dia pin kat bsn. rezki kot, dia dapat intiviu, ke tgn aku yg bertuah. well~, dapat masuk kpli kursus kat Ipoh.skunk nih dah hbs kursus semua. mamat ni keje cikgu. cikgu ajerul kat tmn nirwana. duduk pon ngan aku. hahaha. kelako... ohh lupe nak bgtahu.. mamat ni giler keta. dulu pake putra, dia beli senyap2 je. x bgtahu aku pon, tiba2 call aku ajak makan dia tunggu kat luar, hahaha nak nunjuk keta, aku punyelah marah cket pon x bgtahu.. hahaha.. skunk dah tuka pake subaru..



Mohamad Ajerul Mohd Sidik


selamat hari lahir sahabatku. Terima kasih atas kebaikanmu selama kita bersama. Banyak memori yang aku x akan lupa. Terima kasih salu bagi nasihat yang amat pedas n terima kasih sebab selalu ikut kehendak aku. Terima kasih salu jaga kesihatan aku.
heheheh tunggu badan ko kena budu + belacan yer.. hahahaha...

Tahniah Tommy...

Posted by rixals ismail



Alhamdulillah.. selesai sudah majlis tommy..... selamat tommy.. smg bahagia hingga ke akhir hayat... Sungguh meriah majlis tadi... lebih kurang 50 orang dengan 16 buah kereta yang mengiringi... siap dengan eskot oleh sebuah motosikal polis... setiap traffic light dan roundabout.. polis tersebut memberhentikan kenderaan lain dan memberi hanya kami yang lalu.. wahhhh.. bagai kenderaan di raja dowh... hahaha...


anggota polis yang mengiringi kami


yang aku respek.. pihak lelaki semua pakai baju melayu.. siap bersamping.... wahhhhhhhhhhh..... very the best gitu....tommy as usual nek keta aku... mencemar duli betul... mana leh x nek ngan bestfren dia kan.. kang aku majuk...payah nk pujukkkk...wkakakak ....dia segak berbaju melayu pink... huhuhu.... and as usual aku kena tampar byk kali... n apa lagi kena kutuk lah ngan mamat ni... x bely blah btl.. bila nak kawen.. kawenlah jal... yea aku faham tommy.. ko risau... xpe.. pandailah aku jg diri ok.... jgn ssh hati yer psl aku....


gambo saje nak nyibuk gakk hik hik hik


gerak masuk ke rumah perempuan


khemah pink



Sampai kat sana... wahhhhhhhhh.. khemah pun pink.... hahaha.... majlis berlangsung dgn lancar dan meriah sekali... syukur alhamdulillah... makan pun best gilerr.... sedap dowh... masakan kampung...hbs je majlis ada seisi bergambor... si tommy malu2 tenuk plak.. muka tersipu-sipu... hahahhaha.... wehhhh aku dpt nek pelamin ... x runtuh ponnn... wkakakaka.... bergambar bersama.... so kepada gurl kat luar sana... selamat tinggal deyy lorrr... wkakakaka...


bergambar brsama ahli keluarga


barang hantaran....


Aman ♥♥ Nida (29 Mei 2010)

aku nyanyi ek...
Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi
Bahgia ke anak cucu
Semoga murah rezeki

Alhamdulillah
bertemu jodohnya
Berkat kesabaran
akhir terlaksana

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling
Menjadi raja sehari
Tersenyum, tampak berseri
..........................

Cinta & Kawan

Posted by rixals ismail



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerena... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang....
Kenapa??
Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap.....
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??

so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga..

from TOMMY