Tahniah Tommy...

Posted by rixals ismail



Alhamdulillah.. selesai sudah majlis tommy..... selamat tommy.. smg bahagia hingga ke akhir hayat... Sungguh meriah majlis tadi... lebih kurang 50 orang dengan 16 buah kereta yang mengiringi... siap dengan eskot oleh sebuah motosikal polis... setiap traffic light dan roundabout.. polis tersebut memberhentikan kenderaan lain dan memberi hanya kami yang lalu.. wahhhh.. bagai kenderaan di raja dowh... hahaha...


anggota polis yang mengiringi kami


yang aku respek.. pihak lelaki semua pakai baju melayu.. siap bersamping.... wahhhhhhhhhhh..... very the best gitu....tommy as usual nek keta aku... mencemar duli betul... mana leh x nek ngan bestfren dia kan.. kang aku majuk...payah nk pujukkkk...wkakakak ....dia segak berbaju melayu pink... huhuhu.... and as usual aku kena tampar byk kali... n apa lagi kena kutuk lah ngan mamat ni... x bely blah btl.. bila nak kawen.. kawenlah jal... yea aku faham tommy.. ko risau... xpe.. pandailah aku jg diri ok.... jgn ssh hati yer psl aku....


gambo saje nak nyibuk gakk hik hik hik


gerak masuk ke rumah perempuan


khemah pink



Sampai kat sana... wahhhhhhhhh.. khemah pun pink.... hahaha.... majlis berlangsung dgn lancar dan meriah sekali... syukur alhamdulillah... makan pun best gilerr.... sedap dowh... masakan kampung...hbs je majlis ada seisi bergambor... si tommy malu2 tenuk plak.. muka tersipu-sipu... hahahhaha.... wehhhh aku dpt nek pelamin ... x runtuh ponnn... wkakakaka.... bergambar bersama.... so kepada gurl kat luar sana... selamat tinggal deyy lorrr... wkakakaka...


bergambar brsama ahli keluarga


barang hantaran....


Aman ♥♥ Nida (29 Mei 2010)

aku nyanyi ek...
Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi
Bahgia ke anak cucu
Semoga murah rezeki

Alhamdulillah
bertemu jodohnya
Berkat kesabaran
akhir terlaksana

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling
Menjadi raja sehari
Tersenyum, tampak berseri
..........................

Pemakanan

Posted by rixals ismail



Amalan & Pemakanan Rasullullah SAW



Ada sedikit ilmu yg ingin di kongsi bersama dengan kawan2 semua



Rupa2nya tanpa kita sedo, dlm makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kpd yg lain2nya.



Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apakata Kita ikut diet ini kawan2, tak payahlah susah2 makan pil utk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL



o JGN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

o TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

o JGN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DLM BADAN AKAN BERGANDA.



Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya..! .. kawan2 cubalaa........Ia takdelah dlm jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.



Dlm kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dgn makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yg menjumpai dimana dlm badan ayam mengandungi ion+ manakala dlm ikan mengandungi ion-, jika dlm suapan ayam bercampur dgn ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yg terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

Lawak Petang

Posted by rixals ismail



Kisahnya 3 Ekor Kura2

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: "Taklah. Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan ? kan ?!!!"







Suami Baik? Bleh Pengsan...

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan
seperti berikut..."

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm..."

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price...lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan...pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu...cantik kan bang..."

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000...O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu..."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye...I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone...sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

kekeke







SEPOSEN…..



Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : ??????







Lagak si Tikus

Tiga ekor tikus sedang duduk bersembang menceritakan kehebatan masing-masing.

Tikus 1: Apa nak takut dengan racun tikus? Aku siap telan ape!

Tikus 2: Eleh.. Itu je ko boleh buat? Aku lagi hebat. Perangkap tikus tu aku main lambung-lambung aje

Tikus ketiga yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara

Tikus 3: Eh korang berdua. Nampak tak kucing bunting tu? Ala yang sedang
baring-baring tu! Kalau nak tau, akulah yang 'buntingkannya'. Hehehe (dengan nada riak)







Tidak boleh kentut

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan Bapak di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa Pak?”

“Mereka tidak mengizinkan saya kentut di sini”