Untuk bahan renungan bersama sahaja... tak de niat nak kempen ye....:)
Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita (Renungkanlah. ....)
Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman.
Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada
mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar
di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya
kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?
Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini
terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu
sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang
diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya
ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku
tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan
ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan
pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian
sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum
yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai
seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.
Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui
akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si
polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri
sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata
dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"
Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini,
tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan
segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, "
Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri
ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang
diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk
melakukannya. " Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula
yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat
akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet
negaraku".
Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan,
" Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian
yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet "
Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah
dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah
hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan
hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".
Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli
kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu
sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak
hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak
melaksanakan hukum Ku.
Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar
tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap
"Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada
pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan
kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana
inginkan projek-projek" . Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana
aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah".
Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan
undang-undang Islam".
Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di
hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan
murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu
semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan
terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan."
Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari
tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah
saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta
semata".
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah
persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar
rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI
KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.
Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI
KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.
Ibnu Walid
p.s : sebarkan pada rakan anda.
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku beberapa
pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara
yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah
apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat
perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, " hendaklah kamu menunaikan
tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu
perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
copyright from my email..
Hidup Ini
Posted by rixals ismail
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

Mandi Wajib
Posted by rixals ismail
Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut, tetapi jgn terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam gombak timur dan penceramah, didapati ramai umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
Atau “ Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
"Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranyadia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.” Jelasnya lagi..
Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
“Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. “Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib lah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh."
“Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi."
“Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah."
“Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah."
“Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetepi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.”
“Tapi dalam hal ini, jgn pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah? Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa solat dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza."
“Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam."
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, ustaz hj mat jais menegaskan, sebab2 nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah).
“Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
“Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, se elok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh.”
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo’a.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’.
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Lelaki iNi..
- rixals ismail
- Me n My Own World, My Own Business, My own Personal, My Own Things...
HiMpuNan..
-
►
2013
(23)
- November (1)
- August (1)
- July (8)
- June (3)
- May (1)
- April (3)
- March (3)
- February (2)
- January (1)
-
►
2012
(79)
- December (2)
- November (1)
- October (2)
- September (3)
- August (3)
- July (2)
- June (2)
- May (4)
- April (6)
- March (14)
- February (38)
- January (2)
-
►
2011
(48)
- November (2)
- September (1)
- August (1)
- July (4)
- June (1)
- May (4)
- April (10)
- March (5)
- February (6)
- January (14)
-
►
2010
(87)
- December (8)
- November (3)
- October (4)
- September (5)
- August (4)
- July (6)
- June (12)
- May (17)
- April (9)
- March (14)
- February (2)
- January (3)
liNk uP..
-
-
25 March 20179 years ago
-
Perkhabaran...10 years ago
-
1st Staff Birthday Party 201511 years ago
-
Salam12 years ago
-
-