no caption
Posted by rixals ismail
Cheese Cake
Posted by rixals ismail
Makanan Kampung
Posted by rixals ismail
Mentarang Bakar
Posted by rixals ismail
B'Daman
Posted by rixals ismail
Hapi Besday Iman
Posted by rixals ismail
babysit Budak
Posted by rixals ismail
Mee Bandung Aziz Dolmat
Posted by rixals ismail
MAkan Malam Plak
Posted by rixals ismail
Piza Hut
Posted by rixals ismail
Kay Ef Chii
Posted by rixals ismail
Mr Steak House Seri Kembangan
Posted by rixals ismail
Nasi Arab..
Posted by rixals ismail
Kenduri Arwah dan Bersempena Kedatangan Bulan Ramadhan
Posted by rixals ismail
Floria Putrajaya
Posted by rixals ismail
Selipar Bowling
Posted by rixals ismail
Aroma Ikan Bakar
Posted by rixals ismail
Tugas SPR
Posted by rixals ismail
Assalamualaikum.Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad diatas komentar sebagai seorang Counting Agent(CA).Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia.Ya,mmg pnjg tulisan sy.Tetapi kalau nak tahu,sila baca.
Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini.Untuk pengetahuan semua,setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan didalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis.Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi.Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi(TM).Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP).Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi.Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.
Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi.Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsia :D
Setiap jam saya merekodkan bilangan pengundi dan diminta melaporkan bilangan supaya ia sama dengan jumlah kertas undi didalam Peti Undi.Sehingga jam 5 petang semasa Pusat Pengundian ditutup, Ejen yang sama telah melihat keadaan dimana mulut Tong Undi tersebut ditutup dan dimeterai.Bayangkan Peti Undi tersebut tidak SATU SAAT pun ditinggalkan oleh mana-mana Ejen Parti hingga saat SOLAT pun mereka sanggup korbankan (Wallahua’lam,jama’ mungkin?) kerana menjulang tinggi kelangit hal duniawi ini. Kemudian Borang 13 (Final) disediakan sebagai bukti bilangan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan bilangan yang sepatutnya berada didalam Peti Undi.Seterusnya diserahkan kepada Ejen. Baki kertas undi/tidak digunakan sekali lagi dimeterai oleh Ejen dan diletakkan didalam Sampul 1.so, dah meterai oleh ejen,kami nak buka balik?
Isu pengiraan undi/blackout? Kemudian, tepat jam 5pm Ejen Mengundi (Polling agent) bertukar tangan kepada Ejen Mengira (Counting Agent).Untuk makluman, pengiraan undi dilakukan di TEMPAT MENGUNDI tanpa dibenarkan Peti Undi dibawa ketempat lain melainkan kes-kes tertentu (luar Bandar/hutan) tetapi masih ejen akan ikut sama dan Borang 13 yg tercatat No Siri kekal ditangan Ejen.
Prosedur pertama ialah setiap kertas undi dituang dan dikira satu-persatu dihadapan ejen supaya bilangan sama dengan Borang 13. Jika ada Kertas undi terlebih, Jadual 3 boleh digunakan oleh Ejen Pengundian untuk bantahan.Undi dikira dan sudah pasti terdapat pertikaian antara Ejen-Ejen sehingga melewatkan pengiraan undi.Korang nak gaduh-gaduh la,bertumbuk caci mencaci biasala tuh.Tetapi disini kuasa KTM diperlukan dan ia muktamad untuk menentukan undi ragu.Ya.Saya kurang bersetuju dengan arahan oleh SPR bahawa calitan dilakukan sebelum pengundi menandakan kertas undi.Di saluran saya sendiri terdapatnya situasi calitan terkena kertas undi. Tetapi saya membuat keputusan,selagi kesan dakwat tidak mencacatkan Kertas Undi dengan kuasa yang diberikan, saya menerima kertas undi tersebut.Ini soal teknikal.
Selesai pengiraan undi BORANG 14 disediakan dengan jumlah bilangan undi/keputusan.Ejen akan mendapat sesalinan dan juga disahkan.Sesalinan dimasukkan kedalam Sampul 7 dan sekali lagi dimeterai oleh Ejen untuk diberikan kepada Pusat Penjumlahan Undi.Tidak mungkin keputusan dapat diubah sedangkan Ejen mempunyai salinan pendua. Kertas Undi dimasukkan kedalam Sampul 6 dan dimeterai Ejen lagi. Sampul 1(baki kertas undi) dan Sampul 6(kertas undi yg dikira) di masukkan kedalam Peti Undi dan dimeterai untuk kali terakhir untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan.Bagaimana kesemua PEMETERAIAN DIBUAT? Tanya Ejen sendiri.kan korg kononnye nak tau sgt kan.bukan mudah,kena ikat itu ini,tampal pelekat security,ikat seal SPR lagi.Ingat senang?
Isu Peti Undi Tambahan? Untuk ke Pusat Penjumlahan undi,kami diescort sekali lagi oleh Polis dan tidak diberi peluang untuk mengisi minyak/dipintas oleh mana-mana kereta sehinggalah sampai ke Pusat Penjumlahan. Sepanjang jalan dikiri kanan para penyokong fanatik tegar menendang2 kereta,mengetuk cermin,melontar botol air,menjerit SPR barua,macai,penipu besar,pembohong dan lain-lain lagi.Ikutkan hati nak dilanggar je.nasib anggota polis menenangkan saya.
Selepas selesai penyerahan Peti Undi dan BORANG 14 jumlah akan dipaparkan di layar projector dan para Ejen boleh melihat jumlah sama atau tidak sepertimana keputusan pengiraan di Tempat Pengundian. So, di mana berlaku Peti undi yg tiba2 datang sedangkan jumlah pada Borang 14 telah dipaparkan?masa bila saya nak kira kertas undi baru sedangkan semua Kerani Pengundian dah balik?
Bayangkan sehari sebelum pengundian kami diminta mengira peralatan,menyusun atur meja,memastikan aliran keluar masuk pengundi sehingga bekerja lewat malam dan kemudiaannya dihari pengundian bangun seawal 4.30 pagi sehingga proses pengundian selesai dan berada di Pusat Penjumlahan sekiranya ada bantahan dari Ejen sehingga jam 2-3 pagi esoknya.Itu belum dikira taklimat/kursus/seminar yang kami terPAKSA hadiri.Sudahlah penat dari awal pagi ke tengah malam, balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih..fahamilah perasaan kami…bayaran kami TIDAK LANGSUNG setimpal dengan apa yang kami lakukan.Saya sendiri kakitangan swasta dengan jawatan Profesional dengan gaji berkali2 ganda. Namun, saya ikhlas melakukan demi memastikan prinsip Demokrasi sentiasa menjadi tunjang Negara.
Ini kali kedua saya menjadi Petugas SPR dan memang banyak penambahbaikan telah dan boleh dilakukan(terutama masa calitan dakwat)Kalau ada isu Blackout, buat laporan polis,selidik betul2 kebenarannya.Jangan percaya bulat2.Jangan hanya berani bercakap dilaman sosial tanpa memahami SOP gerak kerja kami. Lihat dan rasai bagaimana tugasan kami.Kami petugas SPR bukanlah macai/barua/anjing/kuda/lembu mana2 parti. Kalau anda yang menyatakan SPR tidak telus, saya CABAR anda jadi petugas SPR untuk PRU akan datang! Wallahualam
Dari FB - Aizat RahimDari FB - Aizat RahimSuara Azan, Pulau Pinang & Anak Cina Sesat
Posted by rixals ismail
Bismillahir Rahmanir Raheem..
Tidak berapa lama dahulu, setelah ditakbirkan kemenangan sebuah entiti Harbi, suara azan menjadi semakin sayup di waktu subuh di Pulau Pinang. Bacaan al Qur’an sebelum subuh yang dinikmati sejak zaman berzaman sebelum ini, terus hilang di celah-celah serban manusia yang mendakwa diri pejuang Islam. Membangun bersama Islam kata mereka. Entah siapa yang bangun dan entah siapa yang rebah. Khutbah Jumaat juga berbunyi seolah tuan khatib berbisik kepada qarinnya di dalam kainnya sendiri. Membangun bersama Islam kata mereka.
Islam berkembang di negeri ini menjadi ratiban zikir harian mereka. Jika kita merujuk apa yang dimaksudkan dengan Islam di dalam terjemahan mereka, kita akan segera sedar bahawa Islam itu bermaksud poket yang semakin kembang dan cahaya peluang ke Sodomjaya yang bersinar terang benderang, cemerlang, gemilang, terbilang.
Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang pelik. Sebuah negeri dengan majoriti orang Islam, tetapi diperintah oleh seorang bukan Islam. Peliknya Pulau Pinang, ia tidak diperintah oleh orang Pulau Pinang. Yang lebih pelik di Pulau Pinang, orang-orang Pulau Pinang tidak boleh sesuka hati menggunakan nama Pulau Pinang kerana pemerintah yang bukan orang Pulau Pinang, mengatakan itu hak ekslusifnya sebagai pemerintah Pulau Pinang untuk menentukan siapa boleh dan siapa tidak boleh menggunakan nama Pulau Pinang dalam perkara-perkara tertentu. Wahh… Felancis Lait Lo pun boleh tersedak dalam kubur dengan Van Der Lim. Mungkin pepatah Bagai Belanda dapat tanah perlu diubah selepas ini. Ada yang lagi hebat dari Belanda rupanya.
Pulau Pinang sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan. Pelacuran juga banyak di sini. Pelacurnya pelbagai ragam. Ada yang seksi di celah-celah lorong dan ada yang melacur dengan berkopiah dan tembolok melopong.
Jika mahu mengembara dan takut dengan risiko sesat, Pulau Pinang bukanlah tempat yang sesuai. Negeri ini azannya perlahan. Ia sebuah microcosm masa depan Malaysia. Pernah suatu ketika terjadi satu kes benar yang pernah berlaku di Tanah Melayu .(Maaf saya tidak bermaksud untuk menjadi nasionalis, assobiyyah, pejuang kebangsaan dengan menulis perkataan Melayu untuk Tanah Melayu ini. Harap peluang saya untuk ke syurga tetap cerah walaupun saya menulis perkataan Melayu untuk baris tersebut. )
Ia sebuah kes kecil yang beritanya bagi saya memberikan satu impak dan legitimasi besar. Sekumpulan anak Cina yang gemar dengan aktiviti riadah, telah melakukan pengembaraan. Mereka memanjat sebuah bukit berhutan untuk menikmati keindahan alam. Ini merupakan satu aktiviti sihat yang perlu dicontohi. Ia mendekatkan manusia dengan alam. Apabila manusia dekat dengan alam, maka perlahan-lahan mereka dekat dengan yang menciptakan alam. Anak-anak Melayu harus mencontohi sikap-sikap positif yang ada pada orang-orang Cina. Ambil yang positif elakkan yang negatif. Mereka rajin beriadah dan mereka kuat berusaha.
Tetapi malang, apabila mereka mempunyai kurang pengalaman dalam mengatur jejak. Lalu kumpulan anak muda berbangsa Cina ini tersesat. Semalaman mereka bermalam di dalam hutan mencari jalan pulang. Mereka tidak ketemui jalan dan arah. Mereka menjadi panik kehilangan arah. Satu kekurangan orang bukan Islam, mereka tidak dibekalkan dengan ilmu pandu arah dan penentuan bintang-bintang yang menunjukkan arah terutamanya kiblat. Muslim yang mengambil tahu tentang semua ini, tentu tiada masalah untuk mengetahui arah meskipun berada di dalam hutan yang tebal atau padang pasir yang luas. Mereka ini yang tersesat ini tidak mempunyai bekalan pengetahuan tersebut. Mereka terus tersesat jalan. Lalu mereka berusaha dan berikhtiar supaya mereka tidak sesat lebih jauh. Mereka memanjatkan harapan supaya mereka akan temui jalan keluar.
Akhirnya pada ketika benang putih jelas berbeza dari benanghitam, harapan yang dipanjatkan mereka terjawab. Tiba-tiba kedengaran suara memecah keheningan pagi yang gelap. Mereka tersenyum. Mereka teruja apabila mendengar suara tersebut. Walaupun mereka tidak faham apa yang dilaungkan bersama suara itu, tetapi mereka tahu dari mana suara itu datang. Kalimah pertama yang mengundang senyum pada wajah mereka ialah kalimah Allahu Akbar. Ia membawa maksud Allah Maha Besar. Lantas mereka tahu terdapat masjid berdekatan dengan kawasan di mana mereka sesat. Mereka tidak melepaskan peluang. Lantas mereka segera bangun untuk menelusuri jalan yang menuju ke arah suara tersebut. Mereka yakin, pada arah dari mana suara itu datang, mereka akan menemui jalan selamat. Mereka yakin bahawa dengan bergerak ke arah dari mana suara itu datang, doa dan harapan mereka untuk selamat dari jalan yang sesat akan dimakbulkan. Selesainya azan, mereka mendapati jalan yang ditujui mereka membantu mereka keluar dari kawasan bukit berhutan tersebut. Akhirnya mereka sampai ke penempatan manusia dan mereka akhirnya berjaya diselamatkan. Syukur azan di negeri tersebut masih dilaungkan dalam kadar laungan bunyi yang munasabah. Syukur azan dinegeri tersebut lebih kuat dari bunyi cengkerik dan riang-riang di dalam hutan.
Beruntunglah anak-anak muda berbangsa Cina ini kerana mereka tidak tersesat di hutan-hutan Pulau Pinang. Azan di Pulau Pinang sudah semakin perlahan. Beratur menurut jejak Cinapura. Kerana itulah ada yang tersesat masuk ke Pulau Pinang dan belum bertemu jalan pulang. Pulau Pinang microcosm masa depan Malaysia.

www.satuhala.blogspot.com
Sedikit Politik 2
Posted by rixals ismail
Kupasan Juga yg aku ambil dai komen sebuah blog.. sila baca artikel "sekikit komen 1" sebelum baca artikel ini..
since cai2 PR rasa pandai sangat.. dan dia org kata matematik kiraan pembahagian kerusi parlimen aku buat tu salah..
ok lah.. just for the sake of argument, ko kata utk menang perlu 112 seats minimum.. utk menang PRU 13.. PR mesti menang selesa sekurang2nya 120 seats (nau'zubillah..).. So.. DAP kena improve to at least menang 40+ seats.. PKR pun kena improve to at least menang 40+ seats.. dan PAS pun kena improve to at least menang 40+ seats..
So.. hasilnya..
DAP 40+ (secara rasmi anti Islam & tuntut kalimah Allah utk gereja/bible).
PKR 40+ (secara rasmi pejuang liberalism & sokong tuntutan kalimah Allah oleh DAP).
PAS 40+ (pejuang hak Islam TAPI 50/50 dlm tuntutan kalimah Allah oleh DAP).
BUKANKAH INI MASIH MENJADIKAN PAS HANYA 1/3 KUASA DALAM PR. So, matematik/chapua aku salah atau matematik/chapua korang yang salah.
So, di dalam senario yg di atas..
Apalah rasanya kesudahan isu tuntutat kalimah Allah utk di gunakan dlm bible dan gereja yg dituntut oleh DAP dan disokong oleh PKR.. PAS mampu lawan DAP & PKR.
MAMPUKAH PAS LAWAN/HALANG KEHENDAK DAP & PKR. MANA MUNGKIN.. 1 vs. 2 (pas vs. dap & pkr) = pas menang.
Adakah ko akan merelakan terdirinya "Gereja Bunda Allah" di tanah Semenanjung Malaysia.
AKU FAHAM.. dalam kira2 otak benak korang tu.. ko rasa KELEMAHAN suara PAS dalam PR akan dibantu oleh Ahli Parlimen Islam dalam PKR..
Huh.. kalau itulah "chapua" korang..
cuba ingat balik apa jadi kpd Ahli Parlimen PKR yg mempertahankan kalimah Allah di dalam parlimen, iaitu YB Zul Nordin.. YB Zul Nordin telah dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PKR dan dipecat dr PKR kerana telah mempertahankan kalimah Allah dalam parlimen.. (ingat. YB Zul Nordin bukan keluar PR TETAPI DIPECAT).
Kalau aku ambil contoh isu Melayu.. korang akan kata aku umno rasis.. So.. aku akan bagi ko contoh isu berkenaan agama..
So.. setelah menang isu kalimah Allah.. apa akan jadi kalau semua Ahli Parlimen yg kafir di dalam DAP & PKR menuntut di dalam parlimen agar dana/budget kerajaan Malaysia yang diperuntukkan untuk pembangunan Masjid2, pembangunan Jakim dan sebagainya DIBAHAGI SAMA-RATA UTK KEGUNAAN PEMBANGUNAN RUMAH2 IBADAT AGAMA2 LAIN IAITU UNTUK MEMBINA GEREJA, TOKONG & KUIL. PERLU DI INGAT/DIKETAHUI BAHAWA TONY PUA (DAP) TELAH PUN MENGEMUKAN TUNTUTAN INI DAN MEMPERSOALKAN DASAR INI DALAM PARLIMEN..
ADAKAH PAS RELA UNTUK MEMBENARKAN DANA KEREJAAN MALAYSIA DIGUNAKAN UTK PEMBINAAN KUIL, TOKONG DAN GEREJA.
Harus di ketahui bahawa tuntutan sedemikian TIDAK bertentangan dengan peruntukkan Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia kerana.. walaupun Artikel 3 Perlembangaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama Persekutuan tetapi Artikel 11 Perlembangaan Malaysia juga memberikan hak penganut agama lain mengamalkan kepercayaan agama masing2..
MAMPUKAH PAS, hadi awang, nik aziz, haron din, mat sabu MENGHALANG DAN MENIDAKKAN TUNTUTAN SEBEGITU.
INGAT & FAHAMKANLAH.. BAHAWASANYA.. SEMUA Ahli Parlimen Melayu/Islam dari PKR TIDAK dibenarkan untuk mempertahan hak istimewa agama Islam atau Melayu di dalam parlimen kerana ianya bertentangan dengan dasar PKR iaitu memperjuangan hak sama rata di antara semua kaum dan agama.. sama seperti DAP..
So, yang boleh menjerit dan mempertahankan HAK Islam dan Melayu di dalam parlimen HANYALAH PAS.. TAPI PAS HANYA MEMEGANG 1/3 KUASA DALAM PR..
WAHAI PENYOKONG PR YG BERAGAMA ISLAM.. MOHON BUDIBICARA SERTA KEBIJAKSANAAN KALIAN UNTUK MEMAHAMI APA YG DIKEMUKAN INI..
MAMPUKAH PAS LAWAN/HALANG KEHENDAK DAP & PKR. MANA MUNGKIN.. 1 vs. 2 (pas vs. dap & pkr) = pas menang.
Demokrasi mana yang korang belajar ni.
MAT SABU AJAR KORANG MACAM TU EK.
Jawab lah PERSOALAN SERIUS INI DENGAN FAKTA YG TEPAT & GITU.. BUKAN DENGAN ARGUMENT2 BODOH YANG DIAJAR OLEH Mat Sabu..
Oleh : Kelate Jati
Lelaki iNi..
- rixals ismail
- Me n My Own World, My Own Business, My own Personal, My Own Things...
HiMpuNan..
-
►
2013
(23)
- November (1)
- August (1)
- July (8)
- June (3)
- May (1)
- April (3)
- March (3)
- February (2)
- January (1)
-
►
2012
(79)
- December (2)
- November (1)
- October (2)
- September (3)
- August (3)
- July (2)
- June (2)
- May (4)
- April (6)
- March (14)
- February (38)
- January (2)
-
►
2011
(48)
- November (2)
- September (1)
- August (1)
- July (4)
- June (1)
- May (4)
- April (10)
- March (5)
- February (6)
- January (14)
-
►
2010
(87)
- December (8)
- November (3)
- October (4)
- September (5)
- August (4)
- July (6)
- June (12)
- May (17)
- April (9)
- March (14)
- February (2)
- January (3)
liNk uP..
-
-
25 March 20179 years ago
-
Perkhabaran...10 years ago
-
1st Staff Birthday Party 201511 years ago
-
Salam12 years ago
-
-